Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara

10:27 PTG

Setelah berehat semalaman di atas katil empuk, dan entah mimpi entah tidak...sebab terlalu lena, pagi pertama kami di Pokhara dimulakan dengan aktiviti bersampan di Phewa Tal atau Fewa Lake atau Phewa Lake.

Sejak kelmarin, di remang-remang senja mata kami asyik memandang ke arah tasik ini, dan rasa tidak sabar untuk mendekatinya! Hanya mampu mengerling dan menjeling dari seberang jalan....hiks!


Jom kita turun ke jeti.

Boleh baca sendiri ye harga sewa sampan mengikut kategori. 

Daftar dan bayar di sini.

 Sempat curi-curi tangkap gambar!


 








 Jom!
Sampan sudah lama menunggu kita!



 Selamat jalan Misa and the gang!
Hati-hati kayuh tu!



  Antara dua jejaka Nepal dan Malaysia!

  Air tasik kelihatan tenang dan jernih dengan warna hijau zamrud!




Nun di sana, jauh berbalam-balam Banjaran Himalaya dengan beberapa puncak gunung yang menjadi mercu kebanggan negara Nepal.

 Cuaca berkabus menghalang pandangan latar belakang yang terdiri dari gunung-ganang.


 Sampan berhenti di sebuah pulau kecil di tengah Tasik Phewa.

 Nun di belakang sana, menyusul beberapa buah sampan yang membawa sekumpulan pelancong.

Di pulau kecil ini terdapat sebuah kuil, iaitu Tal Barahi. Pada mulanya hairan juga sebab terlalu ramai penduduk tempatan naik dan turun sampan di pulau ini. Rupanya, pada hari ini mereka datang untuk bersembahyang.

Buah-buah kelapa ini untuk kegunaan upacara keagamaan mereka kot...!

Dari jauh, disangkakan kacang putih atau jenis-jenis kacang lain yang dijual dalam bentuk contong, rupanya makanan burung merpati!

 Boleh beli baja burung atau jagung untuk diberikan kepada burung merpati di sini.


Sebenarnya semasa menulis travelogue ini lupa dah hari apa gambar ini dirakam. Mujurlah terpandang gambar di atas yang menunjukkan tarikh 26 Mac 2019. Belek kalendar, hari tersebut ialah hari Selasa. Pukul 10:13:15 pagi, dan suhu ketika itu ialah 20'C.
Nyaman!


 Wokey!
Kita patah balik ke darat yok!

 Pelancong mat saleh ni sporting jew bila kita tangkap gambar!



 Kali ini sampan dikayuh ikut tepi-tepi saja, untuk menikmati keindahan flora nan menghijau.

Nano sempat keluarkan buah delima yang dibelinya malam tadi. Tak rugi beli. Rasanya manis dan bijinya lembut, tak keras! Tak pasti pula adakah delima tempatan atau dari luar. Rata-rata penjual buah sama ada yang berbasikal atau di gerai, meletakkan buah delima sebagai salah satu daripada pelbagai jenis buah yang dijual.




  Kata Misa:
Sedia kamu semua!
Kita mau merapat ke darat!

 Dah selamat sampai!

 Alhamdulillah.

 Sempat menyaksikan upacara pembuangan abu mayat di tepi tasik.

Teruja untuk membeli lukisan Banjaran Himalya. Ramai yang beli setelah menawar harga dari 300NPR akhirnya dapat 100NPR sekeping. Keesokannya, ketika jalan-jalan di sekitar dan masuk kedai, harganya 70NPR pulak! Dah terbeli...kwang-kwang...kwang! Memang di sini dan tempat lain harga untuk pelancong jauh berbeza untuk harga rakyat tempatan. Jadi kena pandai menawar sekurang-kurangnya 50% dari harga asal. Kalau tak dapat harga yang dikehendaki dan rasa tak berpatutan, jangan risau. Pergilah ke kedai lain sebab terdapat banyak kedai yang menjual barangan yang sama. Misalnya, seorang rakan kembara terjumpa sebuah kedai menjual peralatan kembara yang memang murah tapi berkualiti. Jadi, sepanjang berada di Pokhara, jika ada masa baik siang atau malam, kami ramai-ramai memborong beberapa kali di situ....hiks! Puas hati!

Terima kasih Encik Zain tangkap gambar kami: Pokhara Juice Ladies.

Jangan lepaskan peluang minum jus delima.

Kalau di Turki, buah delima di belah dua sahaja untuk keluarkan jus, tetapi di sini sudah sedia biji-biji delima dalam mangkuk!

 Dan masuk pengisar buah secara manual!

 Sedap!
Hanya 150NPR sahaja.

 Walaupun ada buah-buahan lain, namun delima juga menjadi pilihan tekak!

 
Wokey!
Kita berangkat untuk tinggalkan tebung tasik bersama sampan-sampannya yang berwarna-warni!


 Dan berjalan kaki pulang ke hotel.




 Sempat melihat-lihat lukisan yang cantik!
Nanti ye...tunggu! Nak kira berapa tinggal NPR untuk borong lukisan pula....hiks!



Kami perlu segera berkemas untuk check-out hotel, kerana kami akan meneruskan perjalanan ke Dhampus pula.

Sebenarnya banyak pilihan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di Pokhara, bandar kedua terbesar di Nepal,selepas Kathmandu ini.

Namun begitu, setakat ini, rasa sangat gembira dan sudah tentu berpuas hati dapat bersampai di Tasik Phewa yang jernih airnya, nyaman udaranya dan indah pemandangannya!

Selamat tinggal Tasik Phewa dan sampan-sampannya yang cantik!

Entri berkaitan travelogue Nepal:

3 comments

  1. Cantik berwarna warni perahunya. Jejaka malaysia dan jejaka Nepal dah macam kebar je. Ahaks..
    Jus delima fresh mesti sedap dan manis. Banyak khasiatnya tu.

    BalasPadam
  2. Notie,
    baru kami perasan, wajah orang Nepal ini pelbagai sebab byk campuran terutama etnik yang kecil-kecil.

    BalasPadam
  3. very interesting and informative. Thanks for sharing.
    Nepal Tour

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe