Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
3:19 PTG
Rancangan untuk melawat perkampungan Dhampus melihat cara hidup etnik Gurung tidak tercapai sepenuhnya pada petang itu disebabkan hujan. Nampaknya kedatangan kami diiringi hujan di pertengahan jalan, dan hujan juga di waktu petang. Apa pun dapatlah juga Amie rakamkan beberapa keping gambar kenangan walaupun suhu dingin dan agak berkabus, namun panorama desa mampu meninggalkan kesan di hati.
Banyak susunan batu gunung terdapat di sepanjang perkampungan ini.
Terima kasih Nano. Pandai tangkap gambar dengan pelbagai elemen seperti Banjaran Himalaya nun di belakang (tak nampak puncak-puncak gunung sebab dilitupi kabus), timbunan potongan kayu dan jerami padi.
Berkesempatan melihat salah sebuah rumah penduduk entik Gurung bersebelahan dengan rumah tamu tempat penginapan kami. Rumah tersebut diperbuat daripada susunan batu, bumbungnya bertutup zink tetapi hanya ditindih dengan batu dan benda-benda berat. Tiada pintu, dan digantikan dengan kepingan papan atau kanvas sebagai penghadang. Di dalamnya, hanya berlantaikan tanah.
Dalam kedinginan cuaca, anak-anak mereka masih mampu berlari riang di tengah padang!
Bukan main seronok dapat gula-gula yang dihulurkan walaupun hanya sebiji dua!
Selain rumah tamu yang kami tumpangi, banyak lagi rumah tamu lain di sekitar.
Kalau tidak memikirkan cuaca mendung, dan hujan akan turun memang nak ambil banyak gambar di sini!
Ibu muda bersama anak kecilnya yang comel!
Batu-batu gunung disusun menjadi tangga menghubungkan bahagian tanah rendah dengan tanah yang lebih tinggi.
Sebuah kedai desa.
Sebuah klinik desa.
Dan sebuah sekolah menengah di desa.
Kami berkesempatan melawat sekolah ini.
Jom kita masuk. Pagar pun tidak bertutup.
Tidak ada sesiapa menjemput kami, tapi sebagai guru kami teruja untuk melihat suasana sekolah di sini.
Kami bersoal jawab sesama sendiri: Agaknya berapa biji bola sudah termasuk dalam gaung ketika mereka terlepas tendang sewaktu bermain bola sepak? Adakah mereka akan kutip bola, meredah gaung dan mencarinya dalam semak?
Pintu masuk utama.
Selain mengulangkaji di kaki lima bangunan, ada yang belajar di bawah tempat letak kereta (mungkin ada kereta).
Tiga orang murid perempuan ini kelihatan malu-malu apabila didekati.
Mereka sedang membuat ulangkaji Matematik Tambahan.
Apabila ditanya, kenapa belajar di kaki lima?
Jawab mereka, keadaan di dalam bilik darjah dan asrama gelap, tidak berlampu.
Dan satu lagi, kami tanya adakah mereka memakai pemerah pipi sebab melihat pipi masing-masing kelihatan berwarna!
Mereka kata, tidak!
Isshh...isssshhh!
Itu pun nak tanya juga ye?
Heheee... pernah Amie terbaca tentang pipi berwarna yang dimiliki oleh penduduk yang tinggal dipergunungan. Oleh kerana di kawasan gunung yang lebih tinggi kurang oksigen, jadi mereka perlu menggunakan banyak tenaga untuk menyedut oksigen dalam-dalam. Salah satu kesannya, aliran oksigen dalam darah turut memberi kesan ke bahagian tertentu seperti pipi menjadi lebih merah jambu.
Kami sempat bergambar ramai, walaupun pada mulanya semua murid-murid yang kami jumpa berasa malu.
Jom kita masuk kelas pula.
Inilah rupa kelas mereka.
Bangku panjang dan meja panjang.
Diperbuat daripada besi.
Duduk seketika di dalam kelas, membayangkan kami sebahagian daripada pelajar di sini.
Jam di dalam menunjukkan pukul 4:17 petang.
Melihat keadaan luar dan dalam sekolah ini, kami semua berasa insaf dan bersyukur sebanyak-banyaknya di atas segala kemakmuran yang kami rasai selama ini di bumi sendiri. Biarlah gambar berbicara sendiri tentang suasana di Shree Prithvi Narayan Secondary School di Dhampus.
Buat anak-anak entik Gurung:
Belajarlah rajin-rajin.
Negara kamu banyak kelebihannya.
Negara kamu unik.
Negara kamu cantik.
Negara kamu kaya dengan pelbagai sumber alam.
Semoga kalian bakal menjadi pemimpin negara yang mampu membawa perubahan yang lebih positif terhadap tanahair kamu sendiri.
(Sebenarnya ketika menulis travelogue ini, jatuh jua setitis dua air mata menimpa keyboard).
Selamat tinggal anak-anak yang manis!
Selamat belajar anak-anak gunung yang berjiwa kental!
Pada mulanya mereka tidak berani angkat muka, tetapi setelah kami akan berangkat keluar dari kawasan sekolah, barulah mereka memberi respon dengan melemparkan senyuman! Memang nampak benar sifat mereka yang sangat pemalu!
Sebaik kaki melangkah keluar, hujan mula turun. Mula-mula hanya renyai-renyai, semakin lama semakin lebat pula! Hasrat untuk meneruskan perjalanan ke perkampungan dibatalkan serta-merta. Kami terpaksa berlari untuk segera sampai ke rumah tamu, namun pakaian kami basah jua di pertengahan jalan!
Petang itu sekali lagi kami memanaskan badan dengan minuman panas dan sebelah malamnya pula kami dihidangkan nasi dengan lauk seperti telur masak kari.
Dan juga sayur.
Terima kasih Leeza, Akmi dan kawan-kawan lain yang sudi kongsi rendang, dendeng dan juga serunding.
Selain nasi, kami turut dihidangkan dengan pizza bertopingkan tuna dan juga keju yak. Biasanya kita dengar keju yang diperbuat daripada susu lembu, tetapi kali ini kita berkenalan dengan keju yak pula. Yak ialah sejenis lembu juga tetapi bertanduk panjang dan berbulu tebal serta berjumbai-jumbai. Yak biasanya terdapat di pergunungan Himalaya dan Tibet.
Pencuci mulut kami pada malam itu.
Alhamdulillah.
Semuanya rezeki Allah.
Marilah bersyukur sebanyak-banyaknya!
Entri berkaitan travelogue Nepal:
2 comments
Kesiannya melihat sekolah mereka tapi semangat belajar mereka begitu tinggi. Dengan faciliti yang serba berkurangan jauh bezanya dengan kita di malaysia. Kita serba serbi lengkap tapi huhuhu belajar pun main-main. Apa pun syukur kita hidup di malaysia.
BalasPadamNotie,
BalasPadambetul tu... memang kali ini perjalanan kami penuh makna, dapat banyak iktibar.