Pages

Khamis, 24 Februari 2022

Laksa Nyonya Seafood di Mama Win Cafe Tidak Pernah Mengecewakan!

Mama Win Cafe yang terletak di Bandar Sri Perdana merupakan salah sebuah tempat makan kegemaran kami. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami makan di sana. Banyak hidangan yang sedap ada di sini. Amie memang sudah jatuh cinta dengan menu Laksa Nyonya Seafood. Walau ribut melanda, tetap juga hendak makan Laksa Nyonya Seafood kalau sudah sampai ke sini!

Petang tadi Amie pesan makanan dari Mama Win Cafe melalui khidmat Foodpanda. Sudah tentulah salah satu menunya  makanan kegemaran Amie iaitu Laksa Nyonya Seafood. Perangai buruk Amie  apabila makan, memang habis segala aksesori dan kuah tetapi mi kuning tinggal selonggok dalam mangkuk! Terpaksalah Encik Suami bantu 'bersihkan'!

Laksa Nyonya Seafood

Sambal Meleleh Ikan Bolu


Encik Suami makan Nasi Ikan Bolu Sambal Meleleh. Katanya, sedap sungguh sambal ikannya tu.


Firdaus pula berminat dengan Nasi Goreng Ayam Butter Basah. Dia minta milo ais blend. Kenyang sungguhlah Firdaus makan nasi goreng, di sebelahnya ada milo ais blend pula.


Ini cerita minggu lepas, makan di Mama Win Cafe.


Firdaus dengan kentang goreng dan sotong goreng salut tepung kegemarannya.

Laksa Nyonya Seafood

Kita tentap dengan Laksa Nyonya Seafood!


Bihun Sup Ayam

Encik Suami makan Bihun Sup Ayam.


Ini pula entah minggu lepas.... yang lepas lepas.... ahaks!


Firdaus masih setia dengan sotong goreng salut tepung!


Kita tukar selera nak makan Mi Kolok Seafood pula.


Encik Suami dengan menu pilihannya, nasi goreng ayam penyet.



Yang ini makan di Mama Win Cafe minggu yang lepas, yang lepas lepas, yang lepas lagi.


Tak ingat dah apa nama menu yang dipesan ini. Nampak macam Nasi Goreng Special Mama Win. Yang penting, setiap menu yang tidak berkuah akan didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong.

Nasi Goreng Special Mama Win Cafe

Dan sudah tentunya tidak ketinggalan Laksa Nyonya Seafood yang sangat sedap itu!

Kalau sesiapa singgah di Lahad Datu, bolehlah jamu selera di sini. Bukan Laksa Nyonya Seafood sahaja yang sedap, makanan yang lain pun sedap belaka.

Mama Win Cafe,
Lorong 2, 
Sri Perdana,

91100 Lahad Datu Town, Sabah.

22 ulasan:

  1. laksa nyonya mmg marbeles..tambahan pula buh seafood..sedapnya..

    BalasPadam
  2. Macam-macam menu ada.. Nampak menyelerakan..

    BalasPadam
  3. Lama kak Amie tak cerita tentang ikan bolu. Kalau dah jumpa restorant sedap memang tak cari lain lah. Macam tu pulak cara kak Amie makan, habiskan acesoriess tinggalkan mi. hehe
    Hidangan berkuah dia semua menyelerakan. Best setiap kali datang order lain lain dapat rasa macam macam menu yang ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... lama tak makan ikan bolu.
      Memang begitulah gayanya kalau ada mi kuning dalam kuahnya.

      Padam
  4. Nampak pun dah sedap..
    Kalau order tanpa mee boleh tak?🤭

    BalasPadam
  5. Wahhh.. hampir setiap minggu pergi ya. Kita yang meleleh air liur tengok mee kari dia, nampak sungguh menyelerakan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas masak, dan sebab dekat. Tuju sajalah situ hehehee.

      Padam
  6. laksa nyonya xpernah rasa mesti sedap sgt tu

    BalasPadam
  7. memang 'win' la ye rstoran ni, sesuai dengan nama dia. Betullah tu kak Amie, selalu kalau makan berkuah begini, mi paling lambat nak dihabiskan. lagi-lagi kalau dah kenyang. tapi aksesori dan kuah tetap licin. nampak sedap. lama tak makan laksa nyonya

    BalasPadam
  8. salam amie .... mcmn kak wangi nak beli buku 5 siri antologi anekdot tulisan amie & kawan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Wangi boleh emel saya di salamiez@gmail.com
      Cepat ye, sebab stok tak banyak dah.

      Padam
  9. Mintak sikit sotong goreng teung tu kat Daus!?

    BalasPadam
  10. nmpknya kena mkn di sini klau ke lahad datu 1 hari nnti..

    BalasPadam
  11. kalau dah rasa sedap, memang kita akan repeat makan di tempat yang sama je ye kak....
    laksa nyonya tu isi nya memacam, patutla akak teringat-ingat selalu.
    Nampak sedap la semua menu...

    BalasPadam
  12. Makanan semua sedap...unik pun ye...ikan tu x pernah nampak dalam blog kak ammie sebelum ni...menarik...of course senyuman Firdaus pun menarik kan....

    BalasPadam
  13. Pelik pula Puan Amie tidak makan mi kuning laksa nyonya.
    Hehe boleh jadi duta Kafe Mama Win.

    BalasPadam