Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak
7:45 PTGJumpa lagi. Kali ini Amie kongsikan paparan menu Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak. Senang sangat olah masakan ini. Tak perlu bubuh bawang putih bawang merah. Inilah akibatnya selalu intai dapur Suria Amanda. Sudah terjangkit, kalau masak lemak cili padi tak perlu bubuh bawang!
Sekali lagi Amie buat sambal belacan kuini. Sambal belacan kuini sedapnya lain macam! Aroma buah kuini sangat mengganggu perasaan! Encik Suami pula minta Amie panggang ikan belais. Cukuplah hidangan makan tengahari kami hari ini. Makan nasi putih lauk Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak, lawankan dengan ikan belais panggang cecah sambal belacan kuini.
Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak |
Hidangan makan tengahari dan lauk-pauk. |
Ikan belais panggang. |
Sambal Belacan Kuini |
Hirisan nanas & mangga udang dengan taburan serbuk asam boi. |
Jom kita lihat resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak. Gunakan pisang muda seperti pisang emas atau pisang kapas, atau pisang-pisang lain yang sesuai. Amie gunakan pisang saba, sebab itu saja pisang yang ada di dapur.
Bahan-bahan:
- 5 biji pisang muda
- 2 sudu besar tempoyak
- 2 batang serai
- 3 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1 keping asam gelugor
- 2 helai daun kunyit - siat
- 1/2 cawan ikan bilis
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
- 15 tangkai cili padi
- 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
- Siat kulit pisang muda dan potong serong - rendam dalam air bersama kulitnya sekali.
- Dalam periuk, masukkan santan cair, asam gelugor, serai dan bahan kisar / tumbuk serta ikan bilis.
- Toskan pisang muda dan kulitnya tadi dan masukkan ke dalam periuk.
- Masak sehingga pisang mulai empuk.
- Tambahkan santan pekat, tempoyak, daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Kecilkan api. Kacau selalu sehingga kuah mulai pekat dan pisang menjadi empuk / lembut..
- Padamkan api dapur.
Hari ini semua lauk ada rasa pedas. Ikan panggang bubuh sambal tomato, sedikit pedas, dan rasa masam manis. Sayur pisang muda pedas cili padi, tapi seimbang dengan rasa lemak manis santan. Walaupun namanya sambal belacan, tetapi Amie hanya bubuh 7 tangkai cili padi campur 2 tangkai cili merah. Taklah pedas mana. Walaupun macam pedas-pedas manja semuanya, tetapi tetap sedia air panas untuk ubat 'pedas!' Mana tahu kepedasan kan. Tapi ok jew. Taklah pedas sampai menyengat.
22 comments
Masak lemak cili api pisang muda ni fav mak SA ni kak amie...cukup lauk ni je.goreng ikan masin...memang menambah la nasi..
BalasPadamWah,pisang pun boleh buat masak lemak tempoyak yer...tak pernah try lagi ni..Nampak pekat likat elok gulai pisang tu...Haish...macamana la timbang nak turun,tengok gulai pisang ni pun rasa esok nak kena li cari...hihihi
BalasPadamwah...pekat berlemak nampaknya gulai pisang tu
BalasPadamBiasa ikan ikan je masak lemak cili api campur tempoyak. Pisang pun sedap juga ye kak Amie. Gabungan lauk pauk dan sambal padu ni. Ada potensi menambah nasi.
BalasPadamWaaa pisang punn boleh masakk lemakk ye kak amie, ingatkan ayam udang ikan je bolehhhh hehehe. Nampakkk menarik!
BalasPadamMasak lemak pisang muda selalu juga dimasak di rumah ini kerana banyak stok pisang.
BalasPadamJimat tak payah guna bawang, harga bawang pun boleh tahan
BalasPadamSedap masak lemak pisang. Tapi jangan diletakkan tempoyak, sebab saya tak makan tempoyak.. hehe
BalasPadamDah lama tak makan gulai pisang muda.
BalasPadamMasa kecik2 jaman susah dulu memang selalu ngadap menu ni
Semua sedap .
BalasPadamsedapnyaa mangaaaa
BalasPadamdapnya masak tempoyak style orang Perak ni
BalasPadamfav sy ni. kalau ada ikan manis boleh bertambah 4 pinggan😆
BalasPadamselalu gak jumpe masak lemak pisang ni tp tak pernah rasa
BalasPadamterpaling sedap nih kak Amie..berselera makan :)
BalasPadamKlu arwah mak saya,masak lemak pisang campur dgn daun kaduk.
BalasPadamTergodanya tengok kuah masak lemak akak! Lawan pula dengan sambal kuini....yummeh!
BalasPadamKalau masak lemak cili padi selalu, gayanya memang jimat sgt bawang, lagilah kalau kunyit dan cili padi tanam sendiri, segala2nya jimat, hihi. Eh, tu belum lagi kalau boleh kait kelapa di tepi rumah 😜
BalasPadamPisang masak lemak Sha pernah makan.. Masak lemak dengan tempoyak je Sha tak pernah cuba.. Menarik juga idea ini..
BalasPadamSemuanya nampak menyelerakan!
BalasPadamdoa selepas solat
menyambut kelahiran bayi
aqiqah anak
hukum ziarah kubur pada hari raya
ikan belais panggang nampak paling sedap di situ, hehe
BalasPadamUniknya ikan belais tu. Nina tak makan tempoyak huhu
BalasPadam