Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum

6:41 PTG

Sekembalinya kami dari Dhampus ke Pokhara, Encik Zain membawa kami ke Pokhara Hill untuk menikmati pemandangan indah dari situ. Sebenarnya sejak jatuh di Dhampus pada petang kami tiba di tea house, rasa kurang selesa di bahagian pinggul dan pinggang mula terasa . Untuk tidak menambahkan ketidakselesaan itu, Amie ambil keputusan untuk tidak mendaki tangga menuju ke tempat tinjau di Pokhara Hill.

Inilah antara salah satu gambar pemandangan yang diraam oleh rakan-rakan yang sempat naik ke bukit tersebut.

Ini pula World Peace Pagoda (sebuah kuil Buddha yang terletak di puncak bukit tersebut.

Kami menghabiskan masa di kawasan ini sahaja sementara menunggu rakan-rakan yang lain mendaki bukit dengan meniti anak-anak tangga.

Gambar rakan-rakan yang mendaki bukit dan menikmati makan tengahari di situ.
Kemudian kami dibawa ke Mahadev Cave. Kami perlu menuruni anak-anak tangga berpusing yang curam, licin dan laluan gua yang sempit sehingga terhad hanya kepada seorang sahaja yang boleh melaluinya. Semakin jauh ke dalam, dengan keadaan yang gelap dan pengudaraan yang semakin berkurangan serta pengap dengan pelbagai aroma dari asap pemujaan berhala-berhala, Amie putuskan untuk naik semula ke atas. Biarlah rakan-rakan yang lain turun ke bawah. Sekembalinya mereka ke atas, tiada satu pun gambar yang sempurna dapat dirakamkan.

Di sepanjang laluan masuk ke Mahadev Cave terdapat banyak gerai menjual pelbagai jenis cenderamata.




Selepas keluar dari Mahadev Cave, kami menyambung lawatan ke International Mountain Museum pula. Agaknya apa yang dipamerkan di dalam muzium ini?




Antara ruangan pameran untuk tatapan pelawat termasuklah Hall of  Mountain People, Hall of Fame dan Hall of World Mountains. Memandangkan masa lawatan yang sangat terhad kerana kami tiba agak lewat, jadi hanya sempat melihat dan merakam gambar seadanya sahaja. Kami leka menyaksikan pelbagai pameran kerana tertarik dengan pelbagai info sehingga petugas muzium sudah memberi isyarat agar segera keluar meninggalkan tempat pameran!

Antara peralatan yang digunakan oleh masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan.




Pameran budaya merangkumi beberapa etnik utama yang tinggal di kawaan pergunungan Himalaya. Antaranya termasuklah etnik Gurung ( di bawah) yang telah kami lawati di Dhampus sehari sebelum kami melawat ke muzium ini.

Pakaian etnik Gurung.


Untuk melihat semua ruang pameran di sini, anda memerlukan masa selama beberapa jam (2 - 3 jam)  kerana setiap bahan pameran memberikan info yang sangat menarik (bagi yang berminat). Oleh kerana tidak dapat meneroka lebih lama dan tidak sempat membaca pelbagai info di ruang pameran, Amie cuba membuat ulangkaji tambahan bersama Pak Google.


Sumber: Google

Gambar atas dan gambar bawah ini ialah gambar Gunung Everest, puncak gunung tertinggi di dunia dengan ukuran 8,850 meter dari aras laut. Ketinggiannya sering berubah kerana akan bertambah menjadi lebih 2.4 meter setiap tahun. Rabung kemuncak gunung ini menandakan sempadan antara Nepal dengan Tibet. Gunung Everest mempunyai dua laluan memanjat, rabung tenggara dari Nepal dan rabung barat laut dari Tibet. Rabung tenggara dikatakan ebih mudahuntuk dilaluiPuncaknya dikenali dengan nama Sagarmatha oleh rakyat Nepal yang membawa maksud 'dahi langit' dalam bahasa Sanskrit. Orang Tibet pula menggelarnya dengan Chomolangma atau Qomolangma yang bermaksud 'ibu alam'. 


Banyak kisah suka, duka dan penuh misteri di sebalik kejayaan kejayaan atau kegagalan pendaki untuk menakluki puncak gunung yang megah bersemayam di Banjaran Himalaya ini. Kos untuk mendaki sahaja sudah mencecah USD65 ribu untuk seorang pendaki, dan itu belum termasuk kos latihan yang perlu dijalani di bawah seliaan jurulatih profesional! Di pertengahan, di puncak atau dalam perjalanan pulang dari mendaki, belum dapat menentukan nasib seseorang sama ada kembali dalam keadaan selamat dan sihat atau terus terkubur di puncak!
Dalam hal ini, memang rasa sangat kagum di atas semangat para pendaki yang selamat atau sebaliknya kerana kekentalan jiwa mereka, serta kekuatan fizikal mereka yang tiada tolok bandingnya. Memang ramai pendaki yang tewas di Zon Maut (kawasan pendakian yang tiada oksigen), namun beribu-ribu pendaki yang lain masih kembali dengan selamat. Biarpun begitu, ada yang mengalami masalah frost bite, anggota badan seperti jari kaki dan tangan menjadi mati, dan kemudian meninggal dunia. Ketika entri ini ditulis, info yang Amie perolehi dari  M STAR (21 Mac 2019) FMT NEWS (27 Mac 2019) menyatakan : Sehingga kini 300 pendaki dilaporkan meninggal dunia dalam usaha menawan puncak itu, sejak berpuluh tahun lalu. Mayat-mayat pendaki yang sudah lama tertimbus atau tertanam di bawah timbunan salji mulai timbul berikutan kejadian ais di Gunung Everest menjadi cair!
Takut pula bila baca cara kematian pendaki seperti kekurangan oksigen sehingga menyebabkan halusinasi dalam kalangan mereka. Kebanyakan mereka menemui ajal kerana ingin tidur sebentar atau berehat di tempat yang sangat kurang oksigen menyebabkan mereka terus berehat dan tidak bangun-bangun lagi!
Seorang pendaki hanya boleh menjaga dirinya sendiri, dan memang sangat sukar untuk membantu pendaki lain yang sedang berhadapan dengan masalah. Oleh kerana tenaga dan oksigen diperlukan untuk diri sendiri, mereka juga akan berhadapan dengan kematian sekiranya berusaha membantu pendaki yang lain!
Mengapa mayat pendaki dibiarkan, tidak dibawa turun dan tidak diurus pengkebumiannya?
Bukan mudah untuk mencari dan membawa pulang mayat-mayat tersebut!
Helikopter juga tidak sesuai digunakan untuk misi menyelamat di paras ketinggian seperti Gunung Everest memandangkan sering berlaku ribut dan angin kencang yang tidak diduga. Selain itu bukan semua lapangan bersalji sesuai untuk dijadikan tempat pendaratan helikopter!
Dengarnya, kebanyakan misi menyelamat walaupun tanpa menggunakan helikopter akan berakhir dengan kematian juga di tempat yang sama!
Tragisnya, ada mayat pendaki yang berjaya ditemui, namun ada juga yang hilang tanpa dikesan, barangkali terjatuh ke jurang dalam atau tersesat dari trek yang ditetapkan.
Biarpun terus berlaku tragedi kematian demi kematian, namun sejak 65 tahun dahulu, rekod pendakian menunjukkan puncak Everest berjaya ditawan lebih 8,300 kali!

Umum mengetahui Everest ialah puncak tertinggi di dunia, dengan kedudukan istimewanya di negara Nepal / China. Gunung kedua tertinggi dunia jatuh di negara Pakistan / China iaitu K2 di pergunungan Karakoram. Puncak gunung ketiga tertinggi di dunia pula ialah puncak Kangcenjunga juga letaknya di Nepal / India. Oleh kerana Banjaran Himalaya ini kedudukan di antara 5 buah negara, jadi adakalanya puncak gunung berkongsi sempadan negara sepeti Nepal dengan China (Tibet), Nepal dengan India dan sebagainya.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan puncak-puncak gunung tertinggi di Nepal.












Masih ingat tak lagi pendaki Malaysia pertama yang berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Everest? MAGENDRAN & MOHANDAS  telah menjulang slogan "Malaysia Boleh" pada 23 Mei 1997. 

Sumber: FMT NEWS

Boleh klik : DI SINI untuk lebih lanjut. Mereka telah melalui pelbagai ujian kecergasan di New Zealand, India dan Nepal sebelum meneruskan misi menawan puncak dunia itu. Kos sebanyak 4.5 juta digunakan membiayai 10 rakyat Malaysia yang terpilih, dan akhirnya dua anak muda ini, iaitu Magendran dan Mohandas berjaya menjadi manusia pertama dari Asia Tenggara yang menawan puncak dunia!

Paparan para pendaki dari seluruh dunia yang berjaya menawan puncak Everest.



Pendaki pertama ke puncak Annapurna, Maurice Herzog. 

Isi jari-jemari Maurice Herzog bercerai / berguguran kerana mengalami kebekuan / daging mati.


Ini Maurice Herzog Climbing Wall.

Ini antara kasut / peralatan yang digunakan semasa mendaki. Memang tak akan habis bercerita tentang kisah-kisah pendakian puncak-puncak gunung yang beribu jumlahnya di sepanjang Banjaran Himalaya ini! Jom kita beralih ke arah lain pula.



Siapa dia Pasang Lhami Sherpa?
Ketuk pintu Pak Google yeeerrkk!


Gambar apa ini?


Oleh kerana tidak sempat membaca, dan hanya sepintas lalu sempat menghalakan lensa kamera, Amie membuat rujukan dengan Pak Google!

Rupa-rupanya puncak-puncak gunung yang putih bersih menyapu awan tidaklah seindah yang kita saksikan dari jauh! Para pendaki yang tidak bertanggungjawab telah meninggalkan sampah dan kotoran dalam pendakian mereka!

Tabik dengan orang Jepun yang bersungguh-sungguh menyertai ekspedisi mengutip sampah! Rupa-rupanya segala tong gas oksigen dan yang lain-lain itu itu merupakan bahan buangan yang dibiarkan oleh para pendaki! Bayangkan, sudah beribu-ribu pendaki naik dan turun gunung, berapa banyak sampah yang mereka buang atau tinggalkan di sepanjang pendakian?



Malu eh...dengan orang Jepun yang pembersih!

Dengar ceritanya DI SINI, baru-baru ini Gunung Everest ditutup kepada pelancong gara-gara 300 tan sampah!
Dan berita terkini (12 April 2019) SINAR HARIAN bertajuk: Nepal lancar operasi bersihkan Gunung Everest.
menyebut bahawa kerajaan Nepal akan menghantar satu pasukan terdiri daripada 14 anggota ke kem pangkalan Gunung Everest mulai 25 April dengan misi untuk mengumpul 10,000 kilogram sampah. Akbar tersebut juga melaporkan bahawa pencairan glasier akibat pemanasan global menyebabkan timbunan sampah yang terkumpul itu serta mayat pendaki yang gagal sampai ke puncak gunung terbabit mula kelihatan.

Wokey!
Penat jugalah bersoal jawab dengan Pak Google untuk menyiapkan entri ini.
Marilah kita balik hotel!


Kesyaf tolong rakam gambar di pintu keluar muzium.



Petang itu, van yang kami naiki mengekor belakang lembu.

Nak buat cemana, dah memang pemandangan biasa di jalan raya.



Malam itu makan beef kebab di Lazeez Halal Food.

Seterusnya balik ke hotel,  beradu dengan penuh lena, mimpi naik helikopter melalui celah-celah puncak gunung di Banjaran Himalaya!

Entri berkaitan travelogue Nepal:

4 comments

  1. menariknya tengok gambar2 Amie!
    pergi dgn kawan-kawan pulak tu...seronok!

    part mimpi tu...kemain! haha

    BalasPadam
  2. Ujie,
    terima kasih.
    Angan-angan dulu hihiiiii mimpi naik heli kihkihkihhh!

    BalasPadam
  3. penerangan yang lengkap, best..hihih

    BalasPadam
  4. Den,
    terima kasih sudi datang sini.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe