Ikan Layar Masak Lada Putih

6:06 PTG

Petang kelmarin dapat arahan untuk bertugas pada hari ini, hari minggu hari bercuti. Berangin jugalah rasanya, tapi apabila fikirkan SYMA bersama kawan-kawan, terima jugalah perintah kerahan kerja itu. Muhasabah diri seketika. Buat kerja lebih ikhlaskan sebagai satu sedekah. Mana-mana kerja yang terkurang, mohon ampun dan keberkatan dari-Nya. Awal pagi lagi sudah bangun bersiap. Minta tolong Encik Suami hantar sebab malas memandu. Bukan apa. Semenjak PKP 1.0, 2.0 & 3.0 mungkin selalu terkurung di rumah apabila sesekali keluar rasa lain macam...ahaks!

Sempat singgah di warung beli sarapan pagi. Amie sarapan dalam kereta. Sempatlah telan seketul karipap buat alas perut kemudian tolak masuk tekak dengan minum air suam yang dibawa. Nak makan di tempat kerja takut kena intai orang KKM seperti dulu. 

Sudah hantar, tentulah kena ambil waktu pulang kan! Dalam perjalanan pulang, Encik Suami singgah beli taugeh. Katanya lama tak makan taugeh. Kita pula fikirkan sampai rumah nanti nak masak nanti goreng ikan kapas saja. Sudah masuk dapur, Encik Suami bersuara: Masaklah ikan layar.

Masak sajalah apa-apa yang diingini. Lagi pun Amie bukan masak dua kali, tapi masak sekali untuk makan dua kali, makan tengahari dan malam. Biasanya nasi untuk makan malam Amie akan simpan untuk goreng esok pagi sekiranya sebelah petang Amie buat kudap-kudapan.

Terhidanglah Ikan Layar Masak Lada Putih, resipi arwah MIL yang disukai keluarga Encik Suami dan anak-anak kami. Masakannya sangat mudah dan ringkas. Oleh kerana Amie olah  ikan layar ini ambil bahagian isi dan bawah perutnya yang berlemak, jadi hasilnya berlinang-linanglah minyak masak dengan minyak ikan menjadi satu dalam mangkuk!

Taugeh pula Amie masak lemak putih, tambah tauhu dan petai. Ikan kapas memang Amie goreng sebab Amie nak makan. Ada ulam-ulaman seperti daun salad, timun, kacang botor dan tomato ceri. Cukup lengkap dengan air asam cili picit yang warna merah ikut warna belacan.

Tiba-tiba Firdaus datang ke dapur minta dadarkan telur! Raja telur ini memang tak boleh kalau tak ada telur. Amie kata telur dah habis. Esoklah kita goreng telur ye dik.

Selepas makan tengahari yang agak lewat, Amie cadang nak baca buku tapi terlelap sampai ke petang. Rupanya penat juga bekerja di hari minggu. 

Ikan Layar Lada Putih

Hidangan nasi & lauk-pauk.

Sayur Taugeh Masak Lemak Putih dengan Tauhu & Petai.

Ulam-ulaman : Daun salad, kacang botor, hirisan timun & tomato ceri.

Ikan Kapas-Kapas Goreng.

Air Asam Cili Picit.

Hirisan Buah Kuini

Arwah MIL kalau masak ikan layar, memang banyaklah dibubuhnya lada putih. Adakah memang perlu masukkan banyak atau pun sebab MIL banyak simpaan lada putih? Maklum sajalah banyak pokok lada putih di kebun. MIL bukan ambil lada putih guna hujung jari untuk jemput dari balang, tapi Mil gunakan genggam! MIL tumbuk lada putih bersama bawang merah, bawang putih dan halia. MIL tumbuk tidak terlalu halus. Masih kelihatan serat halia dan lada putih kasar apabila dihidangkan. Tapi hasil masakan MIL memang membuatkan kami menjilat jari!

Bahan-bahan untuk Ikan Layar Masak Lada Putih.
  • 500 gram isi ikan layar - potong ikut saiz yang disukai
  • 1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 4 cm halia
  • 1 sudu besar lada putih
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  3. Masukkan ikan layar. Gaul rata. Biarkan sehingga ikan layu atau berubah warna.
  4. Tuangkan bancuhan air asam jawa.
  5. Masak sehingga kuah mendidih dan mulai pekat.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

19 comments

  1. Wah,terbayang kesedapan ikan layar tu..Saya hanya pernah sekali dapat rezeki ikan layar.Itupun sudah bertahun yang lalu.
    Cikgu,
    Nak tanya,kalau kita masak guna lada putih biji,tumbuk & tumis adakah memang bau dia semacam ye?
    Saya suka lada putih,tapi masa masak bertumis tu bau dia semacam.Tak tahu samaada lada putih yang saya beli kurang berkualiti @ memang bau dia macam tu?
    Tapi bila makan sedap jer..cuma bau tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini pengalaman sayalah sebagai menantu MIL yang ada tanaman lada hitam. Ada dua jeniskan, lada putih dan lada hitam. Sebenarnya dari pokok yang sama. Lada putih tu yang sudah masak dipokok tetapi lada hitam itu lada yang belum masak atau masih muda. Sebelum lada putih dihasilkan, ia perlu direndam dalam air bersih. Rasanya lebih seminggu MIL rendam, kemudian dijemur hingga kering. Ketika direndam itu memang ada bau.
      Betullah tu, walaupun ada bau tapi rasanya tetap sedap.

      Padam
    2. Alhamdulillah..lega dengan penjelasan cikgu.Setahu saya memang buah lada masak direndam hingga tanggal kulit,tapi tak pasti tentang bau tu..hihihi..Terima kasih atas penjelasan.Semoga bermanfaat untuk yang lain juga

      Padam
  2. Wow unik guna pokok lada putih. Kalau hendak buat kena sediakan lada putih di mana memang tiada di rumah saya.

    BalasPadam
  3. Selamat menjamu selera.. Macam-macam pilihan makanan yang sedap-sedap ada.. kalau makan, semua nak dirasa.

    BalasPadam
  4. Sedapp sedapp menu nyaa, ni kalau duduk rumah kak amie, tak pernah laparlahhh. Memang kenyang selalu!

    BalasPadam
  5. Terliur SA tengok lauk ikan layar Kak Amie tu ha...sedapnya..kenapa la kat semenanjung ni terutana NS ni takde jual ikan macam- macaam

    BalasPadam
  6. Cara masak dan bahan2 pun simple tp hasilnya pasti menyengat Amie..

    BalasPadam
  7. ikan layar tu besar kan kak... mesti sedap dan kenyal dagingnya...

    BalasPadam
  8. bila baca entry kak amie ini, saya terus google ikan layar. tak pernah makan ikan ini hehehe
    tapi tengok menu kak amie, nampak menyelerakan :)

    BalasPadam
  9. Ikan layar tu yang ada sirip macam layar kapal tu, kan? Sy tak pernah makan tapi selalu nampak gambar ikan ni , hihi..kalau di rumah ni beli ikan yg sama jer, datang blog Kak Amie, banyak jumpa dan belajar tentang ikan-ikan lain

    BalasPadam
  10. 1st time dgr ikan layar..sayur taugeh tu lama tk mkn ..aritu MIL masak juga menu tu

    BalasPadam
  11. menggoda ulaman n lauk2 menu tengah hari amie

    BalasPadam
  12. sedapnya..lauk gini pun dah selera menambah2 nasikkk

    BalasPadam
  13. Ikan layar besar ye ni. Besar ketulan isi ikan tu. Sedap pulak nampak sayur taugeh masak lemak putih dengan tauhu tu. lama tak masak style macam tu.

    BalasPadam
  14. Sha tak pernah makan ikan layar.. Nampak menarik pula bila dimasak macam tu..

    BalasPadam
  15. Ikan layar? Ke dia ada nama lain ek? Nampak sedap..

    BalasPadam
  16. Tak pernah tgk ikan layar tu hehe. Bekerja kena ada sedekah barulah rezeki mencurah2. Bagus akak dlm bekerja

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe