Sambal Belacan Kuini

8:06 PTG

Dua hari lepas beli buah kuini di pasar yang dibawa masuk dari Filipna. Beli sekilogram, harga RM10 dan dapat 3 biji tapi belum masak. Pagi tadi sudah terhidu-hidu aromanya. Oleh kerana aroma Ayam Palekko lebih kuat, jadi tengelamlah bau kuini.

Teringat sambal belacan bacang yang sangat mengecurkan  di dapur Kamsiah Yusoff di Blog Detik-Detik Indah Dalam Hidupku, baiklah buat Sambal Belacan Kuini di dapur sendiri. Lagipun sudah dapat isyarat bau buah kuini menunjukkan sudah masaklah buah itu!

Seronok sungguh dapat masuk dapur walaupun sudah menjelang petang. Selesai makan nasi, azan Maghrib pun berkumandang seolah-olahnya kami baru saja berbuka puasa. Itulah makan tengahari kami merangkap makan malam pada hari ini.


Sambal Belacan Kuini


Hidangan nasi hari ini berlauk sayur kacang panjang campur tempe, tauhu dan suhun masak lemak putih, ikan jepun @ sulig goreng, telur dadar dan sambal belacan kuini.

Kacang panjang masak lemak putih dengan tauhu dan tempe.

Lama sungguh tak makan sayur kacang panjang masak lemak putih. Bonda suka masakan begini. Mungkin dari kecil selalu dihidangkan masak lemak putih, jadi sampai sekarang sukakan masakan begini. Amie masak kacang panjang 3 batang saja, tauhu 2 keping dan tempe. Itu pun sudah cukup banyak, ditambah pula dengan suhun. Dalam periuk, apabila serai bertemu bawang tumbuk dan ikan bilis sebagai perencah, ditambah pula santan kelapa, aduhai! Aromanya membawa diri ini kembali ke masa lampau nun jauh di Bukit Hijau sanun!

Ikan jepun @ sulig goreng.

Firdaus berkali-kali ingatkan Amie untuk goreng ikan jepun @ sulig. Suka sangat budak kecil itu makan ikan ini. Berekor-ekor diratahnya bersama sambal tomato! 


Telur dadar!
Lauk yang tak pernah menjemukan.
Hari-hari dihidangkan pun tetap licin.


Buah kuini.




Jom buat Sambal Belacan Kuini. Kali ini  Amie gunakan 7 tangkai cili padi saja. Pedaslah juga, tapi sangat sedaplah pula. Belacan tak payah bakar sebab gunakan belacan kering, belacan LD. Buah kuini memang masak, tapi ada 'orang' di dalamnya. Jauh juga 'orang' itu datang ke LD menyeberang Laut Sulu. Jadi, hanya dapat separuh sahajalah buah kuini untuk dibuat sambal.

Bahan-bahan:
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 biji kuini - kupas kulit - cincang
  • 3 biji bawang merah
  • 2 cm belacan 
  • 4 biji limau kasturi - perah jusnya
  • 1 biji limau kasturi - buang biji - cincang
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Tumbuk cili padi, belacan, bawang merah, garam / gula / perasa pilihan. Suka hati nak tumbuk kasar atau lumat.
  2. Tambahkan hirisan kuini dan jus limau kasturi.
  3. Gaul sebati.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

27 comments

  1. Ya ampun...Sedap tu. Sambal belacan kena dengan nasi sejuk pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belacan tu kiranya sebagai salah satu identiti masakan orang kita.

      Padam
  2. dengar pun dah terliur apatah lagi tengok, apatah lagi bau.. ermmm sedap...
    jemput singgah sini ya https://saripkay.com/ kalau sudi exchange link boleh juga tingkatkan seo blog..

    BalasPadam
  3. Waahhhh sambal belacan letak kuini..tak pandang kiri kanan dah...sok sek sok sek pedas tp sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal belacan kuini memang lain macam dia punya keenakannya! Buah bacang berpuluh tahun saya tak jumpa. Saya suka aroma kedua-duanya!

      Padam
  4. masak lemak putih is my favorite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka aroma santan warna putih tanpa gangguan kunyit hehehee.

      Padam
    2. sama la. sgt suka masak lemak putih.
      memang kena dgn ikan goreng dan sambal belacan :)
      at the end, nasi da abis, kita hirup kuah lemak bercampur sambal belacan = ohsem!

      Padam
  5. Balasan
    1. Betul Kak PI. Aroma dan rasanya tu cukup menggoda.

      Padam
  6. Haha ulat itu dipanggil orang.
    Kecur tengok sambal kuini. Haah saya ada baca pos Puan Kamsiah guna buah bachang. Rasanya segala spesis mangga boleh ditambah pada sambal belacan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu keluarga mangga boleh dibuat sambal belacan termasuklah kuini, bacang, bambangan, binjai...eh binjai masuk keluarga mangga ke?

      Padam
  7. Samalah sy Kak Amie, dari kecik memang inilah lauk yang dihidangkan selain asam pedas. Telur dadar tu kira lauk wajib la.. cuma bila dah kahwin ni dapat suami yang jenis makan kari dan sambal jer, lemak2 putih ni tak dilayannya, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... pakwe kita sebelum ni makan sayur lodeh versi orang dia saja, tapi akhirnya berjaya juga kita bawa makan versi lemak cili padi dan lemak putih.

      Padam
  8. Makhluk dalam buah ku ini tu ada jenis ulat & ada jenis kumbang hitam kan....Sedapnya sambal ku ini....hihihi buah ku ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... Mama Cella ni mesti dok teringat kenangan di Bukit Tinggi dengan Pak Jamil dia di sana. Buah ku ini...nakalnya!

      Padam
  9. Ya ampunnnn.....sedapnya sambal belacan kuini.....terliur SA dibuatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedaplah SA. Rasanya hari ini nak buat lagi. Ada 2 biji kuini lagi.

      Padam
  10. Ada 'orang' tu merujuk kepada ulat ke kak amie? Huhuhu.
    Buat stok sambal belacan banyak banyak, simpan dalam peti. Lagi sedapppp kan kak amie? Hehehe

    BalasPadam
  11. Sedapnya sambal kuini. kalau ada depan mata, saya lupa kejap yang saya ada resdung tak boleh tahan makan belacan.

    BalasPadam
  12. Ada aikan goreng garing, sambal belacan, telur dadar dan sayur taugeh lemak tu memang makan bertambah macam ni. Bau kuinin tu menyengat bau dia. Dari jauh dah bau dah. Menyelerakan betul hidangan lauk kak Amie

    BalasPadam
  13. Setiap satu hidangan tu memancing selera :)

    BalasPadam
  14. matching sgt lauk pauk akak ni.
    sukar nak dpt kuini kat sini.
    bau nya tu semerbak. sedapnya.

    BalasPadam
  15. bertambah-tambah makan bila ada sambal kuinin nie.. tak pandang kiri kanan dah.. hehehe

    BalasPadam
  16. msti bertambah nasi mkn dengan sambal kuini ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe