Kilau : Makanan Tradisi Bajau

9:11 PTG

Jumpa lagi. Agak sibuk dengan tugas hakiki. Tak siap waktu siang, bawa ke malam sampai tak sempat jenguk dapur maya. Diringkaskan cerita, setelah penat melayan tugas, masuk dapur seketika untuk layan selera pula. Dua tiga hari ini cuaca mendung. Malam hujan lebat hingga ke pagi. Cuaca pun nyaman saja hingga ke petang.

Hari ini Amie masak hidangan ala Bajau pula. Gambar di bawah ini ialah kilau atau kinilau. Sesiapa yang pernah makan umai, makanan tradisi  masyarakat Melanau di Sarawak sudah tentu tidak asing dengan kilau @ kinilau makanan tradisi masyarakat Bajau di Sabah.

Kilau @ kinilau


Banyak perkongsian tentang masakan atau makanan tradisi Bajau yang pernah Amie paparkan. Kilau @ kinilau merupakan salah satu hidangan popular dalam masyarakat Bajau. Boleh klik blog link di bawah ini jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang kilau @ kinilau:



Hidangan tengahari kami hari ini makan nasi putih berlaukkan:
  • ikan belais panggang
  • sotong panggang
  • kilau @ kinilau
  • siput kima masak tumis
  • latok
  • sambal

Ikan belais.

Ikan belais ini dipanggang dalam kuali ajaib.

Latok.

Latok @ rumpai @ anggur laut.

Sambal lada. 

Sambal pencecah latok.

Sotong panggang.

Sotong panggang dalam kuali ajaib.

Kima 

Siput kima masak tumis.

Ikan bilis segar.

Untuk menyediakan kilau kena gunakan ikan segar. Pelbagai jenis ikan boleh digunakan. Selain ikan, ada rakan keturunan Bajau beritahu Amie boleh gunakan udang atau sotong. Amie gunakan ikan bilis saiz besar.

Mangga muda.

Bahan lain yang diperlukan ialah mangga muda.
Setakat ini belum pernah jumpa mangga setengah masak atau mangga masak di dalam kilau!


Gambar atas dan bawah ini Amie ambil dari entri lama. Selain mangga muda, bahan lain yang diperlukan termasukkan halia muda, limau kasturi dan juga cili padi. Jangan lupa garam / perasa pilihan.
Jus limau kasturi (jus limau nipis pun boleh), hendaklah disediakan dalam kuantiti yang banyak. Jus inilah yang akan 'memasak' ikan! Jika tidak ada jus limau kasturi atau limau nipis, boleh juga gunakan cuka.


Ikan yang digunakan untuk dijadikan kilau @ kinilau tidak perlu dimasak. Perlu pilih ikan segar, dan bersihkan, buang perut, sisik, kepala,  tulang semuanya tu. Boleh hurus ikut saiz yang disukai. 

Bahan-bahan:
  • 400 gram ikan bilis segar - bersihkan - buang isi perut, kepala dan tulang serta ekor
  • 2 biji mangga muda - kupas dan cincang halus
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 1 labu bawang besar - hiris halus
  • 7-10 biji cili padi - hiris / biarkan saja - jika hendak makan baru patahkan
  • 3/4 cawan jus limau kasturi
  • garam / perasa pilihan
Cara:
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas.
  2.  Biarkan seketika - antara 15-20 minit sebelum dinikmati bersama putu atau nasi.
Kilau @ kinilau.


Jumpa lagi. 

19 comments

  1. kita suka umai.... so mesti kita akan suka kilau ni juga heheh

    BalasPadam
  2. Sedapnya latok,ikan panggang & sotong panggang.Semua segar2.
    Kalau kat kamoung saya @ Kedah ada kerabu daging mentah.hehehe..pun kena daging segar yang baru disembelih & hanya daging batang pinang yang digunakan.
    Cikgu..saya pernah baca pasal hinava..Adahkah benda yang sama @ ada perbezaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali makan kerabu daging mentah sewaktu belajar di KL. Serumah dengan kawan dari Kedah. Dialah yang perkenalkan menu itu. Sedap! Saya pernah buat sendiri dan tersiar dalam Majalah RASA.
      Hinava ialah makanan tradisi Kadazan-Dusun. Bahan asasnya lebih kurang sama. Ada isi ikan, perahan jus limau, halia, bawang dan garam / perasa. Adakalanya hinava ditambah dengan peria, manakala kilau pula ditambah mangga muda. Macam masakan kitalah juga. Asam pedas misalnya, ada asam pedas versi Melaka, ada asam pedas versi Johor.

      Padam
  3. Ooo mcm masak lava kt kelantan jugak...tp yg tu guna ikan tamban..cara dan bahanya lbh kurang sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan asasnya sama, gunakan jus limau untuk 'masak' isi ikan. Itulah uniknya, asas yang sama tapi lain negeri atau daerah lain versinya pula.

      Padam
  4. latok tu kalau msk lemak cili padi sedap kut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Latok tu anggur /rumpai laut berisi cecair, rasa air laut Kak PI. Hanya untuk dimakan begitu saja. Kena air tawar pun jadi cepat kecutnya. Kalau dimasak, hilanglah rupanya tinggal tangkai saja hehehee.

      Padam
  5. Kalau Umai tu kita tahu, Kak Amie. Tapi biasalah, kita ni tak ada kawan makan, jadi selalunya hanya mampu berangan2 jer. Kalau boleh makan umai, mesti boleh makan kilau jugak, kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Persekitaran memang mempengaruhi selera kita.

      Padam
  6. Macam makan ikan mentah tapi telah dimasak dengan jus limau kasturi. emmm unik

    BalasPadam
  7. Kilau ini macam ceviche kan.
    Banyak lauk masak untuk tengahari.

    BalasPadam
  8. Kilau ni nampak sedapp la kak 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann kak nadyya, nampakk sedapp! Teringin nak rasa sebab tak pernah rasa, first time dengar and tengok rupa dalam blog kak amie ni hehehe :D

      Padam
  9. umai tak pernah rasa, kilau ni pon tak pernah rasa.. nampak macam sedap..

    BalasPadam
  10. Pertama kali dengar dan tengok menu Kilau @ kinilau ni. Menu baru yang nampak sedap. Ikan belais dan latok tak pernah makan. Kecur pulak tengok buah mangga tu kak amie. Sedap betul buat jeruk atau cicah dengan gula, cili dan kicap.

    BalasPadam
  11. sedapnyaaaaaa dpt ke sy mau menambah2 nasi ni😆

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe