Pages

Isnin, 21 Februari 2022

Gunung Kinabalu Di Celah Kabus

Imbas kembali, waktu petang ketika merenung puncak Gunung Kinabalu. Cuaca mendung ditambah dengan kehadiran gumpalan awan dan juga kabus di lereng pergunungan menjadikan sebahagian pemandangan terlindung. Terbayang ketinggiannya 4,095 meter. Terkenang suatu waktu dahulu di kala usia masih muda, jiwa masih bergelora, dengan mudahnya dapat menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.

Itu cerita dulu. Sekarang hendak daki bukit setinggi 500 meter pun asyik berkira! Sedar diri, walaupun hasrat untuk mendaki itu masih membara namun kudrat semakin berkurangan.

Gunung Kinabalu di waktu petang yang mendung.


Awan tebal melindungi sebahagian banjaran gunung.


Budak kecil ini minta rakam aksinya.
Dinasour merupakan haiwan kegemarannya!


Kelihatan puncak Gunung Kinabalu yang sayup-sayup di sanun.




Anak bapak!



Pandai dah dia beraksi apabila kita tangkap gambarnya.


Kita tinggalkan pemandangan yang tidak pernah menjemukan ini. Kita jumpa keesokan pagi.

Kundasang di waktu pagi.


Langit cerah, awan berarak jauh meninggalkan kawasan banjaran gunung.


Firdaus nampak sungguh gembira berada di persekitaran alam semula jadi seperti ini.


Katanya, nanti datanglah lagi ke sini.


Nampak tu....  perutnya sudah belajar naik! Atau bajunya yang semakin kecil?


Selamat pagi Gunung Kinabalu!

Memuncak tinggi mencapai awan,
Megah berdiri Gunung Kinabalu,
Keagungan di negara jaya,
Gunung tertinggi di Malaysia.

Dalam sinaran sang suria,
Bentukmu sangatlah indah,
Kinabalu engkau ternama,
Menjadi lambang Malaysia jaya.

12 ulasan:

  1. cantiknya. hrp dpt smpai puncak 1 hari nnti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.... jika ada cita-cita dan semangat, suatu hari nanti akan tercapai jua. In syaa Allah.

      Padam
  2. subhanallah cantik nya kak pemandangan gunung kinabalu tu, lagilah bila ada kabus-kabus tu. Daus tu memang jenis fotogenik lah kak, jenis pandai berposing kata orang. Tak payah suruh dia dah tahu nak buat aksi apa

    BalasPadam
  3. naik dinosor daki gunung kinabalu Daus

    BalasPadam
  4. Masa sy ke Kundasang dulu, seorang kawan pesan, keluar pagi2. Mulanya sy tak faham kenapa nak kena keluar pagi2. Rupa2nya bila tengahari gunung mula dilitupi kabus. Jadi berangannya lain kali, jika ada rezeki nak ke sana, mahu tinggal di Kundasang, tentu seronok celik biji mata nampak gunung tersergam depan mata.

    BalasPadam
  5. Cita- cita SA nak daki Gunung Kinabalu blom tercapai since PKP...sekarang pun banyak halangan...kami semua yang nak pi trip ni pun x fit lagi dah...semua dah membesar bagai johan...hahahaha

    BalasPadam
  6. tanjat kite tetiba nampak dinosaur kat gunung kinabalu hihi.. cantiknya bilalah nak sampai sana

    BalasPadam
  7. rindunya nak tengok Gunung Kinabalu lagi, walaupun setakat dari kaki. Memang cantik kan

    BalasPadam
  8. Masya Allah ..indahnya ciptaan Ilahi..
    Dulu pernah berhajat nak mendaki Gunung Kinabalu bg cukup 3x...
    Tapi masa berniat tu lupa bahawasanya semakin hari usia bukan semakin muda..🤭

    BalasPadam
  9. Hehe abah saya muda-muda dah tawan puncak Gunung Kinabalu. Tengok gambar abah segak dengan pakaian memanjat gunung senyum lebar.
    Dapat bayang juga gambar Puan Amie pun tersenyum ceria setelah berjaya menawan puncak gunung.

    BalasPadam
  10. Hebat kak Amie dulu dulu dapat tawan Gunung Kinabalu. At least ada jugak kenangan tu walaupun sekarang hanya mampu melihat dari jauh. Saya pulak mampu tengok gambar. Hehe..cantik permandangan Gunung Kinabalu dari platform tu. Syok gak duduk lepak kat situ. Nampaknya Firdaus suka dekat alam semulajadi macam tu. Muka ada senyummm...

    Kesian baju Firdaus dan mengecil. Agaknya tengah berselera makan badan cepat belajar naik :)

    BalasPadam