Murtabak Maggi Sosej

12:52 PTG

Berehat seketika dari berBDR. Kerjanya lebih duduk dan tak perlu banyak pergerakan, tapi letihnya kepala dan otak hanya hanya diri sendiri yang mengalami.... ahaks! Jom masuk dapur. Nak isi perut baki sarapan pagi tadi. Jadilah untuk alas perut waktu tengahari. Encik Suami akan balik lewat petang, jadi tak perlulah masak tengahari. Selepas isi perut boleh solat dan sambung tugas BDR sambil bantu urus PDPR Firdaus. Kami bahagi dua tugas, PDPR sekolah agama, Encik Suami urus. PDPR sekolah rendah Amie urus. 

Awal pagi tadi, masuk dapur Encik Suami sudah panaskan pengat pisang lebihan petang kelmarin. Firdaus pula sudah banyak kali bersuara: 

Dah lama Mommy tak buat murtabak maggi.

Kedengaran sangat sopan sekali ayatnya. Ada maksud tersirat di sebalik kata-katanya. Fahamlah Mommy, maksudnya:

Boleh Mommy buatkan Daus murtabak maggi?

Wokey!

Sarapan pagi ini Amie sediakan Murtabak Maggi Sosej. Amie gunakan 2 bungkus maggi. Tambahkan 5 batang sosej dan 6 biji telur. Akhirnya siap 6 keping Murtabak Maggi Sosej.


Murtabak Maggi Sosej & Pengat Pisang.

Mutabak Maggi Sosej

Berselera sungguhlah Firdaus makan Murtabak Maggi Sosej cecah mayonis & sos cili Thai. Tak habis-habis memuji, sedapnya Mommy buat Murtabak Maggi Sosej! 


Pengat Pisang

Amie suapkan satu sudu kuah pengat, ada sagu biji dan jagung di dalamnya. Firdaus kata, sedapnya. Amie suap lagi dan untuk suapan kali ke tiga Amie tanya: Nak pisang tak? Firdaus angguk. Kali ini lengkap makan pengat dengan pisangnya sekali. Akhirnya habis satu mangkuk pengat kami makan berdua. 




Bahan-bahan:
  • 2 bungkus maggie kari - celur mee sehingga kembang dan toskan airnya
  • 6 biji telur - pukul ringan
  • 5 batang sosej - belah 4 dan potong kecil
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji cili merah - buang biji - hiris 
  • 1/2 cawan daun bawang campur daun sup dihiris
  • mentega secukupnya
Cara:
  1. Panaskan kuali. Cairkan 2 sudu besar mentega. Masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Goreng hingga layu kekuningan.
  2. Seterusnya masukkan sosej. Kacau rata selama 2 minit. Padamkan api dapur.
  3. Dalam sebuah bekas, masukkan sosej yang digoreng, tambahkan hirisan cili merah serta hirisan daun bawang dan daun sup.
  4. Kemudian masukkan mee bersama perencahnya.
  5. Masukkan pula telur dan gaul sebati.
  6. Panaskan kuali kecil dan masukkan sedikit mentega hingga cair.
  7. Masukkan adunan mee maggi secukupnya ke dalam kuali.
  8. Terbalikkan murtabak supaya masak sekata kedua-dua belah.
  9. Angat dan hidangkan bersama sos pilihan.

Murtabak Maggi Sosej

22 comments

  1. esok boleh try resepi murtabak meggi kak amie ni. tiap2 pagi tak tau nak sarapan ape.. buhsan asik sarapan yang sama jer...

    BalasPadam
  2. lama x buat murtabak megi.. kalau alan ckp mcm firdaus tu kn kak selalunya sy akn balas, ok pantun 1.. nnt dia akn nafikan dia bukannya berpantun.. hahaha

    BalasPadam
  3. Anak2 akak cukup sukakan murtabak megi ni Amie..tak cukup bahan pun takpa..

    BalasPadam
  4. Sedap..paling senang nak buat dan kegemaran Dania jugak...

    BalasPadam
  5. Pengat pisang tu yang menawan hati.. murtabak Maggi saya tak pernah makan walaupun biasa dah jumpa dijual.

    BalasPadam
  6. Hehe untung Daus ada Baba dan Mommy tolong buat PDPR.
    Sertai bertuah permintaan makanan terus ditunaikan. Moga Firdaus jadi anak yang soleh.

    BalasPadam
  7. Betul la...kalau singgah sini ,kecur liur.
    Teringin pula tekak ni bila nampak martabak megi tu.Tapi lagi mengancam pengat pisang sebab bila dah dibiar semalaman memang lagi pekat,sagu makin kembang & lagi terasa...

    BalasPadam
  8. Menggoda betul tengok pisang kak amie, tak pernah tak menyelerakan! :D

    BalasPadam
  9. Saya tak pernah cuba lagi buat murtabak maggi ni, tapi kalau maggi mee cepat dimasak sedap dimakan, memang sy suka giler, hehe

    BalasPadam
  10. sedapnya kak Amie..esok cadangan shida nk buat bubur jagung..harap jadilah ^_^

    BalasPadam
  11. Tang terbalikkan murtabak tu saya selalu fail tapi makan jelah walaupun kejadian tak berapa comel. Hehe.

    BalasPadam
  12. Cantik rupa murtabak meggi tu . CCL pernah try beberapa kali tapi itu laa ada je yang nak hancur

    BalasPadam
  13. Kak Amie, bentuk murtabak seperti dicetak, cantik sangat tuh. Saya jadi ingin cari mana tahu di Indonesia ada maggie kari, sebab saya tengok baru ada maggie kaldu block saja

    BalasPadam
  14. Sedapnyaaaaaa murtabak maggi. Lama da nadyya xbuat ni.hehe

    BalasPadam
  15. Makin lama saya di sini, makin berlubang perut ni hahahah
    Sedap sangat nampak martabak maggi dan pengat tu, Kak Amie :)

    BalasPadam
  16. Bijak Firdaus minta mommy. Cair terus mommy buatkan untuk Daus. Berselera dia makan. Haruslah puji masakan mommy sedap :)

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. semlm baru buat pengat.
      ada baki lagi skit kat peti ais :)

      Padam
  18. lama x buat murtabak maggi.
    maggi kari ada je stok. tapi makan gitu aje.
    atau goreng.
    sedap jugak murtabak gini. cicah sos :)

    BalasPadam
  19. senang dan sedap murtabak maggi ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe