Perjalanan menuju ke Jasni Rijan Resort mengambilmasa beberapa minit dari Pekan Kundasang. Kami perlu bergerak sejauh 6 kilometer lagi. Jumpa simpang masuk ke Kampung Pinausok, kereta melalui jalan berbukit dan akhirnya tiba di pintu gerbang Jasni Rijan Resort. Ketika itu cuaca mendung. Hujan turun rintik-rintik.
Menurut staff di situ, resort ini sebenarnya dibuka pada 22 Februari 2020 tetapi pada 18 Mac 2020 negara diisytiharkan PKP 1.0. Jadi resort terpaksa ditutup dan baru saja dibuka kembali pada tahun ini. Kami melihat kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di beberapa tempat di sekitar resort.
Firdaus sempat beraksi di atas rusa. Nun di belakang awan kelihatan kelabu menutupi banjaran gunung termasuk Puncak Kinabalu.
Dari tempat daftar masuk, kami bergerak ke bawah bukit tempat kami menginap.
Pemandangan di sekitar resort yang masih dalam proses pembinaan.
Rumput pun belum tumbuh sepenuhnya.
Kami memilih family room. Bilik kami di bahagian bawah pintu nombor 118 resort berbumbung ungu.
Sukalah hati Encik Suami kerana boleh letak kereta di depan pintu.
Nun di hujung sanun, resort bumbung biru, di hadapannya ialah pejabat tempat kami daftar masuk.
Jom masuk bilik.
Resort ini bertaraf 2 bintang. Tidak ada penghawa dingin. Hanya ada kipas sahaja. Waktu malam kami tidur tanpa buka kipas. Memang sejuk semula jadi, apalagi kalau buka sliding door, mungkin menggigil kesejukan kalau tidak berselimut.
Penat sangat kot selepas mandi sungai di Polumpung. Masuk bilik terus terlentang atas katil!
Ini merupakan salah satu pemandangan Jasni Rijan Resort yang dapat dilihat melalui bahagian kiri bilik kami.
Bilik ini turut dilengkapi dengan almari pakaian, televisyen dengan saluran kabel dan juga WIFI percuma.
Malam nanti kami akan kerjakan kopi yang disediakan ini.
Mari kita lihat bilik airnya pula.
Ada tuala JR Resort.
Comel jew sinkinya.
Ada water heater juga.
Firdaus beraksi di beranda.
Minta Firdaus tangkap gambar kita.... hiks!
Petang itu puncak Gunung Kinabalu sekejap muncul sekejap diselimuti kabus. Entahlah... entah kabus entah awan!
Kalau ada rezeki, buka pintu resort terus terpandang puncak Gunung Kinabalu.
Rindu Sabah. Dulu masa belajar kat sana kerap juga pergi Kundasang. Seronok sebab nyaman je kat sana.
BalasPadamMarilah datang Sabah.
PadamNyamannya suasana, indah pemandangan. Tempat macam ni memnag tak perlu pendingin hawa dan kipas, kalau Pak Inche, mesti suka pintu terbuka macam tu.
BalasPadamIman kalau nampak patung zirafah tu, harus menjerit keriangan.
Pernah sekali dulu bermalam di Nabalu Lodge. Ya Allah.... sejuknya tak tahu nak cakap.
PadamIman suka zirafah ye. Mari datang sini gambar berdua dengan Firdaus.
Cantik Resort tepi bukit. Atas bukit sejuk kalau ada air cond bertambah sejuk. Agaknya kalau bukak kipas gigil nak tidur. Penat sungguh Firdaus terus terlena. Cantik gambar Firdaus ambil, tak goyang goyang kabur pun. Bolehlah diharap lepas ni jadi photographer mommy.
BalasPadamNyaman jew tidur tanpa bunyi kipas angin atau sejuk air cond. Sejuk semulajadi tapi lena sangat sampai terlewat bangun pahi hihihiii.
PadamSenang letak kereta depan bilik.
BalasPadamBilik masih nampak baru dan bersih.
Memang suka sangatlah Encik Suami. Belum lagi masuk bilik sudah berangan-angan akan menginap di sini lagi kalau datang ke Kundasang lain kali.
PadamKalau sejuk memang tak perlu ada aircond. Macam di Cameron highland. Nice jugak resortnya
BalasPadamBetul Sal. Selesa betul, tapi kena berselimut jugalah sebab lama-lama semakin sejuk.
PadamPatut SA naik Kinabalu dah tahun 2021...tapi PKP kan...ni stamina semua dah kelaut dalam...x tau la bila dapat naik,nampak best sanat resot dia kak Amie
BalasPadamIn syaa Allah akan sampai juga SA. Cuma kena banyak daki tanggalah untuk sampai puncak sebab selepas gempa bumi tu struktur gunung dah berubah.
PadamTerbayang sejuk cuaca di situ. Nampak bersih dan selesa resortnya, kak.
BalasPadamwalaupun cuma 2 bintang tapi biliknya kemas dan cantik... pemandangan gunung kinabalu tu yg lawa sangat
BalasPadamcntiknya dpt tgk view gunung kinabalu daripada bilik
BalasPadamWah, thank you kak saya udah siap untuk stay cation nih tinggal cari tujuannya aja, hehe.. Saking siapnya saya beli pouch travel, dan alat-alat travel lainnya di ACE Hardware Indonesia lewat aplikasi MISS ACE lumayan jadi bisa belanja dari rumah deh pas pandemi gini.
BalasPadamApalagi, pas belanja di ACE gratis ongkir. Saran aku, daftar dulu jadi member ACE Hardware biar dapat promo ACE Hardware terus tinggal lihat dari katalog promosi ACE Hardware, deh! Kali aja adayang cari pouch travel, biar makin siap kan jalan-jalannya :)
blognya sangat bermanfaat, terimakasih
BalasPadamjual dry ice jakarta
jual dry ice jakarta
jual dry ice jakarta