Lamb Chop Panggang Lockdown

1:49 PTG

Berada di hadapan laptop, menekuni ceramah demi ceramah seawal pukul 9 pagi membuatkan Amie kurang selesa. Sebentar-sebentar lari ke dapur mencari minuman dan kudapan yang boleh dikunyah. Sekarang jam menunjukkan pukul 1:15 tengahari. Boleh berehat seketika sebelum sambung kursus pada pukul 2:30 petang nanti.

Jom kita jamu mata dengan hidangan Lamb Chop Panggang Lockdown, hidangan makan malam kami semalam. Amie perap lamb chop ikut citarasa sendiri, dan tambahkan apa sahaja bahan yang ada untuk disajikan dalam satu hidangan.

Kadang-kadang dapat lamb chop yang agak keras dan liat dan kadang-kadang dapat yang lembut. Untuk tidak mengecewakan hati, Amie rebus terlebih dahulu lamb chop yang hendak dipanggang. Arwah bapa mentua selalu ajar kami cara panggang lamb chop ikut gaya orang putih, tapi sampai sekarang tak masuk ajaran.... ahaks! Amie tak boleh ikut cara memanggang sebelah, sebelah dan sekejap, sekejap seperti saranan beliau. Takut tak masak! Bukankah orang putih suka makan lamb chop separuh masak? Itulah yang arwah suka. Katanya kalau panggang lama-lama, lamb chop akan jadi keras dan liat. Memang betul tu.

Lamb Chop Lockdown




Memang sangat sedap rasa lamb chop panggang resipi sendiri. Amie rebus terlebih dahulu lamb chop hingga lembut. Kemudian Amie perap beberapa minit dan panggang di atas kuali ajaib. Lamb chop yang Amie panggang tidak kering tetapi nampak lembut berjus dan sudah tentulah sangat sedap! Jom kita lihat resipinya di bawah ini:

Bahan-bahan:
  • 4 keping lamb chop - rebus hingga empuk - toskan - potong 2 setiap kepingan
  • 1 sudu besar bawang putih  kisar
  • 1 sudu kecil halia kisar
  • 2 sudu besar Sos BBQ Kimball
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil herba rosemary tumbuk
  • 1 sudu kecil herba rosemary 
Cara:
  1. Gaul lamb chop dengan semua bahan di atas. 
  2. Biarkan perap 10 minit.
  3. Letakkan kuali ajaib di atas dapur. Gunakan api kecil.
  4. Susun lamb chop di atas kuali ajaib.
  5. Panggang hingga kuning keemasan.



Cantikkan lamb chop panggang Amie?
Pujilah diri, masuk bakul berlubang, angkat sendiri.... ahaks!
Oleh kerana lamb chop ini sudah cukup rasa, Amie tidak sediakan sos pencecah seperti kebiasaannya. 
Amie lengkapkan hidangan lamb chop panggang dengan kentang goreng, coleslow, kacang edamame, jagung dan nanas. Lepas makan daging elok makan nanas untuk memudahkan  proses pencernaan.

Lamb Chop Lockdown


Jemput semua!

16 comments

  1. Wah,sedapnya lamb chop.Kacang edamame tu pun,Eh,nanas pun sedapnya..
    Boleh ikut ni idea ni.Rebus dulu lamb tu nampak warna pun cantik.Pada tekak saya daging kambing paling sedap antara daging yang pernah saya makan.Daging wagyu belum la mampu makan...hihihi

    BalasPadam
  2. Ya Allah, terliur saya! Saya reti makan je, masak tak reti, bab kambing ni. :)

    BalasPadam
  3. Wahh nampak sedap lamb chop tuuu!! Tiba-tiba teringin.

    BalasPadam
  4. Kursus apa Puan Amie ikuti?
    Rasa tidak kering sebab rebus dahulu agaknya.

    BalasPadam
  5. sedapnyaa kak mie, terliur atie tgk ni

    BalasPadam
  6. Kampung kalau jenis bakar, panggang, saya makan. Tapi kalau masak apa² dengan berkuah saya tak makan.

    BalasPadam
  7. sedapnya nmpk lamb chop kak amie. nmpk lembut je isi dia

    BalasPadam
  8. Sedappppnya lamb chop! Terliur kita nengok lamb chop kak amie ni

    BalasPadam
  9. Hari ni, kita cadang nak masak steak utk makan malam, rasa macam nak cuba plak style Kak Amie ni, nak rebus dulu laa, biar lembuttttt bila dipotong nanti

    BalasPadam
  10. Oh.. Ada kursus rupanya patutla keje di hujung minggu. Sedapnya lamb chop tu kak Amie. Ini lockdown sebulan pun takpe.

    BalasPadam
  11. Sedapnyaaaaa lamb chop.....mana gambar lamb chop SA dalam phone agaknya...ada beli hari tu nanati SA cari la semula...sedap plak sesekali makan lamb chop

    BalasPadam
  12. Betul tak suka chicken chop yg liat.. tp kuah kena sedap baru best makan

    BalasPadam
  13. Betul, orang putih suka makan daging panggang separuh masak. kita pulak tengok ada macam merah merah tu rasa macam tak masak je. Saya suka cara kak amie masak, rebus dulu baru panggang. Rebus tu memang dah masak dan tinggal panggang panggang manja je.

    BalasPadam
  14. Learning through this blog is indeed very useful. I've learned a lot and I'll be back later.

    Gametoto
    Astrototo

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe