Sarapan di Canning Dim Sum Ipoh
10:04 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tahun lepas Abang Farid hendak belanja kami makan di Canning Dim Sum, Ipoh tetapi tidak ada rezekinya. Kali pertama datang, tempat makan penuh sesak dan jika mahu kami diminta menunggu setengah jam tetapi tidak dijanjikan makanan masih ada! Kali kedua hendak datang, tutup pula tempatnya. Bagaimanapun, untuk tidak hampakan kami Abang Farid bawa kami makan dim sum di GREENTOWN DIMSUM CAFE IPOH.
Kali ini rezeki tidak salah alamat kerana kami bermalam di alamat yang betul.... ahaks! Abang Farid memilih penginapan di Tambun Inn Hotel kerana katanya tidak jauh dari Taman Canning, tempat makan dim sum seperti yang pernah dijanjikan! Bolehlah kami sarapan di sini sebelum bertolak balik ke Selangor.
Lebih kurang pukul 7:30 pagi, kami sudah berada di pintu masuk Canning Dim Sum. kami sangka, kamilah pelanggan terawal, rupanya tempat duduk sudah banyak yang penuh. Alhamdulillah, kami tidak perlu menunggu tempat duduk kerana ada sebuah meja kosong untuk kami berlima.
Apa itu dim sum?
Dim sum ialah sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan dan biasanya disajikan bersama teh Cina. Dim sum disediakan dalam bentuk atau saiz kecil dan mengandungi bahan seperti daging, ayam, udang, sayur-sayuran dan seumpamanya. Ada dua jenis dim sum iaitu dim sum goreng dan dim sum kukus. Banyaklah jenis dan nama dim sum mengikut bahan yang digunakan seperti siew mai atau shumai, wantan, pau dan sebagainya.
Dim sum ialah sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan dan biasanya disajikan bersama teh Cina. Dim sum disediakan dalam bentuk atau saiz kecil dan mengandungi bahan seperti daging, ayam, udang, sayur-sayuran dan seumpamanya. Ada dua jenis dim sum iaitu dim sum goreng dan dim sum kukus. Banyaklah jenis dan nama dim sum mengikut bahan yang digunakan seperti siew mai atau shumai, wantan, pau dan sebagainya.
Siew Mai pelbagai jenis. |
Abang Farid memesan chinese tea panas. |
Air panas boleh ditambah ke dalam teko dari semasa ke semasa. |
Bersarapan di Canning Dim Sum memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan! Apa tidaknya. Para pelayan bergerak pantas melayani para pelanggan. Sebaik sahaja minuman di bawa ke meja, pelayan yang lain datang membawa dulang dipenuhi pelbagai jenis dim sum. Pelanggan hanya perlu memilih dim sum yang disukai. Kemudian pelayan akan mencatat di atas kertas menu yang tersedia di atas meja.
Melihat pelayan yang berulang-alik mendekati meja kami dengan membawa pelbagai dim sum sudah tentu tak senang hati kalau tidak mencapainya bawa ke meja! Sudahlah semuanya kecil comel! Jadi, ambil sahajalah mana yang berkenan di hati.
Kalau boleh hendak merasa banyak jenis menu! Jadi, eloklah ambil sedikit demi sedikit supaya tidak terus berasa kenyang kerana di sini terdapat lebih 50 jenis dim sum yang disajikan!
Bismillah. |
Ruang meja kembali lapang setelah pelayan mengangkat bekas pengukus dim sum yang telah kosong. Datang pula pelayan lain membawa dulang berisi dim sum jenis lain pula. Ambil sajalah mana-mana jenis yang belum dijamah.
Pada masa yang sama para pelanggan boleh memesan makanan dan minuman lain selain dim sum. Kami memesan air mineral dan kopi ais yang sangat sedap! Kalau datang ke sini, jangan lupa cuba ais kopinya ya! Harganya pun tidak mencekik leher, hanya RM5.00 sahaja.
Inilah antara beberapa jenis dim sum pelbagai rasa yang kami nikmati.
Four Season Blessing |
Abang Farid cadangkan supaya kami mencuba Four Season Blessing yang dikatakan mewakili empat musim : winter, autumn, spring dan summer. Istimewanya bahan pewarna yang digunakan terdiri daripada bahan semula jadi seperti red pepper, green spinach, white cabbage dan blue butterfly pea flower. Dan keempat-empat jenis dim sum ini mempunyai rasa yang berbeza.
Tak sabar hendak jamah Four Season Blessing ini! |
Beancurd Skin Prawn |
Makanan lain yang kami pesan dari dapur Canning Dim Sum termasuklah bubur nasi dan lain-lain seperti di bawah ini.
Bubur Ayam |
Steamed Glutinous Rice |
Tak ingat apa namanya! |
Sotong Ball |
Kami meninggalkan Canning Dim Sum pada pukul 8:30 pagi.
Harap-harapnya kalau datang ke Ipoh pada masa yang lain, bolehlah singgah lagi di Canning Dim Sum. Banyak lagi menu dim sum lain yang sedap-sedap ingin dicuba!
16 comments
Wahhh.. pagi sungguh sampainya tu Kak Amie. Sy suka Fried Radish Cake di sini, sedap sangat.
BalasPadamMemang sedap FRC tu SA. Perut dah kenyang tapi nak order juga!
PadamNampak sedap semua pilihannya tu kak, harga pun kira murah la sebab untuk makan 5 orang dan ambil banyak jenis dimsum dan makanan lain.
BalasPadamBetul Dana.
PadamHarganya kira okey, tak cekik leher heheheee.
tmpt ni adik ada ajk pegi juga..tk smp lg...rmi juga tgk kwn2 dh smp....mmg rmi yg suggest kopi ais tu
BalasPadamKopi aisnya memang sedap, kaw-kaw!
Padammenarik betul dim sum nya...ada yg pertama kali nampak....
BalasPadamAda pelbagai jenis, tapi yang ini pun dah tak muat perut. Lain kali kena datang lagi, cuba yang lain pula.
PadamSaya suka fried raddish cake tu!
BalasPadamSedap kan Faizah.
PadamSedapnya dim sum..alaaa...terus teringin..nak makan dim sum kat Dolly Dim Sum NuSentral ni asyik penuh je
BalasPadamBanyak peminat dim sum kan SA.
Padammurahnyaaaaa kopi ais dia!!!!
BalasPadammasuk resto dim sum ni mcm ada 1 perangai pelik. kalau boleh nk try semua kan kak? hahahaha
nampaknya sy kena trn ke ipoh lg ni. nk try dim sum.kat sini
Rindu pula nak datang sini lagi tau Anies... kalaulah dekat...hahahaha kalau!
Padamrm5 tu hrga apa? tringin nak try tpi ghisau hrga kyangan
BalasPadamRM5 tu harga kopi ais. Sedap. Harga biasa-biasa saja di sini. Taklah kayangan sangat.
Padam