Terung Sambal Cili Padi

11:46 PG

Jumpa lagi. Sambung cerita nak habiskan cili padi! Biasanya masak terung sambal gunakan cili kering tapi kali ini kita gunakan cili padi yang masih banyak berbaki.
Terung Sambal Cili Padi
Cili Padi



Bahan-bahan:
  • 3 biji terung panjang - belah 2 - potong 3 setiap bahagian - goreng hingga masak - angkat dan toskan
  • 1/2 cawan ikan bilis 
  • 7 tangkai cili padi
  • 3 helai daun limau purut - buang tulang belakang
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • garam  / perasa pilihan
  • minyak
Bahan kisar / tumbuk:
  • 40 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Tinggal 4 sudu besar minyak bekas gorengan terung di dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan gula perang. Tumis hingga hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ikan bilis, dan bancuhan air asam Jawa.
  4. Biarkan mendidih seketika dan kemudian masukkan terung goreng, daun limau purut dan cili padi.
  5. Gaul rata. Setelah cili padi ldan daun limau purut kelihatan layu, taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Terung Sambal Cili Padi


40 comments

  1. Cili padi kecik-kecik tu, pedas, bagi saya. Mau berasap makan ni. :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sedapkan. Kami dah biasa makan cili padi dari kecil lagi.

      Padam
  3. peminat pedas pasti suka ni..saya makan terung berlado tkpn yg celop tepung

    BalasPadam
  4. Sedapnya . Salah satu menu kesukaan ayah CCL

    BalasPadam
  5. Sedapnya . Salah satu menu kesukaan ayah CCL

    BalasPadam
  6. Wah,lauk favourite ni kering-kering pedas berminyak ni.Terung memang sedap kan ..digoreng,dikari,dipajeri,direbus & dibakar juga sangatlah sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua masakan terung sedapkan Mama Cella. Lama saya tak makan lawar terung!

      Padam
  7. Oh ada guna daun limau purut.

    BalasPadam
  8. sedap ni..pedas terangkat!
    dulu tak suka terung.. setahun dua ni jadi tersuka pulak..

    BalasPadam
  9. Sedap tu... terung bercili, my feberat ni.

    BalasPadam
  10. byjnya cilipadi , berasap telinga kalau sy he hee tak tahan terlalu pedas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya saya dah terbiasa makan cili padi dari kecil dulu, tidaklah terlalu pedas rasanya.

      Padam
  11. Akak tak pernah lg guna cili padi kalau masak sambal terung ni...wahhhh mau berasap telinga ni boh 40 biji cili padi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya memang guna cili besar, tapi tak ada pula. Yang ada longgokan cili padi saja. Tidaklah terlalu pedas sangat sebab bubuh gula juga.

      Padam
  12. Terung sambal ni fav Sk lagilah kalau masak gaya gini, memang tak pandang lauk lain, Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Sambal pun dah ada rasa belacan, bubuh ikan bilis lagi. Cukuplah.

      Padam
  13. Wah.. Nampak sedap dan pedas masakan ni. Kalau tak tahan mesti bersulam air

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sedia air panas-panas suam ni Sal. Bukan makan bersulam air saja, sambil mengunyah bersulam air mata juga hihihiii.

      Padam
  14. sedapnya ni.. mkn dgn nasik putih je mmg berpeluh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kena sedia aegelas air suam-suam panas. Kalau rasa pedas sangat, terus teguk air tu.

      Padam
  15. Malu saya, umur dah 40-an tapi tak pernah merasa terung. Tak tahu rasanya bagaimana, manis ke, pahit ke, berlemak ke.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam-macam jenis dan bentuk terung. Setakat ini terung paling sedap sudah tentunya terung Taiwan, isinya putih, ada rasa manis.

      Padam
  16. Uishhh 40 biji cili padi tak berapi ke kak amie? Tu kalau masuk perut saya, confirm sakit perut hahaha sebab tak tahan pedas. Tapi kak amie dah biasa kan, jadi celah gigi je 40 biji cili padi tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang berapinya sebab bubuh gula juga. Kalau duduk rumah takpe boleh makan pedas, sakit perut boleh selesaikan segera. Kalau jalan-jalan memang tak sentuhlah yang maha pedas. Takut tiba-tiba perut meragam.

      Padam
  17. Ni mmg fav saya sangat kak. Anything yang pedas mmg fav saya...

    BalasPadam
  18. sedapnyaa nmpk. msti pedas sedap tu

    BalasPadam
  19. Menarik ni kak amie..selalu buat guna cili kering je...boleh cuba nanti

    BalasPadam
  20. Tak pernah mkn lg terung mcm ni. Mesti pedas terangkat ni hehehe

    BalasPadam
  21. Sesekali gunakan cili padi why not. Tetap sedap walaupun tak gunakan cili kering. Maintain pedas :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe