Thamel Street di Waktu Malam

8:51 PTG

Hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 29 Mac 2019. 
Seronoknya tidak terkira bila memikirkan esok pagi kami akan berangkat ke lapangan terbang Kathmandu! In shaa Allah akan sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 8 malam!
Malam terakhir di Kathmandu, Encik Zain bawa kami jalan-jalan sekitar Thamel Street untuk beli apa yang patut, apa yang belum dibeli dan apa yang berkenan di hati! Jangan risau tentang duit kalau berada di sini sebab banyak pusat penukaran wang asing akan ditemui sepanjang jalan. Sediakan sahaja RM banyak-banyak....hiks!

Keluar sahaja dari pintu pagar hotel, terus terpandang gerai peniaga ikan di seberang jalan. Nampaknya di Nepal memang masih gunakan tmbang sukat lama! Lihat penimbang di belakang ikan itu! Sama seperti penimpang buah-buahan yang biasa kami temui sepanjang berada di Pokhara!
Dan satu perkara lagi, macam tak nampak sebarang tanda harga pada barangan niaga!


 Tempat pertama kami nak tuju sudah tentulah kedai t-shirt! 

Ada tukang jahit sulaman t-shirt di sini. Sewaktu kami tiba dan sehinggalah kami meninggalkan kedai ini, tukang jahit ini tekun meneruskan kerja menyulam. 

 Kehadiran dan keriuhan kami sedikit pun tidak mengganggu konsentrasinya!


Tidak sekali pun dia mengangkat muka! Beruntung sungguh tuan kedai yang mempunyai pekerja yang sebegini tekun! Entah berapa helai t-shirt silam disulam sewaktu kami berada di sini!


Maaf, terlupa untuk ambil gambar nama kedai ini. Kalau datang ke sini, carilah kedai ini yang letaknya berhadapan dengan Hotel Florid, Thamel Street. Boleh beli t-shirt di sini dengan harga yang sangat murah berbanding beli di kedai lain. 

Ini sahaja nama tempat yang Amie ingat untuk memberi petunjuk kedudukan kedai ini. Ketika itu Amie sudah selesai berurusan membeli t-shirt dan bila menjenguk ke luar, terus terpandang sekumpulan pelancong sedang mengambil gambar dengan berpakaian tradisi.

Walaupun harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari harga di kedai lain, namun kualiti kainnya juga standard dengan t-shirt lain. Selesa dipakai! Untuk anak kecil pun banyak. Seperti biasa, kami rembatlah berhelai-helai!


Tuan kedai melayan kami dengan sabar! Apa tidak sabarnya, masing-masing inginkan layanan dan jawapan bagi setiap pertanyaan! Hahaaa... sampaikan habis warna t-shirt yang kami inginkan, tapi kami puas hati bila ditawarkan warna lain! Keluar dari sini, masing-masing menjinjing beg setelah berjaya mengumpul harta sepencarian!


Sementara menunggu beberapa rakan yang lain yang masih berurus niaga di kedai t-shirt, kami duduk-duduk di bahagian luar kedai.

 Nepal memang terkenal dengan hasil pelbagai batu permata!

Tidak lama kemudian kami bergerak meninggalkan kedai t-shirt. Tujuan kami seterusnya sudah tentulah untuk mencari restoran halal untuk isi perut!

 Berhenti di sini buat seketika, menunggu rakan kami menukar matawang!
Tingginya matawang Kuwait!
Rendahnya matawang kita!

Jalan lagi, tapi langkah kaki tetap terhenti apabila melihat sesuatu yang menarik hati untuk dibelek, dan jika jatuh hati terus beli!







 Antara kedai wajib singgah!
Sudah tentulah untuk memuaskan hati memilih dan membelek peralatan kembara!

Walaupun sudah memborong pashmina di Pokhara, tapi ingin juga jamu mata di Kathmandu pula!













Walaupun hampir pukul 10 malam tetapi Thamel Street terus meriah dengan kehadiran ramai pelancong yang memenuhi jalan raya!






 Tak terkira, entah berapa kali singgah di kedai peralatan travel seperti ini!
Banyak sangat kedai begini di sini!


 Penarik beca yang keletihan sehingga tertidur di atas becanya!

Peniaga buah terus gigih mencari rezeki. Ketika kami ingin membeli pisang, kami tanya harganya. Sebaliknya, penjual buah mengambil sebiji pisang dan mengupasnya dan kemudian suruh kami makan! Kami hanya ingin tahu harganya sahaja! Kami tak mahu makan pisang pada waktu itu! Kemudian peniaga tadi mengambil setengah sikat pisang dan menimbangnya, kemudian memberitahu kami harganya 350NPR untuk 4 biji! Oh! Terlalu mahal harganya! Kemudian, peniaga tersebut bertanya kepada kami, berapa harga yang kami mahu? Eh! Begitu pula cara mereka berniaga! Itulah yang menyukarkan kami untuk membeli sesuatu kerana tidak ada penetapan harga pada setiap  barangan jualan! Belum pun sempat kami meminta harga yang dikehendaki, tiba-tiba peniaga buah tadi tergesa-gesa membawa basikalnya ke tempat lain. Rupanya sebuah kenderaan yang dinaiki penguatkuasa undang-undang tiba-tiba berhenti di situ dan memberi amaran kepada peniaga buah tadi agar tidak menjual di situ!












Perut mula terasa pedih! Waktu makan yang dijangkakan lebih awal akhirnya terbawa sehingga ke malam yang panjang! Kalau ikutkan hati memang dah tak mahu makan sebab sudah agak lewat, tapi bila memikirkan tidak banyak tempat untuk mencari makanan halal di sekitar hotel, eloklah ikut sahaja makan di sini.

 Kami menaiki anak tangga ke tingkat dua menuju ke China Lanzhou Muslim Restaurant.


 Tiba di sini, keadaan lengang! Sunyi sepi!
Rupa-rupanya tuan punya restoran sudah menutup pintu kedai!

 Kasihan melihat kami datang beramai-ramai kot, akhirnya kami dijemput masuk.

 Beginilah suasana di dalam restoran tersebut.

 Banyak pilihan menu yang ditawarkan.


Chinese tea kena buat sendiri. Ada air panas disediakan. Oleh kerana sudah tutup restoran, jadi kena terimalah air panas dalam termos sudah menjadi hangat ... hiks! Rendam teh pun tak kembang!


 Antara hidang sup yang rakan-rakan pesan pada malam itu. Sedap!

 Nasi daging.


 Nasi kerbau.

Kami hanya memesan menu yang ringkas seperti nasi lauk ayam, nasi lauk daging lembu, nasi lauk daging kerbau dan sup. Barangkali nasi yang dihidangkan kepada kami baru sahaja dimasak, jadi rasanya sangatlah sedap! Semua rasa sedap...barangkali lapar kot! Tapi memang serius, nasi kerbau yang Amie pesan itu memang sedap!


Alhamdulillah! Kenyang perut dapat hidangan panas! Ingatkan terus balik hotel! Rupanya menyinggah lagi....hiks!



 Sebahagian kedai ada yang sudah ditutup!




Begitu dan begini, kami bertiga bersama Nano dan Kam ambil keputusan untuk terus pulang ke hotel sementara rakan yang lain meneruskan aktiviti mereka. 
Jumpa esok pagi!

Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu

Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang

1 comments

  1. seronok baca perjalanan akak kt nepal...
    suka tgk tshirt, baju beg n semua yg dijual kt situ... semuanya nampak mcm nk beli je hehehhe
    tp buah kt sana mahal lah pulak ya...
    syg sbb tgk nepal ni negara yg dikenali di dunia, ptt pelancongan blh jd pendapatan utama negara tp negaranya agak menyedihkan...

    nsbla dpt jgk mkn ye kak... klu tak sian perut tu kene menahan lapar

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe