Sepetang di Thamel Street
11:24 PTG
Selepas mengisi perut di Al-Madina Halal Food, kami meneruskan perjalanan dengan menyusuri lorong berdebu untuk membeli SIM KAD NEPAL. Sebelum ini kami dinasihatkan agar tidak membelinya di airport memandangkan harganya jauh lebih tinggi berbanding di luar. Di setiap hotel ada disediakan WIFI, hanya di camp site sahaja tiada perkhidmatan tersebut.
Untuk tiba ke tempat jual sim kad itu, sempat jugalah tangkap beberapa keping gambar di Thamel Road.
Memandangkan kami akan ke sini lagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur, jadi tidaklah banyak membeli oleh-oleh. Sekadar melihat-lihat sahaja.
Terpaksalah ikut peraturan untuk mendapatkan sim kad di sini. Proses pembeliannya juga memakan masa. Tak ingat berapa lama, tetapi dari cerah di petang hari membawa hilangnya matahari, menjelang malam barulah siap. Itu pun ada di antara kami yang tidak membeli sim kad disebabkan malas untuk menunggu. Ada borang permohonan yang perlu diisi, selain menyerahkan salinan passport dan sekeping gambar ukuran passport. Harga sim kad ialah 700 rupee atau RM24.
Sementara menunggu rakan-rakan menyelesaikan urusan mereka membeli sim kad, tangan pun gatal menembak mana yang patut di sekitar kawasan ini. Tak berani pergi jauh, jauh terpisah dari kumpulan.
Sesekali menjenguk ke dalam kedai, melihat perkembangan terkini, berapa orang yang sudah berjaya mendapatkan sim kad masing-masing!
Ada satu lorong kecil yang menghubungkan simpan jalan dengan jalan besar menjadi perhatian Amie, dan letaknya bersebelahan dengan kedai sim kad. Penjual sayur wanita yang sedari tadi duduk di sebelah kanan pun kelihatan cuba mencari keselesaan dengan duduk di atas motosikal.
Ada ketikanya lorong ini menjadi sesak dengan penunggang motosikal dan pejalanan kaki keluar dan masuk, berulang-alik dari arah luar ke dalam, atau dari jalan kecil keluar ke jalan besar.
Tidak terkecuali penunggang basikal! Masing-masing melalui lorong kecil ini dengan cermat, tidak terjatuh atau berlanggaran di antara satu sama lain dari arah yang bertentangan.
Walaupun sering berpapasan dari arah yang bertentangan, tetapi mereka seolah-olah memahami keperluan masing-masing agar tidak berlaku sebarang kemalangan.
Huuurrrmmm... entah berapa lama menunggu, hari yang cerah pun bertukar menjadi gelap.
Kawan-kawan masih lagi berurusan di kedai sim kad.
Kaki pun mula berganjak sedikit demi sedikit keluar ke jalan besar.
Dapatlah melihat pemandangan yang berbeza sedikit.
Lorong sempit ini menjadi laluan pelbagai kenderaan seperi kereta, lori, motosikal dan juga beca roda tiga.
Sempat masuk ke sebuah dua kedai, dan ada yang mula membeli oleh-oleh seperti fridge magnet dan key chain.
Aduuusss... termasuk dalam kedai Nepal Knives pulak...huhuuuuu! Rasa takut pun ada! Pisau ini lebih dikenali dengan nama khukuri.
Pemegang khukuri ini biasanya diperbuat daripada tanduk kerbau dan kayu, manakala sarungnya pula diperbuat daripada kulit kerbau.
Oh!
Sebelum kaki melangkah keluar, terpandang kata-kata ini : Better to die than live a coward. Huh!!!!... Lebih baik mati daripada hidup sebagai pengecut!
Lari......!!!!
Mana Pak Google?
Apa yang sudah saya lihat ini?
Pernah dengar 'Gurkha' tapi bila melihat khukuri Gurkha knife jadi kecut perut pulak!
Kata Pak Google, Gurkha adalah sekumpulan tentera dari Nepali yang terlatih dalam bidang perperangan dan menpunyai keberanian yang sungguh luar biasa sehingga mereka menjadi terkenal untuknya. Mereka kebanyakkan melibatkan diri dengan pelbagai tentera negara asing seperti British, India, Singapura, Brunei di kawasan pertempuran.
Sekian, cerita di kala senja di sebuah lorong kecil Thamel Road.
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
2 comments
susah jgk yek nk membeli sim kad kt situ ye kak... aduhai
BalasPadamtp kan geram nengok batu2 permata kt situ... lawo2 n mcm2 bentuk
tentera gurkha mmg terkenal kan...
Norhidana,
BalasPadamtu laaa... baik tak payah beli hihiiii.