ADSENSE

Ahad, 14 April 2019

Selamat Tinggal Pokhara

29 Mac 2019, bersamaan pagi Jumaat kami akan meninggalkan Pokhara. Pada malam sebelumnya kami sempat jalan-jalan lagi di sekitar penginapan untuk mencari sesuatu yang belum ditemui...hiks! Apalagi kalau bukan memborong lagi kasut dan baju sejuk serta seluar! Sempat beli lukisan, fridge magnet dan juga pashmina.
Kata Pak Google, pashmina ialah sejenis wol kashmir dan pertama kali ditenun di India. Wol yang digunakan berasal dari changthangi atau kambing Pashmina. Kambing Pashmina berasal dari dataran tinggi Himalaya di India, Nepal dan Pakistan. Helaian Pashmina dibuat dengan cara pemintalan tangan, ditenun dan disulam di Nepal dan Kashmir.
Sepanjang kami berada di Kathmandu dan Pokhara, memang mata tidak terlepas dari melihat gantungan Pashmina yang melambai-lambai!
Warnanya pula pelbagai, dari yang lembut pastel sehinggalah yang terang benderang!
Sayangnya tidak ada tanda harga pada setiap barangan yang dijual di sini. Terpaksalah pandai-pandai menawar harga jika kita sudah terpikat dengannya! Harga yang ditawarkan sebenarnya 3 hingga empat kali ganda lebih tinggi berbanding harga untuk penduduk tempatan!

Jangan lepaskan peluang beli sehelai dua Pashmina di sini sebagai oleh-oleh. Harga yang ditawarkan mengikut kualiti kain yang dihasilkan. Memang sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang!

Google : Kambing-kambing Pashmina.


Oleh kerana coraknya pun cantik-cantik terutama yang bersulam, barangkali cantik juga kalau dijadikan alas meja yang bertutup dengan kaca. Itu idea kami...hiks! Sebab suka sangat tengok corak, dan beli tak cukup 3 helai! Masing-masing memborong segala warna kegemaran!


Memang tak menyesal membelinya! Cuma yang Amie kesalkan sebab teragak-agak untuk membeli baju... bahan baju tersebut rupa guni, dan warnanya pun macam warna guni! Tak jadi beli sebab teragak-agak! Tapi bila dikenang semula, menyesal pula tak beli sebab tak pernah jumpa pun di tempat lain! Haaa... lain kali kalau hati dah berkenan, rembat sahajalah walaupun macam guni ke, rupa karung ke!

Malam itu kami melihat persembahan kebudayaan di Boomerang Restaurant. Ruang makan dipenuhi oleh para pelancong dari pelbagai negara. Selesai acara persembahan tarian, para penari pengajak para pelancong menari bersama di atas pentas.

Pelbagai tarian kebudayaan dipersembahkan terutama dari etnik Gurung. Lihat aksesori yang tergantung di atas pentas. Semuanya memperlihatkan ciri-ciri kedesaan dan cara hidup mereka seperti bakul, buah-buahan dan sebagainya. Aksesori dalam tarian di atas menggunakan pisau / parang sebagai alat pertanian / kegiatan harian.

Pagi yang dinantikan telah pun tiba!
Rindu untuk balik kampung halaman sudah mula terasa!
Kami tinggalkan Pokhara pada pukul 8 pagi untuk menempuh perjalanan ke Kathmandu. Doa kami sepanjang jalan agar semuanya selamat sampai dan tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.


Antara pemandangan di sepanjang jalan yang sempat dirakam dari jendela bas.
Nampaknya bukan sahaja batu atau tayar yang diletakkan di atas bumbung, rupanya kayu pun mereka letakkan di situ. Mungkin kayu yang basah akibat hujan, dan diletakkan di atas bumbung untuk dikeringkan.


Kami singgah di tiga perhentian selama setengah jam. Walaupun ada ketikanya duduk sahaja dalam bas, masih boleh melihat orang ramai yang keluar bas singgah di gerai beli pisang dan beli timun yang sudah dibelah-belah panjang. Paling laris sudah tentulah buah pisang! Mereka khususnya pelancong makan sebiji dua sahaja! Pertama kali juga melihat orang makan timun begitu sahaja! Sempat beli anggur untuk dijadikan kudap-kudapan sepanjang jalan dan sempat pula makan tengahari di Blue Heaven Restaurant, 80 km sebelum sampai ke Kathmandu.
Makan di sini gunakan kupon, bayar 400NPR dan boleh ambil seberapa banyak yang kita mahu. Ada dua tempat makanan dan dua menu disediakan, vegetarian dan bukan vegetarian.


 Teruskan perjalanan menuju Kathmandu.

 Seperti sebelum ini, semakin mendekati Kathmandu pemandangan menjadi semakin kabur disebabkan debu dan segala macam habuk di sana sini.

 Marilah keluarkan penutup hidung dan mulut!



Pendawaian elektrik yang kurang sempurna!

 
Beginilah keadaannya di mana-mana, yang kadang-kadang kecut juga perut bila mendongak melihat tiang elektrik!

Pemandangan biasa sama ada di Pokhara atau di Kahtmandu, peniaga buah kecil-kecilan dengan buah-buahan seperti pisang, anggur dan epal di dalam bakul besar di belakang basikal.


Teringat sewaktu berada di Pokhara, peniaga buah mengelap buah limau untuk membersihkan debu.

Penjual jagung bakar di tepi jalan. Senang saja mereka berniaga, hanya kupas kulit jagung dan bakar jagung sampai kehitam-hitaman. Terfikir juga di dalam hati, kenapa tidak bakar dengan kulitnya sekali, bukankah isinya cantik dan tidak hangus.... hehehee!


 Kesesakan lalu lintas yang sukar untuk digambarkan, dan malas dah nak ambil gambar hihihiii!

Apa benda dalam karung putih ini? Setelah beberapa kali terserempak dengan benda begini, akhirnya terjawab persoalan apabila terlihat di Kahtmandu, rupanya isi dalam karung ialah tuala-tuala dan cadar hotel yang siap didobi.

Okeylah.... seharian di dalam bas memang meletihkan!
Pukul 8 bertolak dari Pokhara, akhirnya tiba di Kathmandu pada pukul 5 petang!
Sama saja tempoh perjalanan sebagaimana dari Kahtmandu ke Pokhara tempohari iaitu 9 jam perjalanan.

Malam itu sekali lagi kami menginap di Hotel Encounter Nepal.
Mendaki anak tangga untuk sampai ke tingkat 8, bilik yang sama seperti sebelumnya.

Entri berkaitan travelogue Nepal:

3 ulasan:

norhidana berkata...

naik tangga sampai ke tingkat 8 kak? huh mencabarnya hotel tuh mmg takde lif ke?

mencabar betul dana tgk perjalanan akak, klu dana... awal2 dana surrender kak
tak berani mencuba ke tempat yg sgt asing nih...
tp kan geram nengok buah2 mereka yg segar tuh...

Ujie Othman berkata...

berapa anggaran harga pashmina tu kalau dalam RM?

9 jam dalam bas...adudu..haha
menapak ke tingkat 8..hebat!

Amie berkata...

Norhidana,
di sini hotel 3 bintang memang tak ada lift,
mula-mula sampai memang terkejut, tapi nak buat cemana.
Memang sangat mencabar perjalanan kami kali ini, tapi rasanya inilah kali pertama seperti pengembara hihihiii...

Ujie,
bergantung kepada kualiti, byk jenisnya,
sebenarnya susah nak tahu harga sebenar sebab tidak ada tanda harga, jadi pandai-pandailah menawar,
matawang kita ada yang harga RM30, RM40 dan seterusnya, makin cantik dan kain berkualiti makin mahal.