Kita tidaklah tergolong dalam jenis pemilih makanan. Prinsip kita yang penting halal, bukan kayu atau batu. Tetapi apabila kita mati liur (istilah tidak ada selera makan dalam bahasa Cocos), memang kita sendiri pun tidak tahu nak makan apa. Barangkali disebabkan mulut rasa pahit, jadi apa yang ditelan semuanya bagaikan hempedu.
Masalah ini kita hadapi sehari selepas menerima suntikan booster beberapa minggu lepas. Keesokan paginya kita rasa seram sejuk, badan mula panas. Kita makan panadol dan terus tidur. Lusanya demam tak kebah. Kita terpaksa cuti sakit selama sehari. Tulat kita pergi kerja, tetapi masih rasa tidak selesa. Tidak ada selera untuk menjamah makanan.
Kita minta Encik Suami kita bawa ke mana-mana kedai makan yang ada menawarkan masakan bersup. Encik Suami bawa kita ke Restoran Bakso Kampung di Ipeak Lahad Datu. Encik Suami memesan Bakso Beranak untuk kita, dan untuk dirinya dia minta soto ayam.
Bakso Beranak |
Jus Tembikai Susu |
Begitulah agaknya, kalau rasa tak sedap badan memang ubatnya nak berehat dan tidur saja.
Restoran Bakso Kampung. |
Tadi pergi rumah SK nampak bakso...masuk rumah kak amie pun ada bakso...huwaaa...nak bakso....
BalasPadamHahahahaha, apalagi, kena pergi membakso tu.
PadamMari SA, Kak Amie dan SK temankan membakso heheheee.
PadamSyafakillah Kak Amie.. bila tak sihat memang terasa nak makan sup atau yang berkuah kan..
BalasPadamBetul Sue, ada juga yang suka masam-masam sikit.
PadamPertama kali dengar bakso beranak, Iman yang cerita. Kembang kepala kita membayangkan anak2 bakso kat dalam bakso yang besar. sesuatu yg bulat2 dan banyak, macam guli, hihi.
BalasPadamBanyak anak-anak bakso kan SK. Tak larat nak habiskan keluarga bakso yang besar tu.
PadamFaham sangat bila tak berselera tu. Bila tak sihat rasa macam nak berehat je tanpa buat apa apa dan tanpa fikir nak makan. Tak pernah lagi makan bakso beranak. Bakso biasa pun dah tak lalu nak makan sebab beberapa kali beli asyik tak kena dengan selera. huhu...
BalasPadamSetuju Fizah, lain tempat lain rasa baksonya. Itu pasal kalau dah jumpa satu tempat yang sedap, ulang-ulanglah ke situ.
PadamOOoo... itu ke maksud beranak? :D
BalasPadamYe Uncle, anak-anak bakso dalam perut emak bakso.
PadamWah..menarik nampak bakso betanak..twins pulak tu...
BalasPadamSemoga Allah kurniakan kesembuhan untuk cikguđ¤˛
Alhamdulillah. Dah sihat adanya.
PadamBanyak anak bakso tu.
Rupanya bakso beranak memang ada anak nya begitu dibedah keluar anaknya. Di sini saya belum menemuinya. Selamat malam, temanku Amie.
BalasPadamcantik deko kedai makan nya tu kak... meriah
BalasPadamPertama kali melihat bakso begini..
BalasPadamTapi ialah badan tak sihat memang nak berehat je.. Semoga kembali sihat ye Amie..
Ingatkan orang je beranak rupanya ado juga bakso beranak. Semuga cepat sihat amie. BIla takde selera memang tak lalu apa pun tapi pekena sup panas-panas buat nambahkan selera.
BalasPadamget well soon kakak
BalasPadamKalau sedang sakit, masakan favourite pun kita tak lalu makan. Huhu. Betullah nikmat sihat tu nikmat paling mahal
BalasPadamgedabak betul basknya kak
BalasPadammmg jenuh nak habiskan bakso beranak..dgn isi dalam lg..
BalasPadamSayapun tengah tidak sihat. Makan ada rasa pahit tapi makan juga sebab kena makan ubat lepas itu.
BalasPadamteringin nak mkn bakso beranak. nak kena cari dkt kk ni..
BalasPadam