Pecak Ikan Pari

8:05 PTG

Salah satu air tangan Bonda yang tak mampu ditandingi kelazatannya sudah tentu Pecak Ikan Pari. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, sewaktu pulang dari sekolah Bonda sudah siap-siap letak dalam gerobok bahagian masing-masing untuk makan tengahari. Kalau tak silap ada 3 tingkat dalam gerobok, tak termasuk bahagian atas. Tingkat pertama sudah tersedia sepinggan nasi dan lauk-pauk untuk Ayahanda. Ayahanda biasanya lewat sampai ke rumah kerana menguruskan getah keping. Biasanya pukul 2 petang barulah Ayahanda pulang. 

Tingkat kedua pula, Bonda susun nasi dan lauk untuk anak-anak. Ada yang bersekolah menengah dan ada yang bersekolah rendah. Waktu pulang pun berbeza-beza. Kalau Bonda masak Pecak Ikan Pari, Bonda akan bahagi-bahagikan sama rata dalam mangkuk. Di atas mangkuk itu nanti Bonda akan letakkan pinggan berisi nasi. Sesiapa yang pulang dari sekolah akan terus buka gerobok dan ambil bahagian masing-masing.

Bonda akan masukkan sekali terung pipit atau kacang panjang ke dalam Pecak Ikan Pari. 
Sungguh enak sekali makan nasi dengan Pecak Ikan Pari!
Habis kuah kami bubuh dalam pinggan nasi.

Hidangan Pecak Ikan Pari merupakan hidangan istimewa dalam keluarga kami mahu pun jiran tetangga dan orang kampung kami. Malah sewaktu kenduri-kendara pun memang dihidangkan masakan pecak sama ada menggunakan ikan panggang atau pun ayam panggang, malah boleh juga gunakan terung atau jantung pisang. Ikan pula tidak terhad kepada ikan pari. Terpulanglah ikut kemampuan untuk gunakan ikan jenis apa yang dirasakan sesuai. Tak tahulah sekarang. Masihkah lagi orang kampungku masak pecak?

Bahan yang Bonda biasa gunakan untuk menghasilkan kuah pecak ialah isi kencur, cili padi kampung warna hijau, bawang merah dan bawang putih bakar, asam jawa atau jus limau kasturi serta santan kelapa segar yang diperah menggunakan air masak suam. Jika suka boleh tambahkan belacan tapi Bonda tidak masukkan sebab Ayahanda tidak makan belacan.

Hari ini hidangan makan tengahari membawa ke malam kami, nasi putih berlauk:
  • Pecak Ikan Pari
  • Singgang Kepah
  • Tongkeng Ayam Panggang
  • Ulam-ulaman kacang botor, petai, timun dan daun salad
  • Sambal belacan

Pecak Ikan Pari

Nasi putih, tongkeng ayam panggang, singgang kepah, pecak ikan pari, ulam-ulaman & sambal belacan.

Tongkeng Ayam Panggang.

Singgang Kepah

Ulam-ulaman kacang botor, daun salad, petai & timun.

Sambal belacan.

Ikan pari panggang

Jom kita tengok resipi Pari Ikan Pecak. Mula-mula kena panggang ikan pari terlebih dahulu. Setelah cuci bersih ikan pari (harap dapat ikan pari yang lembut dan tidak berbau). Lumur ikan pari dengan sedikit garam dan kemudian panggang hingga masak. Kalau Bonda panggang ikan pari hasilnya memang cantik sebab Bonda gunakan bara api. Amie panggang dalam kuali ajaib, lapik daun pisang. Bonda panggang tanpa oleskan minyak. Jadi Amie pun ikut sajalah cara Bonda.

Kelapa parut.

Untuk menghasilkan kuah pecak yang enak, gunakan santan kelapa segar yang pekat. Tambahkan air suam untuk memerah atau mengisar kelapa parut.

Kencur dan cili padi kampung.

Bahan wajib ada sudah tentulah isi kencur dan juga cili padi. Bonda gunakan cili padi kampung warna hijau, Amie pun ikut sajalah. Daun kencur itu Amie tambahkan 3 helai sewaktu mengisar cili padi, isi kencur dan bawang.

Limau kasturi

Selain garam / gula / perasa pilihan untuk menghasilkan kuah pecak, jangan lupa perahkan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Kalau tidak ada jus limau, boleh gunakan asam jawa.

Kuah Pecak Ikan Pari.

Inilah hasilnya, kuah pecak yang sudah siap untuk dituangkan ke atas ikan pari bakar.


Ikan pari panggang.

Ikan pari bakar hendaklah dicarik-carik menjadi cebisan kecil. Tidaklah terlalu kecil sampai hancur. Lebih kurangnya seperti gambar di bawah ini. Kemudian tuangkan kuah. Bolehlah dihidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman.

Ikan pari panggang yang sudah dicarik.

Bahan-bahan Pecak Ikan Pari:
  • 500 gram ikan pari segar - bersihkan - toskan - lumurkan sedikit garam - panggang hingga masak kedua-dua belah 
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 2 cawan santan dari sebiji kelapa - perah menggunakan air masak suam
Bahan tumbuk / kisar:
  • 40 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih - bakar
  • 5 biji bawang merah - bakar
  • 5 ketul isi kencur
  • 1/2 sudu kecil belacan bakar - pilihan
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, tuangkan santan, masukkan bahan tumbuk / kisar dan tambahkan perasa sperti garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  2. Perahkan jus limau kasturi dan kacau sebati.
  3. Carik-carik ikan pari bakar. Letakkan dalam mangkuk.
  4. Tuangkan kuah santan ke atas ikan pari.
  5. Sedia untuk dinikmati.
Pecak Ikan Pari

48 comments

  1. nampak sedap kak pecak ikan pari tu... sesekali teringin nak makan makanan yg rare macam ni. tp kat sini mmg susah la nak jumpe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan ini terkenal dalam masyarakat Jawa. Anak-anak Jawa sekarang tak tahulah pandai makan ke tidak, maklumlah banyak pilihan makanan lain terutamanya yang dari barat.

      Padam
    2. ade gak kawan jawa, tapi tak pernah pulak merasa makanan ni kat rumah diaorg, kat umah family diaorg pon. rare sangat makanan ni

      Padam
  2. memang nampak sedap2 semuanya.
    Tongkeng ayam tu kalau wak sekali hadap aje sorang

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Terima kasih. Menu biasa-biasa sahaja sebenarnya. Cuma saya lebih suka tampilkan yang tradisional. Itulah uniknya kot hihihiii.

      Padam
  4. Bertambah pengetahuan baru tentang pecak.

    BalasPadam
  5. Lebih kurang macam lawar terung la kak amie...cumanya kami x guna kencur..cuma santan, belacan, cili padi, bawang merah dan asam limau..nak cuba la buat macam yang kak amie nyer version ni...nampak sedap ikan pari tu ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SA.
      Yang membezakannya dengan masakan Jawa ialah kencur. Kencur memang antara bahan perlu ada dalam masakan Jawa.

      Padam
  6. Wah...mau meleleh liur kepedasan tepi tingkap nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Identiti masakan Jawa memang banyak yang pedas-pedas ye Kang Latep.

      Padam
  7. Saya tak pernah makan Pecak seumur hidup, thanks share ilmu baru. Saya masak ikan pari kalau ada Mak saya je, sebab takut tak pandai nanti berbau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan pari ini kalau dari pasar sudah ada bau, masuk periuk pun tetap bawa baunya. Kena pilih yang tak berbau dari pasar lagi. Memang ada ikan pari yang jenis berbau dan ada yang tidak.

      Padam
  8. Allah kak amie..sedap cenongeng ayam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tersimpan cenongeng tu dalam freezer, itulah kakak panggang.

      Padam
  9. Pecak ikan. Satu resepi baru bagi saya , Amie :)

    BalasPadam
  10. Nostalgia sungguh letak lauk dalam gerobok tu. Seorang ibu dah siap siap berbahagi untuk anak anak makan. Pertama kali dengan masakan pecak. Bahan bahan tak banyak dan mudah penyediaan dia. Raja tongkeng ayam mesti berbulu je tengok. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kenangan manis yang tak mungkin berulang kembali.
      Hahahaa... raja tongkeng ayam kalau nak makan kena cari tongkeng di Johor.

      Padam
    2. Betul. Rindu moment bukak gerobok cari makanan apa yang mak masak.
      Raja tongkeng masih dengan tongkengnya ye.

      Padam
  11. Sedapnya lauk pauk.. Tongkeng buat bakar bermadu pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bubuh madu memang sedap, manisnya lain macam.

      Padam
  12. Apa pun yg Amie hidangkan pasti menarik selera..nnt boleh cuba pecak ikan pari ni pulak..nampak begitu menyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Silakan cuba. Bahannya pun mudah didapati. Cuma kena panggang ikan dululah.

      Padam
  13. Nampak sedap sangat, kak! Ini dimakan/diratah begitu sahaja pun mesti sedap.

    Pecak ni ingatkan saya pada resepi terung bersantan yang ibu saudara saya suka buat. Terung akan dibakar jadi ada rasa smoky sebelum diperasakan dengan asaman dan dicurah santan. Tetapi, saya tak pasti pula pakai kencur atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sama bahan yang digunakan. Cuma kencur itu memang salah satu bahan yang biasa digunakan dalam masakan Jawa.

      Padam
  14. Oh,terlambat saya...adakah masih ada pecak pari?
    Sukanya lauk macam ni..
    Adakah pecak dengan pecel tu sama cikgu?
    Saya pernah makan pecel Jawa ikan & ayam ..memang enek banget.Kasi 3 jempol👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman saya kanak-kanak dulu, orang kampung kami panggil masakan ini sebagai pecak. Kalau pecel itu merujuk kepada pecal, sayur-sayuran dan kuah kacang tanah tu. Apabila saya keluar dari bawah tempurung, perkataan pecak sudah dikenali dengan nama pecel! Ada pecel leleh dan sebagainya. Begitulah ceritanya.
      Dunia masakan memang unik, tanpa sempadan. Menarik untuk dikaji kan Mama Cella.

      Padam
  15. istimewa masakan pecak ikan pari

    BalasPadam
  16. Jadi, santan tu tak dimasak? Saya baru tahu lauk pecak ni.
    Tongkeng tu, bahaya dimakan selalu. Kolesterol level boleh naik.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kampung kami memang biasa buat tanpa dimasak tetapi perah dengan air masak. Masakan ini banyak versi, ada yang masak santan supaya tahan lama. Tapi kami sudah terbiasa santan tak dimasak. Ya, tongkeng penuh lemak.

      Padam
  17. tak pernah lagi makan kak..tapi tengok tu sedap!kalau nak buat takot rasanya tak sama sebab tak pernah makan..heheh tapi bole la cuba

    BalasPadam
  18. Ibu kita selalu jugak masakkan lauk ni, tapi sampai sekarang kita tak tahu nama lauk ni ialah Pecak Ikan Pari. Tapi memang sampai menjilat pinggan la masa budak2 dulu, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan ibu tiada tandingannya. Akan teringat sepanjang masa.

      Padam
  19. Nampakk sedapppp semuanyaaa, nak nak singgang kepah! Masuk blog kak amie boleh dapat tahu macam macam jenis masakan, dapat new knowledge sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Atiqah. Orang kata dunia masakan ini tiada sempadan. Semakin kita gali, rupanya semakin banyak yang kita tak tahu.

      Padam
  20. aduh sedapnya kak... bagi dana apa masakan dengan biji kencur mesti sedap, aroma dia tu aduhhhhh...
    mak cerita dulu-dulu biasa masak macamni ikannya dibakar dan kuahnya dibuat asing pekat-pekat, tapi mak tak pernah buat lak bila kami dah besar, sebab mak kata kami semua sejenis suka makan berkuah, kalau nak makan gaya gini mana cukup heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nostalgia sungguh makan begini dengan family kan Dana. Kalau mak yang buat, memang kami makan tak tinggal setiri kuah hahahaha sampai menjilat jari!

      Padam
  21. bahan lain ada, kak. kencur tu takde.
    tanpanya, ok tak rasa pecak ni kak?
    teringin nak rasa la. tak pernah rasa.
    nanti nak try buat. mcm sedap tu.
    ada plak sambal belacan. tongkeng panggang.
    hu hu hu hu bertambah nasi gamaknya ni.

    BalasPadam
  22. menariknya menu nie kak amie.. Daun kencur tu je tak ada.. Yang lain-lain tu senang nak dapat.. Jadi menarik pula ikan pari tu bil buat macam nie..

    BalasPadam
  23. OO namanya pecak ya tak tahu pun. Masakan ni memang kegemaran kami apa lagi kalau dapat anak ikan pari atau ikan tuka....lagi sedap di bakor...huhuhu kadang dengan terong bakar...pergh cili api lebih sikit memang makan menambah-nambah le. Lagi satu kalau ada jantung pisang di rebus dan letak kuahnya atasnya. Amboiiiiii kecur teringat-ingat je.

    BalasPadam
  24. ikan pari favourite syu. tp first time dgr menu pecak ikan pari.

    BalasPadam
  25. Sedapppp nampak lauk tu. Baru makan asam pedas ikan pari. Memang sedap

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe