Nasi Kuning Rendang Ayam & Cekodok Pisang Raja

10:35 PG

Selamat pagi semua. Hari ini cuaca kelihatan cerah. Matahari bersinar terang, tembus masuk ke dalam rumah melalui tingkap. Melihat dedaun kelapa pandan yang melambai-lambai di seberang jalan memang jelas menandakan udara pagi sangat nyaman ketika ini.

Awal pagi tadi, Encik Suami minta Amie panaskan nasi kuning. Katanya, sebentar lagi akan keluar ke sekolah dan mahu sarapan dulu. 

Malam tadi dapat kiriman nasi kuning dan rendang ayam daripada biras Amie. Oleh kerana kami sudah makan malam, jadi Amie simpan dalam peti sejuk saja. Encik Suami kata esok pagi boleh panaskan untuk dijadikan sarapan.

Terima kasih biras Amie, memudahkan kerja Amie di pagi hari.

Ada 7 biji pisang raja masak ranum. Wangi baunya. Amie buat cekodok.

Nasi kuing, ayam rendang, cekodok pisang raja & teh lemon panas.

Nasi Kuning.

Rendang Ayam & Telur



Cekodok Pisang Raja


Backpack HARBIN -23'C
Xiamen, Harbin, Mudanjiang & Suifenhe

Sudah siap bersihkan rumah, juga sudah bersihkan diri. Perut pun sudah kenyang. Amie ajak Firdaus semak tugasan sekolah sepanjang minggu. Mana tahu ada yang tertinggal atau terlepas pandang. Maklum sahajalah gaya kerja kita mengalahkan rojak! Buat itu dan ini dalam satu masa, sudah tentu ada yang tak sempurna. Mana nak fokus kerja hakiki, mana nak pantau PDPR Firdaus dari pagi sekolah agama, dan sebelah petang, sekolah rendah. Yang selalu jadi mangsa sudah tentulah Firdaus. Ada-ada sahaja kerja yang diberi tidak sempat disiapkan. Faham-faham sajalah gaya belajar budak kecil macam Firdaus....ahaks! Kalau kita terleka buat benda lain, dia pun suka hati tinggalkan latihan terkangkang atas meja. Apabila dipanggil, kelam-kabut sambung kerja. Lepas itu tinggalkan lagi, dan sambung main semula.
Walaupun seakan ada tekanan kerja, tetapi apabila dilihat dari sudut positif, tekanan ini menjadikan kita lebih fokus dan berdisiplin membuat kerja hingga selesai.
Alhamdulillah.
Ketika ini boleh menyedut nafas panjang penuh lega.
Tengahari ini tak perlu masak sebab sarapan nasi kuning sudah cukup bekalkan tenaga seperti orang akan masuk kebun, menyangkul atau menoreh getah!
Jadi, sambil menemani Firdaus siapkan tugasan yang tergendala bolehlah sambung baca buku travelog hasil tulisan Normi Nas. Kali ini Amie baca Backpack HARBIN - 23'C Xiamen, Harbin, Mudanjiang & Suifenhe.

20 comments

  1. Baca tajuknya ingatkan cikgu yang masak nasi kuning...hehehe

    Sedapnya nasi kuning Sabah...cekodok pun nampak sedap..

    Selamat membaca untuk mommy & selamat belajar untuk Daus

    BalasPadam
  2. sedapnya kakkkk... nk sepinggan😆

    BalasPadam
  3. nampak sedap tu..mkn berat pagi kenyang sampai ke petang

    BalasPadam
  4. Sedapppnya nasi kuning dengan cekodok pisang tuuu kak amiee! Pos sini sikit :D

    BalasPadam
  5. lapar tengok menu sis amie... sedap!

    BalasPadam
  6. Nasi kuning memang salah satu menu popular kt sana ya Amie..nampak menyelerakan..

    BalasPadam
  7. first time dengar rendang ayam dengan telur

    BalasPadam
  8. Teringin hendak cuba nasi kuning Sabah.

    BalasPadam
  9. Sedapnya breakfast dia. Kalau saya cekodok pisang semangkuk gitu boleh makan sorang. Hehe

    BalasPadam
  10. cekodok pisang plg menarik heheee ^_^

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah rezeki dapat nasi kuning serta lauknya. Mudah kerja masak kak Amie panaskan dan tak perlu memasak dah. Dapat fokus pada urusan lain dan temankan Firdaus.

    BalasPadam
  12. Cekodok antara makanan kegemaran saya. Tak cukup makan 3,4 biji.. mahunya 10 biji baru kenyang.. hihi

    BalasPadam
  13. Tengok nasi kuning, rendang dan cekodok tu... terus rasa lapar 😊

    BalasPadam
  14. Tak dapat dibayangkan kalau Sk ada ank yang pdpr, hihi.. cekodok pisang raja tu macam pakai botox ya

    BalasPadam
  15. waduh sedap nya... kat tempat akak mudah ye jumpa pisang raja, kat sini payah betul nak jumpa pisang raja... pernah la dulu jumpa sekali dua tapi bila cari lagi payah bebeno

    BalasPadam
  16. rendang telur dan ayam tu sgt menjemput selera aida, kak :)

    BalasPadam
  17. Sha suka rendang ayam dan telur tu.. hehehe

    BalasPadam
  18. nmpk sedap cekodok pisang tu. tiba2 tringin nak mkn.

    BalasPadam
  19. Menu petang yg mengenyangkan dan sedap

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe