Menjawab Pertanyaan Tentang Chef on Call dan Park & Go

3:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Amie cuba jawab pertanyaan rakan-rakan blogger tentang Chef on Call yang Amie kongsikan dalam entri: LAIN YANG DIRANCANG, LAIN KEJADIANNYA.

Untuk cerita Chef on Call bolehlah klik di sini: HIDANGAN DI ATAS AWAN. Perkhidmatan Chef on Call  dalam Malaysia Airlines ada empat kategori:

  • Chef on Call Kelas Perniagaan
  • Chef on Call Ekonomi
  • Special Dietary Meal
  • Meal Upgrade
Kami membeli tiket kelas ekonomi. Jadi, kami diberi pilihan membuat pra-pesan hidangan dalam penerbangan mengikut kelas kami. Kalau kami membeli tiket kelas perniagaan, tentulah hidangannya berbeza sedikit dari kelas ekonomi. Pra pesanan dalam talian boleh dilakukan pada bila-bila masa samada sewaktu membeli tiket, atau tempoh 30 hari hingga 24 jam sebelum berlepas.

Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah klik-klik : HIDANGAN DI ATAS AWAN.

Chef on Call Economy



Inilah makanan yang kami pesan. Ada tiga jenis pilihan untuk kelas ekonomi iaitu:

  • Fish Curry Kandar
  • Chicken Kurma with Nasi Minyak
  • Classic Beef Lasagna
Kalau tak buat pra-pesanan, kita tak dapat pilihan makanan tersebut dan hanya dapat apa yang dihidangkan semasa dalam penerbangan sahaja.

Begitulah ceritanya tentang Chef on Call Malaysia Airlines.

Kita cerita tentang Parg & Go pula.
Park & Go merupakan tempat letak kereta berbayar. Kami baru pertama kali menggunakan khidmat Park & Go yang terletak di Jalan Apas, tidak jauh dari Lapangan Terbang Tawau. Sebelum ini, sekiranya kami hendak terbang dari Tawau Airport ke mana-mana destinasi, Encik Suami meletakkan kereta di tempat letak kereta Lapangan Terbang Tawau dengan bayaran RM20 untuk sehari semalam. Kebetulan pula beberapa hari sebelum kami bertolak ke Tawau, anak buah berpesan kepada Encik Suami supaya simpan kereta di Park & Go kerana bayaran di sini jauh lebih murah.


Kami hanya dikenakan sebanyak RM45.00 untuk letak kereta selama 9 hari bermula dari 27 Mei sehingga 5 Jun 2023. Kami juga dikehendaki memberikan tarikh dan waktu serta nombor penerbangan pulang semula ke Tawau. Ini untuk memudahkan mereka menunggu di lapangan terbang untuk membawa kami ke tempat letak kereta semula.


Setakat ini apa yang Amie baca dalam FB, perkhidmatan Park & Go sangat memuaskan dan mesra pelanggan.


Perjalanan dari Park & Go hanya memakan masa di antara 5 hingga 6 minit ke Lapangan Terbang Tawau. Penerbangan kami dari KLIA ke Tawau  pula lewat hampir satu jam. Namun begitu, walaupun dijadualkan tiba pada pukul 6 petang, kaki tangan Park & Go tetap menunggu kami mendarat biarpun sudah melewati pukul 7 malam. Dari Lapangan Terbang Tawau kami dibawa semula ke Park & Go bersama beg kami. Kali ini kami menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ada dua pilihan, samada kami letakkan kunci kereta di Park & Go, atau bawa bersama. Encik Suami bawa kunci ke Malaya.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Lahad Datu.

Jika  ada keperluan untuk simpan kereta di sini, Amie kongsikan maklumat Park & Go supaya mudah dihubungi:

Park & Go.
Airport Parking Services
Mile 15, Jalan Apas,
District of Tawau, Sabah.
Email : parkandgo2019@gmail.com
Tel: 01110718862

14 comments

  1. Oh.. rupanya park & go ni di tawau.. ingatkan di kk... maksu & paksu sy stay di tawau kak.. hehehe... x jd lah story² kat dia pasal ni... hihihi

    BalasPadam
  2. x tau pun ada service mcm ni kan.. dulu main makan apa yg diorg beri jer...

    BalasPadam
  3. Oh, begitu. Cukup lengkap info yang Kak Amie kongsikan. Dari yang tak tahu jadi tahu, dari tahu sedikit, bertambah pengetahuannya.

    BalasPadam
  4. Dah lama tak naik kapal terbang. Macam-macam sekarang dah upgrade..

    BalasPadam
  5. Oh..FOC je pesanan makanan tu, tak perlu bayaran tambahan.

    Murah sungguh servis Park & Go tu kak. Siap hantar ambil di airport.

    BalasPadam
  6. Bagus ada servis pre-order food dlm flight MAS..kekdg x dpt food yg kita nak sbb dah habis esp yg duduk seat blkg..huhu..

    BalasPadam
  7. Murah banget tu rate Park & Go tu...
    Taktau la kat KLIA 1& 2 ada ke tak..Kalau ada bagus ni

    BalasPadam
  8. Tq share info tentang Chef On Call.
    Murah park di Park & Go tu.. siap ada service penghantaran.

    BalasPadam
  9. Ohh macam tu. Untung juga order awal dan tanpa charge. Bagus juga ada perkhidmatan letak kereta yang lebih murah. Terima kasih share info Kak Amie.

    BalasPadam
  10. bagus service nya ye kak... kita pun rasa kereta kita terjaga dan keselamatan terjamin

    BalasPadam
  11. ooo foc je.. memang best laa kalau mcm tu...
    jauh juga ya akk naik flight smpi ke tawau tu... bagus ada servis mcm ni. kita pun rs selamat je

    BalasPadam
  12. baru tahu ttg Chef on Call Malaysia Airlines ni tq kak for sharing

    BalasPadam
  13. SA selalu booked ticket dan makanan boss guna Chef On Call ni...mudah dan memudahkan ..boss cakap makanan pun sedap..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe