Kerabu Bunga Betik

9:23 PTG

Masih cerita tentang bunga betik. Kelmarin masak lodeh pucuk dan bunga betik. Hari ini cerita kerabu bunga betik pula.

Kalau makan nasi dengan kerabu bunga betik, jauhkan lauk lain yang berkuah. Jadi, dapatlah menikmati sepenuhnya Kerabu Bunga Betik! Bagi yang suka kekalkan rasa pahit, boleh celur bunga betik begitu sahaja. Yang ingin kurangkan rasa pahit, bolehlah celur bersama asam gelugor atau asam jawa. Seperti biasa, Amie masukkan 3 keping asam gelugor ke dalam periuk berisi air yang sedang mendidih. Kemudian barulah Amie masukkan bunga betik. Bunga betik ini apabila dimasukkan ke dalam air mendidih, kedengaranlah bunyi mengerutup dalam periuk!

Kerabu Bunga Betik

Bunga Betik.

Hidangan Tengahari : Kerabu Bunga Betik, Acar Ikan Masin, Ikan Putih Goreng,  Telur Dadar dan Air Kelapa Mawar.

Acar Ikan Masin

Acar Ikan Masin ini Amie masak sebulan yang lalu. Walaupun Amie simpan pada suhu bilik tetapi masih elok sehingga ke hari ini. Inilah penyelamat keadaan kalau tak sempat masak lauk, tambahkan saja telur dadar! 


Biasanya kalau buat kerabu Amie akan bubuh belacan dan udang kering. Kali ini hanya ada udang kering sahaja. Ada jumpa 3 ekor ikan putih dalam freezer. 2 ekor Amie goreng dan seekor lagi Amie kukus. Kukus gaya koboi-koboi saja. Ikut cara Bonda kukus ikan kering... ahaks! Apabila butang rice cooker naik ke atas, buka penutup dan letakkan ikan putih atas nasi.  Kalau nak lebih sedap gunakan ikan kembung atau ikan selayang. Tapi Amie hanya ada ikan putih saja. Itulah yang Amie gunakan. Setelah nasi tanak, keluarkan ikan tadi dan hancurkan untuk ditambah ke dalam perencah Kerabu Bunga Betik. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan bunga betik yang sudah dicelur
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 labu bawang besar - hiris 
  • 1/2 biji cili merah - hiris
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 bili cili merah - buang biji
  • 7 biji cili padi
  • 1/2 sudu kecil belacan - bakar 
  • 3 biji bawang merah - bakar
  • isi ikan kukus / rebus
Cara:
  1. Tumbuk cili merah, cili padi, belacan dan bawang merah. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sedikit.
  2. Dalam sebuah bekas, masukkan bahan tumbuk, kelapa parut, garam / gula / perasa pilihan. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan bunga betik, bawang besar dan jus limau nipis. Gaul kesemua bahan hingga mesra.
  4. Hidangkan.

Sebelum Amie masuk dapur untuk masak tengahari tadi, Encik Suami letakkan satu jug air kelapa mawar di dalam freezer. Memang cepat sejuklah kalau letak di bahagian sejuk beku. Sambil masak di dapur, Amie minum air kelapa mawar berkali-kali. Sedap sungguh! Sudahlah sejuk, manis pula. Sewaktu kami hendak makan nasi, Encik Suami tanya kenapa air kelapa jadi sedikit? Laaa.... rupanya Amie minum 4 gelas penuh! Bayangkan kalau satu gelas Amie tuang di antara 250-300 ml! Tidaklah sudah 1 liter air kelapa yang Amie minum? Patutlah perut rasa kenyang semacam! Syukurlah masih ada lagi satu kole! Bolehlah Encik Suami kongsi berdua dengan Firdaus.

21 comments

  1. sedap nampak.. tak pernah makan lagi bunga betik hehe

    BalasPadam
  2. nampak sedap tu kalau makan dengan nasi..xpernah makan bunga betik

    BalasPadam
  3. wahh cam sedap aje..tak pernah lagi makan bunga betik ni..hehe

    BalasPadam
  4. Betik dah tentu sedap, bunga betik je belum pernah cuba

    BalasPadam
  5. menyelerakan kalau dpt mkn nasi thari dgn kerabu ni

    BalasPadam
  6. Sukaaaa ..saya suka kerabu pahit- pahit macam ni

    BalasPadam
  7. Pahit x kak? sebenarnya ada cara nak buang pahit dia kan...SA x ingat plak macam mana...Mak ada cakap sblom ni...

    BalasPadam
  8. Masak sambil minum air kelapa sejuk nikmat.

    BalasPadam
  9. Nampakk sedappp! Tapi tak pernah makan lagi bunga betikk.

    BalasPadam
  10. sedap nya amie, lapar tgk memalam ni. tak pernah juga mkn kerabu bunga betik tapi tgk mmg cam sedap tu, acar ikan masin tu pun tak pernah mkn lagi, tapi tau mesti sedap. cam ngam je combination nya

    BalasPadam
  11. saya biasa bunga betik ni celur pastu wat ulam cicah dengan sambal belacan cair. kalu kerabu belum pernah lagi makan. tapi biasa tengok kat restoran masakan kampung.

    BalasPadam
  12. Boleh bocor periuk nasi kalau hari2 ada masakan macam ni di dapur, tau Kak Amie

    BalasPadam
  13. Sedapnya kerabu bunga betik..pahit2 gitu....baru tau ada petua utk kurangkan rasa pahitnya ya...

    BalasPadam
  14. kerabu bunga betik , sedapppnya
    lamanya tak mkn bunga betik
    kalau blk kg wajib ni
    bezanya kerabu kitorg letak kerisik

    BalasPadam
  15. Sedapnya air kelapa. Kalau panas-panas dapat minum yang sejuk ya ampun boleh habis satu balang ni.hehehe

    BalasPadam
  16. Bunga betik tak pernah makan tapi kerabu pucuk betik pernah. Akak saya ada petua nak buat pucuk betik tu tak pahit dan bila jadi kerabu emm sedapnya memang berkhasiat kalau amalkan makan kerabu pucuk betik

    BalasPadam
  17. Lauk makanan akk sentiasa meriah la kak..bestnyaaa

    BalasPadam
  18. tak pernah rasa lagi kerabu bunga betik... betik ni saya hanya pernah rasa buahnye saje

    BalasPadam
  19. Menarik pulak bunga betik dibuat kerabu. meletop letop pulak ye merebus bunga betik ni. Baru tahu. Acar buah memang tahan lama. Biasa simpan dalam peti ais. Rupanya letak luar pada suhu bilik pun boleh tahan lama ye. Memang penyelamat tu kalau tak berselera atau nak cepat masak.
    Tanpa sedar boleh terminum 4 cawan air kelapa mawar. hihi..benda dah sedap, sayang tengok je :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe