Jumpa lagi. Agak sibuk dengan tugas hakiki. Tak siap waktu siang, bawa ke malam sampai tak sempat jenguk dapur maya. Diringkaskan cerita, setelah penat melayan tugas, masuk dapur seketika untuk layan selera pula. Dua tiga hari ini cuaca mendung. Malam hujan lebat hingga ke pagi. Cuaca pun nyaman saja hingga ke petang.
Hari ini Amie masak hidangan ala Bajau pula. Gambar di bawah ini ialah kilau atau kinilau. Sesiapa yang pernah makan umai, makanan tradisi masyarakat Melanau di Sarawak sudah tentu tidak asing dengan kilau @ kinilau makanan tradisi masyarakat Bajau di Sabah.
|
Kilau @ kinilau |
Banyak perkongsian tentang masakan atau makanan tradisi Bajau yang pernah Amie paparkan. Kilau @ kinilau merupakan salah satu hidangan popular dalam masyarakat Bajau. Boleh klik blog link di bawah ini jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang kilau @ kinilau:
Hidangan tengahari kami hari ini makan nasi putih berlaukkan:
- ikan belais panggang
- sotong panggang
- kilau @ kinilau
- siput kima masak tumis
- latok
- sambal
|
Ikan belais.
|
Ikan belais ini dipanggang dalam kuali ajaib.
|
Latok.
|
Latok @ rumpai @ anggur laut.
|
Sambal lada.
|
Sambal pencecah latok.
|
Sotong panggang.
|
Sotong panggang dalam kuali ajaib.
|
Kima
|
Siput kima masak tumis.
|
Ikan bilis segar. |
Untuk menyediakan kilau kena gunakan ikan segar. Pelbagai jenis ikan boleh digunakan. Selain ikan, ada rakan keturunan Bajau beritahu Amie boleh gunakan udang atau sotong. Amie gunakan ikan bilis saiz besar.
|
Mangga muda.
|
Bahan lain yang diperlukan ialah mangga muda.
Setakat ini belum pernah jumpa mangga setengah masak atau mangga masak di dalam kilau!
Gambar atas dan bawah ini Amie ambil dari entri lama. Selain mangga muda, bahan lain yang diperlukan termasukkan halia muda, limau kasturi dan juga cili padi. Jangan lupa garam / perasa pilihan.
Jus limau kasturi (jus limau nipis pun boleh), hendaklah disediakan dalam kuantiti yang banyak. Jus inilah yang akan 'memasak' ikan! Jika tidak ada jus limau kasturi atau limau nipis, boleh juga gunakan cuka.
Ikan yang digunakan untuk dijadikan kilau @ kinilau tidak perlu dimasak. Perlu pilih ikan segar, dan bersihkan, buang perut, sisik, kepala, tulang semuanya tu. Boleh hurus ikut saiz yang disukai.
Bahan-bahan:
- 400 gram ikan bilis segar - bersihkan - buang isi perut, kepala dan tulang serta ekor
- 2 biji mangga muda - kupas dan cincang halus
- 2 cm halia - hiris halus
- 1 labu bawang besar - hiris halus
- 7-10 biji cili padi - hiris / biarkan saja - jika hendak makan baru patahkan
- 3/4 cawan jus limau kasturi
- garam / perasa pilihan
Cara:
- Gaulkan kesemua bahan di atas.
- Biarkan seketika - antara 15-20 minit sebelum dinikmati bersama putu atau nasi.
|
Kilau @ kinilau. |
Jumpa lagi.
Meriahnya makanan..
BalasPadamTerima kasih.
Padamkita suka umai.... so mesti kita akan suka kilau ni juga heheh
BalasPadamBahan asasnya lebih kurang sama.
PadamSedapnya latok,ikan panggang & sotong panggang.Semua segar2.
BalasPadamKalau kat kamoung saya @ Kedah ada kerabu daging mentah.hehehe..pun kena daging segar yang baru disembelih & hanya daging batang pinang yang digunakan.
Cikgu..saya pernah baca pasal hinava..Adahkah benda yang sama @ ada perbezaan?
Pertama kali makan kerabu daging mentah sewaktu belajar di KL. Serumah dengan kawan dari Kedah. Dialah yang perkenalkan menu itu. Sedap! Saya pernah buat sendiri dan tersiar dalam Majalah RASA.
PadamHinava ialah makanan tradisi Kadazan-Dusun. Bahan asasnya lebih kurang sama. Ada isi ikan, perahan jus limau, halia, bawang dan garam / perasa. Adakalanya hinava ditambah dengan peria, manakala kilau pula ditambah mangga muda. Macam masakan kitalah juga. Asam pedas misalnya, ada asam pedas versi Melaka, ada asam pedas versi Johor.
Ooo mcm masak lava kt kelantan jugak...tp yg tu guna ikan tamban..cara dan bahanya lbh kurang sama
BalasPadamBahan asasnya sama, gunakan jus limau untuk 'masak' isi ikan. Itulah uniknya, asas yang sama tapi lain negeri atau daerah lain versinya pula.
Padamlatok tu kalau msk lemak cili padi sedap kut
BalasPadamLatok tu anggur /rumpai laut berisi cecair, rasa air laut Kak PI. Hanya untuk dimakan begitu saja. Kena air tawar pun jadi cepat kecutnya. Kalau dimasak, hilanglah rupanya tinggal tangkai saja hehehee.
PadamKalau Umai tu kita tahu, Kak Amie. Tapi biasalah, kita ni tak ada kawan makan, jadi selalunya hanya mampu berangan2 jer. Kalau boleh makan umai, mesti boleh makan kilau jugak, kan
BalasPadamBetul tu. Persekitaran memang mempengaruhi selera kita.
PadamMacam makan ikan mentah tapi telah dimasak dengan jus limau kasturi. emmm unik
BalasPadamKilau ini macam ceviche kan.
BalasPadamBanyak lauk masak untuk tengahari.
Kilau ni nampak sedapp la kak 😋
BalasPadamKann kak nadyya, nampakk sedapp! Teringin nak rasa sebab tak pernah rasa, first time dengar and tengok rupa dalam blog kak amie ni hehehe :D
Padamumai tak pernah rasa, kilau ni pon tak pernah rasa.. nampak macam sedap..
BalasPadamPertama kali dengar dan tengok menu Kilau @ kinilau ni. Menu baru yang nampak sedap. Ikan belais dan latok tak pernah makan. Kecur pulak tengok buah mangga tu kak amie. Sedap betul buat jeruk atau cicah dengan gula, cili dan kicap.
BalasPadamsedapnyaaaaaa dpt ke sy mau menambah2 nasi ni😆
BalasPadam