ADSENSE

Khamis, 18 April 2019

Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang

Entri terakhir ke Nepal.
Kami selamat tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan yang terletak di Lembah Kathmandu, lebih kurang 5 kilometer dari bandar Kathmandu.



Kami dijadualkan terbang dari Kathmandu ke Kuala Lumpur pada pukul 1 tengahari, tetapi sewaktu check-in kami dimaklumkan penerbangan ditunda selama 45 minit.  Kami sempat solat jamak. Ambil wudhu' di bilik air, dan tumpang solat di feeding room. Sudah pukul 1:45 minit petang tapi tiada apa-apa makluman! Duduklah kami berjam-jam lamanya sehinggalah sampai waktu Mahgrib, kami solat jamak lagi di feeding room!

Makluman yang kami dapat hasil risikan, Malindo Air dari Culcutta katanya patah balik setelah 2 jam penerbangan untuk isi minyak. Entahlah!

Akhirnya diumumkan penerbangan kami pada pukul 10.45 malam!
Berapa jam itu?
Menunggu sepatutnya terbang pukul 1 petang akhirnya jadi gelandangan sehingga pukul 10:45 malam! Hampir 10 jam delay!

Malam itu, bekalan elektrik terputus beberapa kali!
Adeeehhhh.... pertama kali merasai pengalaman begini di lapangan terbang! Terkejut wei!
Macam tak percaya pula boleh mati karan...hiks!


 Kami diberikan kotak makanan dan sebotol air minuman.

Dalam kotak makanan: kentang goreng dengan sos tomato, sepotong kek buah, sekeping sandwich dan sekotak minuman manis.

Masa yang ditunggu pun tiba!
Rasa lega dapat naik kapal terbang. Berakhirlah satu penantian!


Begitu dan begini, jeling jam sudah menunjukkan pukul 11:30 malam! Kapal terbang masih belum bergerak dari landasan. Mata terus terlelap, dan tak perasan pukul berapa pesawat berlepas dari ruang udara Kathmandu!
6:10 pagi, tayar pesawat jejak di KLIA.
Hurrrmmm!
Sempat ke kejar kapal terbang ke Tawau jam 7:15 pagi?
Rasa malas nak teruskan catatan dah!
Adeeehhhhh!
Lamanya tunggu beg tiba!
Sempat lari sebentar ke surau untuk solat Subuh.
Kami tunggu bagasi sehingga pukul 7:30 pagi!
Berita yang kami terima : Semua bagasi kami masih berada di Nepal! Di Airport Kathmandu!
Jadi beg siapa yang banyak-banyak yang berpusing-pusing di atas conveyor itu? 
Rupanya beg para penumpang Malindo Air dari Kathmandu Airport bertarikh 29 Mac 2019! Masya Allah... pagi ini 31 Mac 2019!
Huwaaaaaaaa.....!
Sudahlah terlepas penerbangan ke Tawau!
Bagasi pula tertinggal di sana!
Nak menangis pun tak guna!
Terpaksalah isi borang tuntutan dan buat laporan!
Waktu ini pekak jugalah telinga dengar orang marah-marah! Siapa tak marah! Sudahlah delay begitu lama, beg pula masih di sana!
Yang ni malas dah nak cerita, termasuk tuntutan insuran semua tu! Bab tuntutan dan urusan yang sewaktu dengannya tu memang kita tak suka!
Skip!
Rakan-rakan kami terpaksa beli tiket sekali lagi, dan tiada pilihan untuk bayar dengan harga yang lebih mahal. Bila kami ke kaunter untuk beli tiket baru atau bayar denda (kalau boleh) sebab terlambat, kami diberitahu tiket untuk kami ke Tawau agak mahal iaitu lebih kurang RM4,000 untuk 3 orang!
Nak menangis pun dah tak keluar air mata!
Akhirya kami bertiga putuskan untuk gunakan tiket AirAsia ( sebelum terbang ke Nepal, kami beli dua tiket sebenarnya, satu tiket MAS pukul 7:15 pagi, dan satu lagi tiket AirAsia pada pukul 3:05 petang! Kami beli tiket MAS sebab memikirkan masa yang sangat lama menunggu di airport, dan tak tahu pula delay hampir 10 jam di Nepal!). Oleh kerana AirAsia tidak beri respon sewaktu kami ingin open tiket, jadi kami beranggapan tiket tersebut masih boleh digunakan!
Tawakkal sahajalah!
Alhamdulillah, kami berjaya check-in guna tiket AirAsia!

Jom isi perut yang lapar dan mula pedih sementara menunggu penerbangan ke Sandakan. Bukan ke Tawau, tapi ke Sandakan. Dipendekkan cerita, sempat solat jamak di Lapangan Tebang Sandakan dan kami terus bergerak ke Lahad Datu menaiki van yang kami sewa. Amie tiba di Lahad Datu pada pukul 10 malam. Terima kasih Encik Suami, dan anak-anak yang setia menunggu di Warung Aman Santai. Kami makan malam agak lewat di situ.

Tentang beg kami?

 4 hari kemudian barulah kami terima beg kami yang tersadai di Nepal!
Alhamdulillah selamat!


Sampai juga ke tangan segala pashmina yang diborong di Pokhara!

Inilah kisahnya, kenapa kami kata, sampai Nepal wajah berseri dikalung bunga tahi ayam, bila balik dah rupa tahi ayam...hiks! 

Sudahlah 10 jam penerbangan ditunda, beg pun ikut delay berhari-hari lamanya!

Apa pun, bersyukur kepada-Nya, kami selamat sampai walaupun banyak dugaan dan cabaran semasa berada di sana. Yang baik kami jadikan teladan, yang buruk kami jadikan sempadan. Yang manis kami tak terus telan, dan yang pahit kami tak terus buang.

Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang


2 ulasan:

zila norazila berkata...

Dari intro aritu tetang nepal tertanya jgk knp ujung2nya muka mcm taik ayam hihii rupanya gini kisahnya.
Mungkin sebab india tutup ruang udara dia kak amie..Malindo air terpasa ubah laluan.sy ikutkan bertolak ke pakistan 2 hb mac..tiket saya dicencelld sbb india dgn pakistn gaduh..dia suruh tukar lgi tiket.. saya book 24 Mac pun india masih tutup ruang udara dia..last booking lagi 4 april..pun masih x bukak kasi org lalu..ha haaa saya last2 terkandas kt umah..nak tengok adik ipar kawin tak kesampaian..

eh nak tanya ..kamera DSLR akak kena copet kat mana?..sygnya..byk pic hilang x..

Amie berkata...

Zila,
ooo gitu ceritanya ye.
Januari lepas, dua orang pencuri masuk rumah ketika kami sedang tidur. Diangkutnya 10 barang termasuk 2 laptop (satu baru beli), gelang emas, duit, 3 telefon bimbit, termasuk jugalag kamera DSLR Nikon. ada lebih 7, 000 pic hilang tapi sebahagiannya dah saya transfer masuk komputer.