Sayur Keremak Putih Masak Lemak dengan Ikan Masin

10:37 PG

Pernah dengar tumbuhan herba nama keremak?
Amie pernah masak sayur keremak, tetapi ketika itu tidak tahu nama sebenar kerana penjual sayur memberikan nama 'parapa'.  Rupanya Amie pernah kongsikan resepi sayur parapa DI SINI pada tahun 2011. Huurrmmm... lupa rupanya! Maklumlah, sudah memasuki usia emas...hiks! Faktor usia jugalah yang menyebabkan tahap kelupaan semakin tinggi...hihihii!
Terima kasih buat NASA MULIA dan rakan FB ZAINAB NASRUDDIN yang telah membantu Amie mengimbas kembali nama sebenar tumbuhan herba penuh berkhasiat ini. Setelah Nasa Mulia menyebut sayur kurma  dan kermak, baru Amie teringat masa kecil dulu Bonda selalu sebut namanya sebagai 'keremo' (bahasa Jawa) dan Bonda selalu kutip bunganya dari pokok keremak yang berwarna seakan-akan oren untuk dikunyah, dan kata Bonda pucuk keremo elok untuk dimakan sebagai ulam. Setelah beberapa kali merujuk Pak Google, dapatlah disimpulkan bahawa tumbuhan ini juga biasa disebut dengan nama keremak, kermak atau keremah. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah bayam pasir, bayam udang, sayur udang, daun rusa, daun tolod dan bonga-bonga. Di Sabah pula (sebutan penjual sayur keturunan Bugis), ia lebih dikenali dengan nama parapa dan juga poddo' galung yang bermaksud bayam sawah. Setakat ini yang Amie ketahui ada dua jenis kermak iaitu kermak putih dan kermak merah. 

 Sayur Keremak Putih Masak Lemak dengan Ikan Masin.

Inilah rupa sayur keremak putih, ada bunga putih yang muncul di celah ketiak daunnya.  Harganya RM1.00 sahaja. Kalau ditimbang lebih kurang 300 gram beratnya. Nampak sangat subur! Oleh kerana tidak biasa dengan nama 'parapa' yang diteragkan oleh penjual sayur, sampai rumah jadi salah sebut sekejap 'perada' sekejap 'pedada'. Tumbuhan herba ini banyak terdapat di kawasan lembap dan berair seperti sawah, dan kalau perasan (masa kecil dahulu) selalu nampak tumbuh di tepi jalan menjadi ragutan lembu peliharaan arwah Ayahanda. Tumbuhan ini membesar bersama rerumput!
Rasanya ada sedikit pahit dan agak liat (batangnya) jika dimasak tanpa dicelur atau direbus terlebih dahulu. Penjual sayur pesan, rebus dahulu sebelum dimasak dengan santan. Dan katanya lagi, jangan ambil batangnya yang liat, petik pucuknya yang lembut dan ambil daun-daun yang lain, serta tinggalkan batangnya.

 Pucuk keremak dan daunnya yang sudah dipisahkan dari batangnya yang nampak lembut tapi liat!

Celur seketika di dalam air mendidih. Amie celur lebih kurang 5 minit dan kemudian padamkan api dapur. Keluarkan daun keremak yang dicelur tadi lalu bilas dan perah sedikit airnya. 

  Inilah hasilnya daun keremak yang sudah dicelur. Mari kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
300 gram sayur keremak - petik pucuk yang lembut dan daunnya sahaja - celur seketika - angkat - bilas dan toskan
kepingan kepala dan ekor ikan putih masin - potong ikut suka
600 ml santan (200 ml santan pekat + 400 ml air)
1 biji cili merah - hiris
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 batang serai - potong 2 - ketuk


Kalau suka pedas, tambahlah cili padi dalam lesung, tumbuk bersama bawang putih dan bawang merah. Amie suka masak lemak putih, tanpa kunyit dan tanpa cili padi.

Cara memasak:
1. Masukkan santan ke dalam periuk / kuali.
2. Kemudian masukkan sayur keremak.

 3. Masukkan ikan masin.

4. Kemudian masukkan bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan serai yang telah diketuk.

5. Taburkan hirisan cili merah, garam / gula / perasa pilihan.
6. Masak di atas api sederhana.
7. Apabila kuah mula mendidih, kacau supaya tidak pecah santan. Dan setelah ikan masin lembut, cukup rasa kuahnya, padamkan api dapur.

Hidangkan dengan sambal belacan dan juga telur dadar! 

Antara khasiat herba keremak ini termasuklah mengubat cirit-birit, mengubat penyakit kuning, dan jika menjadikannya sebagai ulam ia dikatakan boleh mencuci lemak dan toksid. Herba ini juga boleh dibuat jus jika anda suka.
Kadang-kadang kita tak perasan, sayur-sayuran kampung yang djual di pasar sebenarnya ada yang mempunyai khasiat  yang sangat tinggi nilai perubatannya!

3 comments

  1. Hello Ms/Mr
    I shertian from indonesia
    I want to ask you have you sell seeds from keremak merah (alternanthra sessilis red)
    I need the seed of keremak merah for my research i really need the seed
    Thankyou.

    BalasPadam
  2. ade sper2 nk jualtak klau ade g thu

    BalasPadam
  3. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe