Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu

4:31 PTG

Tidak pernah terlintas di hati untuk menjejakkan kaki ke Nepal.
Tidak pernah terbayang di fikiran untuk mengenali lebih dekat negara Nepal!
Sesungguhnya Nepal tidak tersenarai sebagai salah sebuah negara yang bakal dikunjungi!
Selama ini hanya dengar 'Nepal' dan selalu melihat pekerja dari Nepal di Malaya.
Namun, siapalah kita untuk menidakkan segala ketentuan dan jalan hidup ini?
Dan tidak menyangka, Ogos 2018 tiba-tiba tersenarai nama bersama rakan-rakan untuk ke sana!


Teruja!
Sebaik keluar dari pintu Lapangan Terbang Kathmandu, wakil agen kami menyambut kami dengan kalungan bunga tahi ayam. Huurrmmm... kita bagi nama yang sedap didengar iaitu bunga pagar atau lantana camara.
Seperti biasa, sudah tentunya ada pembuka kata atau mukadimah untuk catatan perjalanan ini. Jadi Amie mulakan dengan perjalanan dari Lahad Datu, tempat sebahagian besar dari peserta trip kembara kami kali ini iaitu Amie sendiri, Kam, Nano, Tie, Sue, Kavvy, Misa dan Harisa. Kami akan bertemu dengan Veera, Leeza dan Akmi di KLIA.
Setelah mengambil kesemua rakan di LD, dan hujan mula turun dengan lebatnya, van yang kami sewa pun meneruskan perjalanan ke Airport Tawau selama 2 jam. Kami bertolak dari Lahad Datu pada pukul 2 petang dan tiba di lapangan terbang pada pukul 4 petang. Setelah check-in, kami berpecah. Ada yang terus mencari tempat makan sebab perut sudah keroncong, dan kami bertiga iaitu Amie, Nano dan Kam menuju ke surau untuk solat jamak takhir Zohor - Asar dan kemudian ke Restoran Sipadan untuk mencari hidangan panas buat alas perut.

Membayangkan kami akan mengisi perut kali kedua setibanya di KLIA2 (terbayang banyak pilihan makanan panas di Quizinn by Rasa), jadi kami hanya pesan makanan seperti mee hoon sup sahaja.


Dengan segala rasa senang hati, selepas makan kami pun bergerak untuk masuk ke bilik menunggu dengan harapan penerbangan kami akan berjalan lancar sebagaimana yang dijadualkan pada 6:25 minit petang.  Namun... seperti biasa, diumumkan penerbangan lewat! Delay..... Penerbangan ditunda dari pukul 6:25 petang ke pukul 7:25 malam!
Maka kami pun sempat solat jamak taqdim  Maghrib -Isyak di surau.
Pukul 8:00 malam, barulah kami terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, bersamaan pada hari Sabtu : 23 Mac 2019. Misa dan Harisa akan menaiki pesawat seterusnya,  dan kami dimaklumkan penerbangan mereka juga ditunda selama sejam. 


Kredit: Google

Penerbangan AirAsia membawa kami ke Kuala Lumpur dan tiba pada pukul 10:39 malam. Rancangan untuk bertemu anak buah terpaksa dibatalkan. Begitu dan begini, lewat pukul 11 malam jugalah baru kami dapat bagasi dan seterusnya kami menuju ke Quizinn by Rasa.  Ketika itu baru teringat Misa dan Harisa yang masih delay di Tawau, dan  kami berhasrat untuk bertemu di sini. Rupanya mereka terlepas pandang mesej yang dihantar, dan terus menaiki shuttle bas ke KLIA.

 Jom makan wantan sebagai kudap-kudapan malam!


Pukul 5 pagi selepas membersihkan diri, mandi dan tukar pakaian, kami bergegas menuju ke KLIA dengan menaiki KLIA Transit dari KLIA2.

Nano dan Kam sempat minum pagi di Kopi Time.

 
Tabik spring sama Nano dan Kam!
Perut Amie tak dapat terima makanan di awal pagi...huhuuuuu!
Nanti jadi panjang ceritanya, sebab memang jaga perut yang tak sporting nih setiap kali nak terbang!


 Selesai check-in, kami bertemu rakan yang lain di McD pula!

 Jam sudah melewati pukul 7 pagi, jadi agak berani sedikit untuk isi perut!

 Gang kaki travel : Misa, Akmi dan Leeza.

 Heheee... nampak sembab jew muka di pagi hari!

Kredit : Gambar Group

Tidak lama kemudian muncul Encik Anuar, wakil daripada NEW HORIZON EXPLORER untuk memberi sedikit penerangan kepada kami tentang aturcara perjalanan ke Kathmandu.



Bertemu rakan setugas yang sudah lama berpindah ke Johor, Veera yang turut bersama kami sepanjang trip ke Nepal. 
Mengikut jadual, kami terbang pada pukul 9:50 pagi dari KLIA ke Kathmandu dengan menaiki pesawat Malindo Air, bersamaan pada hari Ahad : 24 Mac 2019.
Oh!
Jangan lupa isi borang Arrival Information siap-siap dari KL. Borang ini perlu diserahkan semasa pemeriksaan imigresen di Kathmandu Airport.

Kredit: Gambar Group

Kredit : Google

Malindo Air mula bergerak di atas landasan pada pukul 10:15 pagi. Sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, terasa panas pula! Kelihatan pramugari berulang-alik membawa botol air mineral bersama cawan kertas yang diletakkan di dalam poket apron. Entah berapa kali kami minta air mineral tambahan!

Mantan PKHEM, Ketua Guru Disiplin dan Guru Disiplin duduk dalam barisan yang sama dalam penerbangan ke Kathmandu. Sepanjang penerbangan, banyaklah kisah suka duka di tempat bertugas yang sempat diimbas kembali. Maklumlah lebih 7 tahun tidak berjumpa Veera! 

Selamat terbang!

Bila duduk sebaris dengan Veera, nak merasa sama masakan India. Hidangan tosei diiringi dengan inti kentang masala, idli dan sambar.

Oleh kerana duduk di tepi dinding (sepatutnya ada tingkap) jadi tak nampak Banjaran Himalaya sewaktu kapal terbang berada di bumi Nepal! Penerbangan yang memakan masa selama 4 jam 45 minit itu agak lewat mendarat kerana pesawat berpusing beberapa kali dan selamat mendarat juga akhirnya pada pukul 1:11 tengahari. Waktu di Nepal lebih lewat 2 jam 15 minit berbanding waktu kita, jadi ketika itu dianggarkan sudah menghampiri pukul 3 waktu negara kita. Lebih kurang begitulah.... hiks!

Kami memilih untuk membuat Visa on Arrival (VOA), jadi kami banyak menghabiskan masa di sini. Ketika itu banyak penumpang dari pelbagai negara turut sama untuk membuat VOA. Hanya beberapa kaunter yang berfungsi dengan baik, manakala sebahagian lagi.... huurrmmmm! Apa pun semuanya selesai setelah lebih 1 jam kami berurusan di sini.

Nampaknya kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir berjaya menyiapkan permohonan VOA! Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM115, bayar dengan mengunakan wang tunai RM sahaja.

 Selamat datang ke Kathmandu!

Jangan lupa keluarkan topeng penutup mulut dan hidung!
Kathmandu dikatakan ibu negara yang sentiasa berselimut dengan habuk dan debu, walaupun suhunya sejuk. Ketika kami tiba memang terasa sejuk dan nyaman, tetapi habuk dan debu ada di mana-mana. Kathmandu berhawa sejuk dan kering!
Kami terus dibawa menaiki van menuju ke Hotel Encounter.

 Di sini kami berehat seketika di lobby sementara menunggu bilik dibersihkan. 

Saligram, orang yang bertanggungjawab menguruskan keperluan kami sepanjang berada di Kathmandu. Kami menukar RM kepada Rupee Nepal hanya melaluinya sahaja, tanpa perlu ke tempat tukar wang. Nilainya juga lebih kurang sama sahaja. Bagaimana pun, terdapat banyak pusat tukaran wang di sekitar tempat penginapan kami. Jika suka, bolehlah berurusan di pusat-pusat tersebut.

 Pada hari pertama, tukar RM1,210 sahaja dahulu. Amie dapat 32,000 Rupee Nepal.

Kalau tak cukup boleh tukar lagi samada melalui Saligram atau melalui pusat tukar mata wang asing. RM juga boleh digunakan, untuk urusan jual beli di sini tetapi lebih baik gunakan mata wang rupee untuk memudahkan kira-kira.

 Heheeee... sopannya!
Ada tips box disediakan di sini.


 Masing-masing sudah mendapat kunci bilik. 

 Dan sedia untuk beredar meninggalkan lobi hotel.

Tinggallah kami bertiga, mendapat bilik tingkat paling atas iaitu tingkat 8, dan bilik masih belum siap dikemas! Hotel Encounter ialah hotel 3 bintang tetapi tiada lift di sini ye! Terpaksalah menapak anak tangga, tertonggek-tonggek gitu...hiks!

Setelah menarik nafas berkali-kali, sampailah kami ke tingkat 8. Mujurlah ada pekerja hotel yang membawa beg kami ke sini. Kalau kami heret sendiri memang pengsanlah di tengah tangga hotel! Dan nampaknya bilik masih lagi dibersihkan oleh beberapa orang pekerja. Jadi, ambil kesempatan ambil gambar ketika kami berdiri di beranda.

 Pemandangan sekitar dari atas hotel.

 Nampak sungguh kesesakan tempat dan kepadatan penduduk di sini. 

Jengok beberapa kali, masih juga pekerja hotel belum siap membersihkan bilik!

 Baiklah tangkap gambar bunga-bunga yang cantik di sini.


 Dan posing-posing dulu merakam wajah-wajah keletihan!


 Wokey!
Kami dah tak sabar nak masuk bilik.
Nak bersihkan diri!
Nak solat!
Nak berehat seketika!

Namaste!
Sorry mem!
Alahai! Hati jadi cair walaupun agak lama menunggu apabila disapa dengan lembut dan sopan santun oleh pekerja-pekerja hotel.

Entri berkaitan travelogue Nepal:

2 comments

  1. Kenapa pergi berseri dengan bunga taik ayam tapi balik serupa taik ayam.....wah nampak menarik ni.

    Cuaca sana panas ke sehingga memerlukan topeng muka.

    Hotel 8 tingkat tiada lif huh pengsan lerrrr saya naik tangga kalau macam ni.

    Apa pun macam best je pengalaman pi nepal.

    BalasPadam
  2. Notie,
    kali ini kembara kami banyak cabarannya he heeee.
    Tak panas di sini, sejuk tapi berhabuk debu di sekeliling.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe