Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tuna Tumbuk & Sandwich Tuna

10:12 PG

Jumpa lagi. Alhamdulillah dapat menghirup udara segar di bumi Allah yang indah ini. Hari ini alam kelihatan cerah. Matahari bersinar garang dari arah Laut Sulu.Sebelum memulakan aktiviti pada pagi ini, kita alas perut dulu.

Jom buka tudung saji. Ada apa yang terhidang?

Amie masak Nasi Goreng Cili Padi Ikan TunaTumbuk dan sediakan Sandwich Tuna. Amie tidak potong tepi-tepi roti. Sayang nak buang, baiklah makan sekali. Bukannya keras pun. Sedap jew. Tak elok membazir. Kawan syaitoonirrajiim!.  Dulu kalau buat sandwich memang rajin potong tepi roti sebab boleh simpan nak buat puding roti.Nasi goreng itu pula Amie gunakan lebihan ikan tuna goreng kelmarin untuk dijadikan perencah. Tambah cili padi tumbuk bersama bawang, dan apabila dihidang taburkan hirisan cili padi kampung. Naaaaa.... baru tahu kalau tergigit cili padi boleh berasap telinga! Tak apa. Ada lemon panas sedia menanti untuk kurangkan pedas!
Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tuna Tumbuk, Sandwich Tuna, Lemon Panas & Honeydew.

Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tuna.


Kalau rasa lapar waktu BDR sebelum sempat masak tengahari, boleh makan sandwich. Firdaus pun rajin melayan Mommynya yang suka minta tolong ambilkan itu dan ini di dapur sewaktu BDR. Apa boleh buat, memang selaluya begitulah. Sambil berBDR, sambil minum atau makan di depan PC.
Hari ini terima arahan untuk ikuti Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2021 secara maya. Baru saja selesai Slot 1,  Slot 2 pada pukul 12 tengahari, manakala Slot 3 pada pukul 3 petang nanti. Kalau tak sempat ikuti secara langsung, boleh tonton pada waktu yang lain juga.


Firdaus sudah faham. Kalau kita minta air dia akan capai bekas minuman lemon panas kita di bawah tudung saji. Kemudian dia hantar ke meja sambil berkata: 130 air panas, 130 air biasa. Maksudnya 130ml air panas campur dengan 130 ml air biasa. 
Hirisan lemon dalam bekas minuman memang Amie tak buang. Boleh tambah air beberapa kali. Yang penting masih ada rasa masam lemon dan pahit kulit lemon. Itulah ubat! Biasanya kalau Amie duduk berBDR, 3 -4  kali jugalah Firdaus ulang-alik ke dapur tambah air.

Honeydew.


Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tuna Tumbuk:

  • 4 cawan nasi putih sejuk
  • 1 cawan isi ikan tuna goreng tumbuk
  • 1 cawan isi jagung
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang ptih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili padi kampung
  • 1 biji cili merah - buang biji
Cara memasak:
  1. Gaul nasi dengan isi ikan tuna tumbuk.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bahan tumbuk sehingga terbit aroma.
  4. Masukkan isi jagung. Kacau beberapa kali.
  5. Kemudian masukkan nasi yang sudah digaul dengan isi ikan tuna tumbuk.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Gaul rata, dan padamkan api dapur.

20 comments

  1. Sedapnya kak amie...biasa buat nasi goreng tuna guna yang dalam tin...kalau dapt guna isi ikan yang fresh kan best

    BalasPadam
  2. Sha tak pernah guna tuna fresh.. selalu guna yang dalam tin je utk buat sandwish dan nasi goreng.. hehehe.. Mengancam tengok nasi goreng kak amie yang penuh hirisan cili padi tu.. hehehe

    BalasPadam
  3. sedapnya nmpk nasi grg tuna tu. bleh cuba weekend ni. tuna pon ada.

    BalasPadam
  4. wow sedap tu nasi goreng tuna..biasa mkn sandwich tuna je

    BalasPadam
  5. Sedapnya nasi goreng tuna & sandwich.Tergigit cili telinga berasap teringat animasi Film Negara Malaysia dulu-dulu.Kisah monyet makan cili
    Jangan monyet..jangan
    Aku tak kira..aku
    nak..nak juga
    🌶️🐒

    BalasPadam
  6. aduhhh terasa kepedasannya sampai ke sini amie..hahaha

    BalasPadam
  7. Dahulu pun rajin buat air lemon letak dalam botol besar untuk detoks.

    BalasPadam
  8. Tuna macam tu uncle makan sorang!

    BalasPadam
  9. Rajin betul Firdaus menolong mummynya. Kita terpandang2 pulak dia terkedek bawa air lemon panas, hihi

    BalasPadam
  10. Nasi goreng tuu menyelerakan la kak 😋

    BalasPadam
  11. Ada satu kedai dekat dengan rumah saya, nasi goreng cili padinya sedap. Kalau ke kedai tu, mesti order.

    BalasPadam
  12. Saya buat sandwich tak pernah potong tepi. sayang nak buang. Makan okay je tak keras. Sedap hidangan nasi goreng cili api ikan tuna tumbuk. Tergigit cili api ada cover air lemon. bagus dah siap sedia bantuan tu. Alhamdulillah Firdaus faham sangat mommy. Siap beritahu sukatan air. Bagus Firdaus ni.

    BalasPadam
  13. Sedapnyaa.. spicy lover here..

    Boleh layari etiqa untuk mendapatkan ilmu tentang insurans dan kelebihan jika amik dengan Etiqa. Contohnya, lesen memandu, tuntutan insurans, claim insurance
    & etiqa home insurance.

    BalasPadam
  14. Rajin adik Firdaus tolong mummy.

    BalasPadam
  15. sedapnya. yg penting pedas. lagi aummmm..

    BalasPadam
  16. Sedapnyaaa tengok gambar masakan kak amie ni, saya pun tak pernah potong tepi kalau buat sandwhich, sedapppp saja kalau dimakan.

    BalasPadam
  17. Sedapnyaa sandwich tuna!! Lama tak buat dan makan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe