Al-Madina Halal Foods
9:23 PTG
Hari pertama kami berada di Kathmandu, belum berpeluang menikmati masakan tempatan. Bagaimanapun kami dapat menikmati hidangan India dan Arab di sebuah restoran halal di Opposite Dolphin Guest House Behind, Thamel Masjid, Gaa Hiti Rd, 44600, Nepal. Untuk sampai ke restoran ini, kami hanya berjalan kaki sahaja dari hotel.
Banyak pilihan hidangan yang boleh dinikmati. Masakan di masak di dapur yang berasingan dengan restoran (terletak di bangunan lain berhadapan dengan restoran).
Antara menu yang ditawarkan.
Jejak dan tinggalan kenangan dari para pengunjung restoran.
Nano buka 'puasa' dengan air mangga.
Seronok melihat pelbagai menu yang dipesan kawan-kawan. Hidangan di atas ialah butter naan, ayam masak kari dan buff (buffaloo) kima (keema / kheema). Haaa... dapat merasa daging kerbau cincang di sini!
Buff kima dan kari ayam ini boleh dimakan bersama roti naan dan juga nasi putih.
Ini pula aloo ghobi masala, sejenis masakan popular masyarakat India yang terdiri daripada kentang dan kubis bunga, dimasak bersama bawang, tomato dan rempah. Di bawah ini ialah dhal masala, boleh dimakan bersama roti naan dan sebagainya.
Nampaknya pelbagai menu yang dipesan termasuk ayam goreng, dan boleh dimakan bersama nasi putih dan juga roti.
Meriahkan?
Kami memesan menu Chicken Biryani dan Lamb Biryani.
Nano kongsi dengan Kam, sebab portion besar dan takut tak habis makan seorang.
Kita nak rasa Lamb Biryani.
Minta maaf bagi yang tak minat dengan lamb ye!
Kita makan sendiri jew... Jom kita selak timbunan nasi ini.
Bismillah.
Rasanya?
Sedap!
Alhamdulillah.
Entri berkaitan travelogue Nepal:
2 comments
wah macam2 hidangannya. yummy
BalasPadamberiyani dia rasa macam kat malaysia ke rasa lain sikit. mesti rempah dia lagi umph kut
Notie,
BalasPadamnasi beryani kat sini sedap, tak rasa berempah sangat, nampak ringkas sahaja bahan yang digunakan