Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus

4:57 PTG

Pagi Rabu bersamaan 27 Mac 2019.
Kami berjalan kaki untuk melihat-lihat suasana sekitar perkampungan Dhampus yang dihuni oleh etnik Gurung. Etnik Gurung berasal dari bahagian tengah Nepal dan kebanyakan mereka kini tinggal di kawasan pergunungan terutama di Dataran Tinggi Annapurna. Majoriti etnik Gurung beragama Buddha Tibet dan bertutur menggunakan bahasa Tamu Kwei. Etnik Gurung menjalani kehidupan harian mereka sebagai petani di samping mengembala binatang ternakan seperti kerbau dan lembu.
Pejuang-pejuang atau tentera Gurkha yang pernah kita dengar bergabung dalam pertempuran dengan tentera atau askar dari negara lain sebenarnya berasal dari etnik Gurung. Oh! Tiba-tiba teringat entri SEPETANG DI THAMEL STREET : Better to die than live a coward. Huh!!!!... Lebih baik mati daripada hidup sebagai pengecut!
Hebatnya orang-orang pergunungan Nepal ini!



Tinggallah longgokan jerami pagi  dan juga kandang-kandang lembu.
Puncak Fish Tail atau Macchapuchree tetap menemanimu di belakang sanun.


Di sinilah lembu-lembu berteduh.





Berpapasan dengan pendaki yang melalui trek Dhampus.

Kenang-kenangan duduk atas susunan batu-batu gunung.




Tinggal juga Shree Pritvinarayan Secondary School bersama anak-anak muridnya yang manis dan pemalu tapi berjiwa besar!

Moga akan tercapai segala harapan dan impian bak puncak Himalaya wahai anak-anak didik di sini.

Tinggallah juga rumah-rumah tumpangan dan juga rest house.


Tinggallah segala kenangan melihat kehidupan yang serba-serbi sederhana serta seadanya. Dingin di kala malam menjelma, dan semakin hangat dek dakapan cahaya mentari di kala siang menyapa!

Duhai anak kecil yang manis!
Belajarlah bermimpi tentang masa depanmu yang seindah senyumanmu!




Anak-anak yang sentiasa riang ria, bertambah ceria apabila mendapat sebiji dua gula-gula.

Si kecil di tangga sana, tidak mahu terlepas gula-gula!

Hati-hati sayang!
Nanti jatuh tergelincir!
Dan di belakangnya pula, perlahan-lahan si kecil berbaju kuning menyusul untuk mendapatkan habuan yang sama!

Wah!
Di tangannya sudah tergenggam beberapa biji gula-gula!



Sempat bergambar bersama wanita Gurung.

Hai!
Inilah pahlawan Gurung (kalau masuk tentera sudah tentu mendapat gelaran tentera Gurkha!) Melihat kita tangkap gambar, dia pun ingin ambil gambar bersama. Namaste!

Sudah tentu zaman remajanya wanita ini menjadi rebutan ramai jejaka!
Cantik!




Wokey!
Jalan terus.





Tiba-tiba terpandang kemunculan beberapa orang kanak-kanak dari bawah melalui lorong kecil bersebalahan sebuah kedai.

Namaste!
Oh! Mereka ini dalam perjalanan untuk ke sekolah.

Mereka sangat seronok dapat menerima gula-gula!




Muncul lagi seorang murid perempuan dengan senyum manis terukir di bibirnya.

Di belakangnya, seorang guru lelaki.

Wah!
Ini dia cikgu Nepal.

Sempat bergambar kenangan sebelum mereka meneruskan perjalanan.

Rupanya mereka perlu mendaki lagi anak-anak tangga dan tanah yang lebih tinggi untuk sampai ke sekolah.

Di tepi -tepi jalan, terdapat pokok-pokok tin  yang sedang berbuah tapi belum cukup tua atau masak.

Agaknya kalau sudah masak, ada kot di antara kami yang singgah bergayut di batangnya... kihkihkihhhh!


Nun di sana, tanaman ladang berteres kelihatan bertingkat-tingkat. 

Susunan kayu api memang terdapat di setiap rumah sama ada di belakang atau di hadapan rumah. Barangkali mereka masih menggunakan dapur kayu untuk memasak.




AJK kampung sedang bermesyuarat, mengira hasil wang sumbangan orang kampung untuk dibahagikan kepada mereka yang memerlukan.

Aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak kampung di pagi itu, antaranya termasuklah bergotong-royong mendirikan rumah. Nampaknya mereka menggunakan bahan yang lebih moden daripada batu blok, dan bukannya menyusun batu-batu gunung.


Dan di sini, masih lagi kelihatan bumbung rumah (zink) ditindih dengan batu-batu gunung.



Adakah ini pokok gandum?

Pada mulanya kami sangka pokok padi, tapi kalau padi berbuah lebat resminya tentulah menunduk!  Tapi padi yang kami lihat ini lain macam pulak ...hiks!

Menurut Kesyaf, inilah gandum!

Gandum jenis apa tak tahulah.
Sama juga dengan pokok padi. Ada padi pulut, padi huma dan seumpamanya. Kadang-kadang terasa lucu pula bila mengenangkan betapa kami asyik berteka-teki tentang tumbuhan yang kami lihat sepanjang jalan. Ada yang kata padi, ada yang kata gandum, ada yang kata sekoi dan ada yang kata barli! 



Paling melucukan sudah tentulah apabila kami mati-matian menyangka sudah menemui pokok jintan, (sejenis tumbuhan yang subur tumbuh di sawah) tetapi apabila Amie rujuk kepada driver, katanya itu rumput kerbau! Rumput makanan kerbau!



Leka tangkap gambar rumah-rumah di sini. Teringat waktu kecil dahulu suka baca buku cerita rakyat dari pelbagai negara. Kebanyakan lukisan rumah yang dipaparkan kecil-kecil dan comel bentuknya, diperbuat daripada susunan batu-batu dengan tangga bersusun.

Barangkali kalau duduk-duduk di sini di petang hari sambil menikmati angin gunung, mencurah-curahkan ilham untuk merekacipta serta menghening cipta pelbagai jenis karya, dari puisi hinggalah ke novel!



Marilah duduk atau berdiri bergambar dengan batu-batu gunung yang bersusun. Nanti dah balik kampung, semuanya hanya tinggal kenangan.




Berpapasan agi dengan seorang pendaki.


Mari kita duduk di tangga!
Tangga yang dimaksudkan ialah sekeping batu terjulur keluar dari susunan batu yang lain, dijadikan anak tangga untuk naik ke rumah.

Seorang wanita kampung sedang mencuci pekakas dapur. Di belakangnya kelihatan subur dengan tanaman leek dan salad.



Kami melalui lorong sempit untuk melihat suasana kampung dengan lebih dekat.



Pagar untuk memisahkan kawasan hanya diperbuat daripada buluh.


Inilah tangga bersusun.

Hati-hati ketika memijaknya. Bukan takut batu patah, tapi risau kaki tergelincir atau terpelanting jatuh!








Kalau anda boleh baca papan tanda yang tertulis di atas bangunan usang ini, ia berbunyi : GURUNG TRADITIONAL MUSEUM DHAMPUS!

Sangat unik!
Masih mengekalkan elemen tradisi supaya warisan tidak pupus ditelan masa! Lihat sahajalah apa yang tergantung di bahagian bumbung museum ini... jagung kering dan juga labu!

Tandasnya juga msih berwajah lama.


Tertarik pula melihat bentuk pagar di sini.

Mari kita lihat bagaimana mereka membuat pagar di hadapan rumah.

 Tiang pagar diperbuat daripada batu  ukuran panjang yang terpacak menegak.


Kemudian diperbuat beberapa lubang, dan dipalang dengan batang buluh.
Itulah pagar mereka!




Duduklah berehat sebentar di sini.
Sejuk jew batu tu!

Kalau rajin bolehlah bergambar dengan warga etnik Gurung di sini.

Beginilah keadaan di sekitar rumah mereka. Kayu api sentiasa tersusun untuk digunakan sebagai alat pembakar. 


Menurut Kesyaf, ini ialah rumah lembu.


Tahu tak di mana reban ayam?

Nampak tak ada pintu segi empat bersaiz kecil di bawah kayu itu?
Haaa... inilah reban ayam!


Penat berjalan, ambil gambar sendiri pulak!
Dah tak tahu nak buat gaya apa.

Kavvy bersama anak-anak Gurung.



Nampaknya dua orang pemandu jep kami sudah menunggu kami di sini.

Orang kuat Encik Zain menjalankan tugas penuh taat!

Maka kami pun naiklah jeep masing-masing.





Melalui jalan yang sama, jalan yang kami lalui kelmarin dengan penuh debaran!


Sesungguhnya inilah jalan yang sungguh mengerikan bagi kami! Hari ini kurang rasa ngeri kerana tidak hujan!
Bayangkanlah, di hadapan sana selekoh jalan tajam, di kirinya gaung yang dalam!


Syukur Alhamdulillah.

Selamat tinggal Dhampus!


Sepanjang hari, kemuncak Fish Tail sentiasa mengekori kami dari pagi sehingga ke malam!

Dan seterusnya, biarlah gambar yang berbicara sendiri.























Gambar di akhiri dengan rakaman dua ekor kerbau sedang berjalan pulang dari ladang. Nampaknya kerbau di kawasan tanah tinggi bulunya panjang-panjang. 

Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu

Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang

4 comments

  1. salam

    baru beberapa hari lepas makan kat restaurant masala. Pekerja dia rupa typical chinese. Dia datang dari Nepal. Dia consider ethnic Mongol Nepalese sebab muka kecinaan dan side dia dekat dengan mongolia.. . Dan group ethnic tu banyak dan biasa join gurkha di Brnei dan UK. Kulit cerah macam orang malaysia.
    Ada sorang lagi muka dan rawak dari side sempadan dengan India.

    Bila di tanya, ramai pemuda join askar upahan kerana hidup susah dan banyak gangguan dari komunis yang datang masuk kampung dan paksa mereka masuk hutan. Tapi katanya pengaruh komunis bukan dari China, tapi negara sempadan yang lagi satu.

    ni macam zaman komunis malaya masuk kampung cari candidate secara paksaan untuk join parti pkm mereka.. tapi berlaku zaman ini masih

    BalasPadam
  2. SubhanaAllah...cantiknya pemandangan latar belakang gunung wwarna silver....

    BalasPadam
  3. Mesti sejuk dan nyaman je kat dhampus ni kan k. Amie.. Cantik sungguh pemandangannya

    BalasPadam
  4. Nor,
    kesian kan... tapi hidup perlu diteruskan, mereka kuat semangat mencari kehidupan.

    Nasa,
    betul tu, terpegun setiap kali memandangnya.

    Puan Hazel,
    sejuk... memang sungguh nyaman!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe