Pisang Goreng Salut Bawang

11:17 PG

Berehat seketika dari berBDR sementara menunggu waktu seterusnya. Hari ini kena ikut webinar juga. Jadi ada dua kerja dalam satu masa. Jom masuk dapur dulu. 

Awal pagi tadi sempat goreng nasi dan goreng pisang. Kelmarin Encik Suami bawa balik sesikat pisang nipah. Rasanya seminggu pun tak habis kami makan. Jadi sementara pisang nipah masih keras bolehlah buat Pisang Goreng Salut Bawang. Lebihnya bolehlah buat masak lemak. Kalau pisang mula mengkal, boleh juga digoreng. Apabila sudah masak bolehlah pula dibuat pengat atau dibuat sira pisang.

Pisang Goreng Salut Bawang

Nasi Goreng Kampung & telur dadar, Pisang Goreng Salut Bawang & honeydew.

Nasi Goreng Kampung.

Telur Dadar Gulung.


Pukul 10 pagi tadi, Encik Suami balik ke rumah. Dibawanya pulang kuih penyaram, karipap dan popia. 

Pisang nipah


Pisang Goreng Salut Bawang

Pisang Goreng Salut Bawang ini kami selalu nikmati zaman purbakala. Biasanya kami gunakan pisang nangka. Makan Pisang Goreng Salut Bawang dan minum kopi hitam, alangkah enaknya! Tak kiralah waktu pagi sebagai sarapan, atau waktu petang sebagai kudapan.
Pisang nipah yang Encik Suami bawa pulang ini (pemberian kawan) bersaiz besar. Amie hanya goreng 4 biji sahaja. Apabila dihiris  4, jadilah 16 keping semuanya.

Bahan-bahan:
  • 4 biji pisang nipah tua - kupas kulit - hiris 4 setiap biji
  • 4 biji bawang merah - tumbuk kasar / tidak halus
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar air
  • garam 
  • minyak
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, tuangkan tepung gandum, bawang merah tumbuk, garam dan air.
  2. Adunan sebati.
  3. Kemudian tuangkan adunan di atas hirisan pisang. Gaul. Tak perlu bersalut tebal.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan.

Masa rehat sudah tamat Jom sambung BDR.
Moga tabah selalu.



25 comments

  1. SA cadang petang nanti nak buat nasi goreng la...nak guna beras basmati...hehehe...tgh fikir nak buat nasi goreng apa..ingat nak buat nasi goreng ikan kembung tumbuk..erm..kita tgok la kejadiannya macam mana ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya tu nasi goreng ikan kembung tumbuk. Nak pula guna nasi beras basmathi. Terbayang nasi goreng ikan kembung tumbuk berderai-derai!

      Padam
  2. pestime tgk org masak pisang salut bawang ni hhehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Di kampung saya dan kampung lain di sekitar Selangor ada buat, cuma tak diviralkan sebab dulu medsos tak secanggih sekarang. Lagi pun menu begini sudah pupus, memang sekarang tak pernah jumpa.

      Padam
  3. Wah, saya pun baru pertama kali tengok pisang goreng salut bawang. Sedapnya, nasi goreng kampung. :)

    BalasPadam
  4. Unik ini. Boleh cuba letak bawang merah ditumbuk dalam adunan tepung.

    BalasPadam
  5. Macam-macam idea la dari Sabah...menarik,mesti harum masa goreng.Pisang nipah pula sedapnya...sini payah sungguh nak dapat pisang nipah.Pisang nangka ja banyak

    BalasPadam
  6. Saya pun 1st time dengar pisang goreng bawang. Mesti sedap nih :)

    BalasPadam
  7. Lain macam.. Siap salut bawang... Orang dewasa mesti suka.budak² je susah nak makan bawang.

    BalasPadam
  8. wah baru tahu tentang salut bawang ni. sedap menu2 diatas.. minum petang makan ni mmg layan. tq admin share menu best ni
    side income malaysia
    pewangi
    jana pendapatan
    cara memulakan perniagaan

    BalasPadam
  9. Menarikk ya pisang goreng salut bawang, first time tengokkkk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi comel ya bentukkkk telur dadar kak amie buattt, sekali pandang macam kuih siput hehehe

      Padam
  10. Telu dadar tu cantik sangat. Sayang nk makan

    BalasPadam
  11. Tak pernah jumpa ni padahal rumah saya ni hantu goreng pisang. Nanti nak tanya mak saya kalau-kalau dia tahu

    BalasPadam
  12. Kalau di Johor ni, pisang goreng salut dengan apa pun mesti nak cicah sambal kicap

    BalasPadam
  13. pisang goreng dgn bawang boleh la terima lagi...janganla dengan chocolate rice dan keju...hahaha

    BalasPadam
  14. saya ingatkan popia nestum. Rupanya telur dadar gulung potong serong. Wahh first time tahu pisang goreng salut bawang. Satu hidangan yang unik di zaman purbakala.

    BalasPadam
  15. First time juga tahu resepi pisang goreng bawang ni . Nk cuba laa .

    BalasPadam
  16. kalau dpt kicap pedas ni warghhh👍👍

    BalasPadam
  17. Pertama kali lihat menu pisang goreng salut bawang. Menarik!

    BalasPadam
  18. ilmu baru ni. maybe nanti boleh cuba.
    pisang goreng salut bawang.
    rare sgt ni pada aida :)

    BalasPadam
  19. disalut bawang.. Macam mana agaknya rasa dia ye..

    BalasPadam
  20. boleh cuba resipi pisang grg bawang ni. sedapnyaa nmpk..

    BalasPadam
  21. terliur pulak tgok hehe

    3 tips maternity pants you must know today!

    BalasPadam
  22. Thanks for sharing!
    10 manfaat habbatus sauda yang anda perlu tahu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe