Hari Ini Ais Kepal Milo, Kelmarin Ais Kacang Merah
8:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi, Firdaus mengadu perutnya lapar. Jadi adalah alasan untuk ajak Encik Suami mencari makan sebelum hantar Firdaus ke sekolah agama. Ada dua pilihan tempat makan yang terdekat dan tercepat iaitu Bee Bee Ice Restoran dan Happy Spoon Restaurant & Cafe. Kedua-duanya tidak berjauhan, sebaris bangunan yang sama dan selang dua pintu kedai saja. Ketika lalu di depan Happy Spoon Restaurant & Cafe, nampak kurang pelanggan. Jadi untuk jimatkan masa, kami masuk ke situ sahaja.
Ais Kepal Milo |
Firdaus tukang tulis makanan yang dipesan. |
Minuman wajib : Air suam. |
Ais Kepal Milo Nasi Ayam Balado Sweet Lemon & Peanut Chicken Rice Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari |
Firdaus : Sweet Lemon & Peanut Chicken Rice RM13.00 |
Firdaus memilih Sweet Lemon & Peanut Chicken Rice. Apabila terpandang Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari kita punya, dia minta tukar pula!
Encik Suami : Nasi Ayam Balado RM13.50 |
Ayamnya tersembunyi, ditutup dengan papadom. |
Amie : Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari RM16.00 |
Nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari ini dihidangkan bersama sambal tumis dan kuah kari serta acar timun dan lobak. Di atas nasi lemak ditabur dengan serondeng ikan.
Melihat air muka yang keruh, dan lelehan air mata Firdaus, kita pun sorong nasi Lemak Ayam Goreng XXL Kuah Kari ke hadapannya. Barangkali melihat Ayam Goreng XXL itu, dia teringat ayam gunting kegemarannya! Habis licin Firdaus makan nasi lemak, kecuali acar, ikan bilis dan kacang tanah goreng!
Red Bean Ice with Vanilla Ice Cream RM11.00 |
Amie : Chef Special Recipe Tom Yam Soup & Nasi Putih RM13.50. |
Sedaplah pula kuah tom yamnya. Walaupun pedas tapi tetap menyelerakan. Habis kita makan nasi dalam pinggan. Encik Suami bantu makan isi tom yam!
Encik Suami : Dried Butter Chicken Rice RM11:50 |
Penuh setimbun sarang telurnya! Apabila diselak, nampak banyak ayam sembunyi di dalamnya dan sedap pula.
Selesai makan nasi, kami berdua menyudu ais kacang merah pula. Nyaman bah! |
18 comments
Selamat menjamu selera
BalasPadamsedapnya milo kepal minum time panas2 ni Amie :)
BalasPadamSian Daus..nangis tgk ayam goreng XXL..mesti happy lepas makan..hihi..
BalasPadamSaya nak ais kacang merah & ayam goyeng...hihihi
BalasPadamMenyelerakan sungguh menu² pilihan. Pandai dah Firdaus tulis order ye. Sian pulak dia nak tukar menu sebab nampak ayam yang menyelerakan tu. Punyalah sedap sampai makan habis. Terpaling rare Red Bean Ice with Vanilla Ice Cream tu. Macam menarik je.
BalasPadamMommy terpaksa mengalah lah ya.. mana tahan tengok Daus yang muram tu!
BalasPadamMenu semua menyelerakan, harga pula affordable.
manala nk dpt tomyam sedap cmtu kt batam nih.. huhuhu
BalasPadamCuaca panas ni tengok ais kepal milo dan ais kacang merah tu terasa nikmatnya lalu di tekak
BalasPadamMakan ais kepal milo dalam cuaca panas memang nikmat. Nampaknya Firdaus tersilap pesanan bila tengok nasi lemak Kak Amie tu ye!
BalasPadamNampaknya Kak Amie dah bole jadi duta Happy Spoon 😁
BalasPadamwah ais kacang merah, saya jadi teringat kedai ah mei yang menyediakan ais kachang, sedap pula. Nasinya guna bunga telang kah kak Amie? nampak biru
BalasPadamSedapnya kak nasi lemak..saya baru pertama kali coba...ah Firdaus selalu mencatat menu pesanan..lucunya😘
BalasPadamwaduh sedap semua menu kak oi, lagi2 la ais tu, tgh musim panas ni kan nyaman dapat minum sejuk gitu
BalasPadamKepada owner Happy Spoon, mohon buka cawangan di Johor Bahru, pleaseeeee.
BalasPadamBanyaknya menu dia, semua nampak menarik. Nak satu juga, cawangan di Perak. :)
BalasPadammusim2 panas macam ni memang nikmat dapat minuman sejuk macam ni fuhhhh👍👍👍😀
BalasPadamais kepal milo sedap tu.. cantik gambar2 akak
BalasPadamTelan air liur SA tengok makanan dalam entry ni
BalasPadam