Selamat Pagi Kathmandu!
3:42 PTG
25 Mac 2019.
Hari Isnin.
Terjaga pukul 4 pagi apabila terdengar bunyi alarm dari telefon Kam.
Terdengar Kam menutup pintu bilik air.
Oh! Masih awal! Tarik selimut.
4:30 pagi.
Bunyi alarm dari telefon sendiri!
Bingkas bangun, kerana pada pukul 6:30 pagi perlu berada di bawah, bersedia dengan beg. Bersarapan pagi dan akan meneruskan perjalanan ke Pokhara.
Selesai mandi, 4.44 pagi masuk waktu Subuh.
Tidak lama kemudian bunyi alarm dari telefon Nano pula berbunyi tepat pukul 5 pagi.
Nano.... wei! Bangun mandi!
Sempat mengelamun seketika sementara menunggu Nano bersiap.
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah. Semua telah selamat berada di Kathmandu, menghirup udara pagi yang dingin. Terima kasih Warite kerana mencetuskan rancangan untuk ke Nepal. Terima kasih Misa kerana meneruskan rancangan dalam kumpulan yang lebih besar, disertai rakan-rakan yang memang kaki jalan. Terima kasih Encik Anuar, Encik Zain dan Emma dari NEW HORIZON EXPLORER kerana menguruskan tempat tinggal, pengangkutan, makanan dan tempat lawatan sepanjang kami berada di Nepal.
Terima kasih Encik Suami, kerana mengizinkan kaki ini melangkah lagi. Terima kasih Fuad kerana sanggup belikan Mommy DSLR baru biarpun tidak sama kualiti dengan DSLR yang dicuri pencuri tempohari, yang bertahun-tahun dibawa ke sana ke mari ketika travel. Terima kasih kawan-kawan yang sanggup menerima diri ini seadanya sepanjang kembara kita di bumi Nepal ini.
Pagi nan dingin ini, kami dihidangkan dengan teh masala.
Tumpang sarapan kek pisang, brownies cake, dan cheese tart yang dibawa oleh Leeza. Sedap sungguh semuanya terutama kek pisang yang memang menjadi kegemaran Amie. Tak terkira entah berapa keping masuk mulut....hiks! Lepas ini bolehlah buat tempahan secara online di FB SITI NORLIZA BAHARI ( LEEZA HOMEBAKERY).
Sarapan yang disediakan oleh pihak hotel termasuklah roti, omelet dan kentang masala.
Kami memilih untuk bersarapan di ruangan terbuka.
Kek pisang berangan yang sangat sedap!
Kredit : Gambar Group
Semua kelihatan ceria dan berseri-seri. Maklumlah sudah cukup rehat dan tidur lena dan mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya.
Pukul 7 lebih sedikit, kami sudah bersedia untuk meninggalkan Hotel Encounter.
Menurut Saligram, kami perlu berjalan lebih kurang sepuluh minit untuk menaiki bas menuju ke Pokhara.
Maka kami pun bersiap sedia mengheret beg masing-masing meredah jalan agak berbukit, melalui jalan berlobak dan berdebu selama lebih kurang 15 minit. Kaki Saligram panjang, jadi langkahnya lebih pantas berbanding kaki kamiyang mempunyai ketinggian yang berbeza dan sememangnya kebanyakannya rendah! Saligram redah sahaja jalan yang berlopak dan lecak dengan menyeret beg, sedangkan kami sentiasa berhati-hati tidak mahu roda beg rosak di atas jalan yang memang sedia rosak! Tercungap-cungaplah juga kami dengan beg besar dan mulut serta hidung bertutup masker untuk menghalang habuk dan debu jalanan. Walaupun di pagi hari yang dingin, namun tetap berhabuk!
Mari Misa.
Tinggalkan dulu Hotel Encaounter. Nanti kita akan bermalam di sini lagi sekembalinya dari Pokhara. Pagi ini kita belajar tentang kedudukan negara Nepal yang terkurung di bahagian Asia Selatan, dan terletak di pergunungan Himalaya serta bersempadan dengan Tibet (Daerah Otonomi Tibet) di sebelah utaranya. Manakala negara India pula terletak di bahagian barat, timur dan selatan Nepal.
Sekarang kita berada di Kathmandu, ibu kota Nepal yang mempunyai penduduk melebihi 3.2 juta. Kathmandu terletak di Lembah Kathmandu berhampiran Sungai Vishnumati.
Ini ialah bendera Nepal. Nampak pelik tetapi unik bukan? Bentuknya segitiga dan ada sesiku.
Yeaaahhh....!!!
Mana dia bas yang akan membawa kami ke Pokhara?
Entri berkaitan travelogue Nepal:
2 comments
Agaknya jalan tidak bertar menjadikan persekitaran berabuk ke. Kesiannya.
BalasPadamJalan bertar, tapi tak tahu dari mana habuk datang. Kering di sana sini.
BalasPadam