Lazeez Halal Food Pokhara
6:16 PTG
Sepanjang 4 hari di Pokhara, kami berkesempatan untuk menikmat hidangan tengahari dan malam di salah sebuah restoran halal iaitu Lazeez Halal Food Pokhara. Banyak pilihan makanan termasuk menu tempatan dan harganya pula berpatutan.
Hari pertama di Pokhara, di sinilah kami menjamu selera untuk makan tengahari yang terlewat tetapi kenyang sampai keesokan harinya. Restoran ini terletak berhampiran dengan Tasik Fewa, menghala lorong agak ke dalam sedikit.
Pemandangan dalam restoran dari pintu masuk.
Restoran ini sentiasa dikunjungi pelanggan terutama yang beragama Islam.
Pertama kali kami menjejak kaki ke restoran ini, kami ditegur dengan ramah oleh seorang pelanggan yang sedang menanti pesanannya. Sementara menanti hidangannya tiba di meja, sempat pula beliau berbual-bual dengan kami. Dan setelah beliau selesai menikmati hidangannya, beliau meminta diri serta mengucapkan selamat kepada kami. Kami diberikan sekeping kad, dan setelah beliau keluar dari restoran barulah kami tersedar, dia bukan insan biasa. Tertulis di atas kad:
Dr. Khalifa Saif Al-Hinai
Former Judge & Arbitrator Supreme Court Lawyer,
Muscat, Sultanate of Oman.
Oh!
Orangnya biasa-biasa sahaja.
Gayanya juga seperti kami, rakyat marhaen, malah lebih merendah diri dalam percakapan.
Masya Allah!
Huurrmmmm!
Perut memang sudah rasa perit minta diisi!
Masing-masing memesan menu yang diingini.
Sabar menanti!
Tak lama nanti, keluarlah hidangan panas dari oven!
Minum dulu lemon panas dengan pudina itu Kam!
Amie cuba Mango Lassi.
Rasanya sangat manis dan pekat, jadi Amie tambahkan air mineral.
Kami mencuba menu nasi goreng ayam.
Rasanya?
Tentulah sedap!
Selain itu kami memasan ayam tandoori.
Yummy...kalau datang sini jangan lupa cuba ye!
Malam itu kami cuba roti naan kosong, roti naan butter dan roti naan cheese.
Pada hari yang lain pula, kami cuba sup cendawan dengan ayam. Tak boleh kata tak sedap sebab memang sedap!
Kami juga menikmati beef kebab. Walaupun agak berempah tetapi tetap sedap!
Semua sedaplah!
Chicken Tikka pun sedap!
Cuma kami kena biasakan makan dengan roti naan.
Terakhir kami datang sebelum keesokannya berangkat pulang ke Kathmandu, kami memesan Mago Lassi dan Vanilla Lassi.
Nano dan Kam sudah mula rindu nasi putih! Jadi mereka memesan nasi putih berlauk ayam masak cili serta sayur kobis bunga.
Amie pula tidak lepas peluang untuk mencuba Mutton Biryani.
Alhamdulillah!
Syukur kepada-Mu yang Allah yang Maha Memberi rezeki kepada hamba-Mu sedang bermusafir.
Bila teringat keenakan makan di Lazeez Halal Food terasa ingin mengunjunginya lagi, tapi bila teringat cabaran perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara, terpaksa diurungkan hasrat...hiks! Apa pun Amie sudah mencuba Lamb Biryani di Kathmandi dan kali ini Mutton Biryani di Pokhara, walaupun belum terjumpa menu tempatan tetapi sudah cukup berpuas hati!
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
4 comments
Nampak sungguh menyelerakan. Menu kena order ke bukan dah siap dalam pakage.
BalasPadamMenu kena order, bayar sendiri.
BalasPadamnengok pun dh tau sedap kak... terus mcm teringin2 mkn nasi arab lak... yelah kn org sana kebanyakkannya semua mkn ngn roti kan...
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamsedap nasinya tu, saya suka.