Udang Masak Pindang Tumis dengan Nanas & Daeng Mangkuk -Mangkuk Landang - Landang

8:38 PTG

Masak rebus-rebus ini ada yang panggil singgang dan tidak kurang juga yang panggil pindang. Sejak lahir ke dunia, telinga Amie dengar 'pindang'. Bonda selalu sebut pindang. Misalnya ikan masak pindang. Keluar dari kampung kelahiran, terdengar pula masakan singgang! Kemudian dengar lagi singgang tumis. Singgang kuning dan sebagainya. 

Jom tanya Kamus Dewan apa maksud pindang dan apa makna singgang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

  • Pindang ialah sejenis masakan berkuah daripada ikan yang dimasak dengan asam (kunyit dan lain-lain).
  • Singgang ialah sejenis masakan ikan, daging dan lain-lain) yang direbus dan digarami.
Oleh kerana ada segala pindang dan singgang, ingat 2 benda sahaja yang berbeza iaitu kalau kuning dikunyiti itu namanya pindang. Kalau direbus dan digarami itu namanya singgang!
Tegur Amie kalau ada yang silap ya.

Bonda kata, kalau nak aroma yang lebih menyegarkan bolehlah tumis dahulu bahan perencah sebelum ditambah air. Itulah masak pindang, gaya masakan Bonda kita. Kunyit hidup jangan dilupakan!

Kali ini Amie kongsikan paparan Udang Masak Pindang Tumis dengan Nanas. Satu lagi menu iaitu Ikan Kayu Goreng, tetapi cara masakannya Amie perolehi dari rakan baik Amie yang berketurunan Bajau iaitu Puan Hajah Al Maidah. Boleh klik : KENALI MASAKAN SUKU KAUM BAJAU PANTAI TIMUR SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU


Udang Masak Pindang Tumis dengan Nanas, Ikan Kayu Goreng & Sayur Kangkung Tumis Belacan.


Seperti biasa, apabila sudah terasa masamnya nanas Amie tidak bubuh asam keping atau asam gelugor. Nanas yang Amie gunakan kali ini nanas tak berapa masak. Jadi rasa masamnya memang timbul.



Jika inginkan kelainan dalam masakan bergoreng, cubalah resipi Daeng Mangkuk-Mangkuk Landang-Landang (bahasa Bajau) ini. Dalam bahasa Bajau, daeng bermaksud ikan.


Bahan-bahan untuk Udang Masak Pindang Tumis dengan Nanas:
  • 400 gram udang kertas - bersihkan
  • 400 gram hirisan nanas setengah masak (ada rasa masam)
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 800 ml air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • 2 cm kunyit

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk bersama serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan hirisan nanas dan gaul.Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.
  3. Setelah nanas layu, masukkan udang kertas.
  4. Apabila kulit udang berubah warna, masukkan daun kunyit.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.


Bahan-bahan untuk Ikan Kayu Goreng @ Daeng Mangkuk-Mangkuk Landang-Landang

  • 1 ekor ikan kayu anggaran 600 gram – bersihkan dan potong 5 bahagian
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu kecil pati asam jawa

Bahan tumbuk / kisar:
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cm kunyit hidup
  • 15 biji cili padi
Cara:
  1. Gaul ikan bersama semua bahan tumbuk dan perap 15 minit.
  2. Goreng sehingga masak.
  3. Angkat dan toskan.


14 comments

  1. Unik sungguh tajuk masakan AMie niari, daeng amngkuk landang-landang..

    Tak silap hari tu ada baca blog Sis Lin tulis, singgang dan pindang tu sejenis masakan yang seakan sama cuma singgang ni tak bertumis, semua bahan lebur dalam periuk, kalau pindang kena tumis dulu. Wallahu 'alam, Sk pun jarang masak kedua jenis masakan ni

    BalasPadam
  2. Baca tajuknya teruja betul saya nak tahu bagaimana rupa Daeng Mangkuk-mangkuk Landang-landang.Daeng ni macam nama pahlawan Bugis dalam Sejarah.

    Pernah tengok chanel 703 kat Filipina pun ada masakan singgang ni dipanggil "sinigang" bunyi nak sama kan.Bila Google "sinigang" memang ada & hampir sama la...

    BalasPadam
  3. Amie..akak dtg nk dinner ni..lauk sungguh unik namanya

    BalasPadam
  4. Lama juga tak makan masak pindang..Kena dengan sambal belacan, perghhh....

    BalasPadam
  5. Kalo kt serawak ni singgang or pindang ni dipanggil "lempah kuning".. lempah ikan, lempah udang.. mcm tu la.. hehehe

    BalasPadam
  6. Sama fahaman macam Amie. Pindang, masak kuning, mak saya ajar. Bila saya kawin orang kelantan, saya jumpa ikan singgang. Ikan kayu singgang, kuah jernih, tapi sedap! Peh... lagi-lagi ada budu. Meleleh, Amie.. :D

    BalasPadam
  7. oh daeng tu maksudnya ikan...udang tu kalo kt umh ni fav ankdara..die sorg dkt 10 ekor

    BalasPadam
  8. Aduhaiiii udang dengan nenas masak pindang hishh menceces air liurlah.... Kalau demam sesekali makan masakan pindang buat naikkan selera yang takde selera sebab dia masam masam rasanya. Bila hirup kuah terus kebah demam sebab berpeluh peluh lepas makan.

    BalasPadam
  9. Saya biasa lauk singgang, pindang belum pernah lagi.

    BalasPadam
  10. kalau orang melanau sarawak, pindang ni masak rebus2 dan berkuah sikit..boleh jugak x berkuah..poaling suka pindang ikan kembung...makan ngan beras huma or beras bario...

    BalasPadam
  11. Ikut pemahaman saya yang rebus berkunyit tu singgang. Pindang tu tak pernah tahu pulak masakaan rebus kecuali telur pindang. Lain tempat lain panggilan kot. Lepas tu bila dah bercampur campur lain panggilan jadi kecelaruan pulak.

    BalasPadam
  12. Singgang pernah dengar, pindang tak pernah dengar hehehe. Mungkin disini panggil lain tapi saya yang tak tahu hehehe. Tapi tetappp sedappp. Menyelerakan!

    BalasPadam
  13. Jadi lapar kalau masuk kat blog kak Amie ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe