Quality Education Today's Necessity
8:49 PTG
Ketika proses mengedit gambar-gambar kembara ke Nepal dilakukan, tidak semena-mena hati menjadi hiba dan air mata menitis laju tanpa dapat dibendung lagi. Terbayang wajah anak murid sendiri yang kelihatan berpakaian kemas, berkasut bersih dan duduk di dalam kelas yang selesa.
Melihat senyuman gadis kecil ini, hati bagaikan disayat-sayat. Mata hitamnya tampak bersinar seakan-akan melihat cahaya hidup masa depan yang cemerlang.
Kami sempat singgah di salah sebuah sekolah rendah dalam perjalanan pulang dari Dhampus ke Pokhara. Kedatangan kami disambut baik oleh warga sekolah tersebut.
Inilah sekolah yang kami telah singgahi. Nun di belakang sana, puncak Fish Tail bersemayam megah di antara gunung-ganang sepanjang Banjaran Himalaya.
Ini ialah tandas sekolah.
Beg-beg sekolah diletakkan di luar kerana ketika ini kanak-kanak sekolah sedang menduduki peperiksaan.
Kami dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas (bukan waktu peperiksaan).
Beginilah suasana di dalam kelas tersebut.
Tak tahu bagaimana untuk menuliskan suasana di dalam kelas......
Lihatlah dindingnya tanpa tingkap, tanpa kipas angin atau pun lampu. Lihatlah bumbungnya juga. Tempat duduk murid yang sesak, dan juga tempat duduk guru, tanpa meja!
Sekali pandang dari luar, beginilah suasananya, gelap tanpa cahaya.
Namun begitu, guru-guru tetap meneruskan tugas memberi ilmu seperti biasa walaupun kelas dalam keadaan serba kekurangan.
Kami dijemput untuk masuk ke bilik guru.
Lihat angka 2075 itu
Inilah kalendar negara Nepal.
Tahun kita 2019, tapi tahun mereka sudah menjangkau angka 2075!
Lihat angka 2075 itu
Inilah kalendar negara Nepal.
Tahun kita 2019, tapi tahun mereka sudah menjangkau angka 2075!
Inilah suasana bilik guru.
Guru besar tiada di sekolah kerana ada urusan rasmi. Jadi guru ini memberi serba sedikit penerangan tentang sekolah ini.
Sewaktu kaki melangkah keluar dari bilik guru, mata terpandang bilik di sebelah.
Dengan rasa ingin tahu, meninjaulah ke sini. Oh! Mungkin bilik darjah, tetapi gelaplah pula di dalamnya.
Tiba-tiba muncul seorang pemuda, berdiri di hadapan pintu sambil melemparkan senyuman!
Rupa-rupanya pemuda kacak ini seorang guru, dan sedang bertugas mengawas murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan di dalam kelas tersebut!
Moto sekolah ini : Quality Education Today's Necessity.
Sempat bergambar dengan sebahagian murid yang selesai menduduki peperiksaan.
Bersebelahan dengan sekolah, terdapat sawah yang luas dengan tanaman nan menghijau. Pada mulanya kami sangkakan tanaman padi. Bukan padi! Gandum? Bukan juga! Jadi tanaman apakah itu? Itulah rumput kerbau!
Manis senyuman wanita ini memandangku!
Namaste!
Sebelum meninggalkan sekolah ini, tangkap dahulu beberapa keping gambar kenangan bersama anak-anak sekolah yang comel-comel belaka!
Sukanya dia!
Di sinilah anak-anak murid sekolah ini minum air dari paip. Air ini disuling cara tradisional dengan menggunakan batu dan juga pasir. Cuba lihat baldi warna hijau di sebelah sana, dengan saluran getah paip yang menghala ke tangki air.
Negaraku yang makmur!
Jagalah kemerdekaan tanahair kita.
Hiduplah bersatu padu.
Jangan timbulkan sengketa.
Marilah sentiasa bersyukur.
Tak tahu dah nak tulis, dan rumus atau nak ulas apa-apa. Biarlah gambar yang dipaparkan berbicara sendiri. Yang mampu kupikul bawa pulang hanyalah seguni iktibar dan sekarung keinsafan.
Nepal : Kau memiliki Gunung Everest, puncak tertinggi dunia! Di sisimu jua ada 8 puncak lain yang menjuarai ketinggian antara gunung di dunia termasuk Gunung Kangchenjunga, Gunung Lhotse, Gunung Makalu, Gunung Cho Oyu, Gunung Dhaulagiri, Gunung Manaslu, dan Gunung Annapurna!
Sayang seribu kali sayang! Pembangunan pendidikan agak jauh terkebelakang. Moga moto : Quality Education Today's Necessity terus dilaksanakan. Hanya dengan pendidikan berkualiti, anak-anak masa kini mampu mengubah jalan hidup masa depan yang lebih baik.
Moga si comel ini akan menjadi orang yang berjaya pada masa hadapan. Sekian.
Entri berkaitan travelogue Nepal:
2 comments
sedihnnya tengok....
BalasPadamrasa bersyukur sgt2... walaupun sekolah kt kampung pun masih lg cantik n ada pelbagai keperluan yg lengkap...
beg2 sekolah cuma di letak atas rumput je... ya Allah, sedihnya...
Norhidana,
BalasPadamtu laaa kan, banyak betul iktibar perjalanan kami kali ini.