Lock Buku 5 Buah Antologi Puisi RM85

3:59 PTG

Pada 14 Jun 2021 jam 9 malam, minggu lepas Amie ikut siaran langsung CAS (Cakap Apa Saja) bersama Rozlan dan Nasser. Tetamu jemputan untuk CAS pada malam itu ialah Tuan Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). 

Rezeki tercongok awal-awal di depan Mr. Lappy, Amie dapat lock buku 5 buah Antologi Puisi dengan harga RM85. Harga asal ialah RM176. Selepas rancangan CAS selesai, Amie terima mesej untuk membuat pembayaran sebelum pukul 12 tengahmalam itu. Keesokan paginya, buku akan dipos.

Hari ini Amie terima 5 buah Antologi Puisi tersebut:

  • Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 1
  • Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 2
  • Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 3
  • Antologi Puisi Murid Sekolah Menengah Kembara Aksara
  • Antologi Puisi Murid Sekolah Rendah Suara Dalam Kata

Antologi Pusi Murid Sekolah Rendah - Suara Dalam Kata

Antologi Puisi Murid Sekolah Menengah - Kembara Aksara

Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 3

Antologi Puisi Guru Malaysia JILID 2


Seumur hidup Amie hanya 2 buah puisi sahaja yng pernah Amie tulis dan tersiar dalam akhbar. Itu pun setelah timbul rasa kagum melihat sahabat baik Amie, Dr. Nor Raudah Haji Siren (sekarang pensyarah di UM) menang pertandingan menulis sajak untuk Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA. Puisi Raudah (tak ingat tajuk) dibukukan dalam Antologi Puisi Di atas Mimbar Merdeka.

Raudah dapat hadiah wang tunai RM500. Waktu itu jumah RM500 sangatlah besar nilainya. Dengan rasa takjub, Amie pun tulis sebuah sajak bertajuk Harga Sebuah Puisi ditujukan khusus untuk Raudah. Sajak Amie itu tersiar dalam surat khabar Berita Harian. Waduh! Memang macam artislah waktu itu. Sudahlah gambar muka pun disiarkan juga, dengan nama penuh! Seronok sangat jadi orang popular di kampus. Padahal sajak yang dihasilkan hanya sebuah!

Raudah pula menulis sajak bertajuk Hidup Seorang Penyair (Balasan Buat Salami) dan tersiar juga di Berita harian.

Tidak lama kemudian Raudah tunjukkan Amie sebuah sampul surat dari DBP yang diambil dari pejabat am, UM. Kami sama-sama berdebar kerana tidak sabar untuk mengetahui berapa agaknya jumlah bayaran royalti yang dibahagi 25 penulis untuk antologi Di Atas Mimbar Merdeka?

Setelah menatap jumlah bayaran, terlihat dengan jelas perubahan air muka Raudah. Dari riak gembira bertukar menjadi mendung tapi hanya seketika saja. Kemudian Raudah tertawa.
"Mari saya belanja kamu KFC," katanya lalu menunjukkan lembaran putih di hadapan Amie.
Oh!
Tercatat jumlah bayaran royalti sebanyak RM16.05 sen.

Seperti biasa Raudah bonceng Amie dengan motosikal Honda C70 menuju ke Jalan Kemajuan di Stesen 14. Kami makan KFC di situ. Waktu itu harga satu set KFC hanya RM5.40 sen sahaja! Jadi wang royalti yang diterima masih berbaki RM4.25 sen. Boleh beli 2 bungkus burger Ramly dan rangka ayam goreng KFC di pasar malam Seksyen 17 atau pasar malam di Jalan Kerinchi. Waktu itu harga sebungkus burger Ramly hanya RM1 dan rangka seekor ayam goreng KFC hanya RM2. Masih berbaki 25 sen!

Sajak Harga Sebuah Puisi itu Amie cuba nasib ikut pertandingan menulis sajak sempena Pesta Hari Terbuka Asrama UM di Seksyen 17. Amie meraih tempat kedua dan dapat hadiah RM25. Keesokan harinya Amie naik Bas Mini No 12, tambang 50 sen dari Petaling Jaya menuju ke Jalan Chow Kit. Amie masuk ke Pustaka Antara. Sudah beberapa kali Amie belek-belek sebuah buku berwarna hijau setebal 626 muka surat  setiap kali datang ke situ. Akhirnya buku hijau itu berada dalam genggaman! Inilah buku yang selalu disebut-sebut oleh Prof. Aisah dalam kuliah Puisi Melayu Tradisional. Mengikut kajian Harun Mat Piah, penulis buku ini, terdapat 44 jenis puisi Melayu tradisional di negara kita! Itu termasuklah pantun, syair, gurindam, seloka, jampi, mentera, nazam, teromba, talibun dan sebagainya. Tak sia-sia berkali-kali buat ulangkaji sendiri baca buku ini. Berbaloi laburkan RM25 dan akhirnya dapat A untuk subjek ini.

Puisi Melayu Tradisional

Rupanya buku Puisi Melayu Tradisional ini masih ada dalam rak buku. Usianya sudah lebih 30 tahun! 
Eh!
Terlupa pula. Asyik cerita tentang sajak Harga Sebuah Puisi saja. Sajak yang kedua dianaktirikan pula....ahaks! Sajak Amie yang kedua tersiar dalam Utusan Borneo bertajuk : Cerita Ombak Kepada Pantai.
Agak-agaknya masih adakah lagi saki-baki bakat menulis yang sudah sekian lama ditinggalkan? Teringat Kak Paridah Ishak yang sangat konsisten menghasilkan karya. Di mana ada kemahuan, di situ terbentang jalan bukan?

Isshhh...issshhh!
Inilah kalau sudah syok sendiri.
Tajuk entri tentang antologi puisi orang. 
Isi cerita pula mengenang cerita lama!

15 comments

  1. Huh..tabik spring dekat cikgu yang rajin membaca & membuat kajian.Saya tengok cikgu hafal jumlah muka surat & jenis puasi tu pun dah cukup kagum.students tak boleh chong(istilah Kedah lama-tak boleh ngelat/tipu) ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha,,,itu sajalah yang boleh dibuat, membaca, membaca dan membaca.

      Padam
  2. tahun bila tu cikgu di um.....saya pun um juga, selalu pi kfc section 14 ataupun shakey's pizza depan hankyu jaya bangsar tu.. (ini guna anak punya komputer)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Baru saya teringat Jalan Kemajuan tu di Seksyen 14. Saya di UM 1988-1992.

      Padam
  3. puisi pertama saya tulis...masuk dewan pelajar tahun 1993. dapat royalti 32 ringgit berapa sen entah. excited sgt nak pergi ambil duit kat bank...sekali bank cakap takleh ambik cash.. kena masuk bank dulu...hahaha.. kenangan zaman kanak kanak

    BalasPadam
  4. dulu penah simpan impian nk jadi penulis he hee
    tapi terkubur begitu shj

    BalasPadam
  5. Boleh sahaja Puan Amie asah semula menulis.
    Kagum saya tersiar dalam suratkhabar perdana. Tahniah.

    BalasPadam
  6. Saya pernahhhh masuk pertandingan sajak, tapi tak de rezeki menang hehehe.
    Teringin nak tengok kak amie tulis sajak pulakkkk :D

    BalasPadam
  7. wah dah ada bakat sebagai penyair ni. Asah le bakat terpendam tu amie. Selalunya puisi tak seglemer sebagai penulis novel. Tapi kalau minat teruskan lah sayang bakat terpendam tu.

    BalasPadam
  8. Wah kak amie dah lock buku la...bertambah lagi bahan bacaan nanti

    BalasPadam
  9. Berbakat Kak Amie menulis. boleh teruskan lagi penulisan tu Kak Amie. Untung juga tu dapat lock harga murah dari harga asal. Banyak jimatnya.

    BalasPadam
  10. rezeki tu kak dpt harga murah👍👍👍 selamat membaca tau😊

    BalasPadam
  11. Wow.. Jimat gila harganya.. memang rezeki betul tu Kak Amie..

    BalasPadam
  12. I tell everyone how amazing you are. You have the best laugh.
    Wonderful article! That is the kind of info that are supposed to be shared around the internet.
    I used to be able to find good info from your
    blog posts.
    한국야동

    BalasPadam
  13. This page really has all the information and facts I wanted about this subject and didn’t know who to ask
    토토사이트

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe