Tambun Inn Hotel - Tempat Penginapan 1 Bintang

2:03 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
2 Jun 2023, Jumaat petang kami daftar masuk Tambun Inn Hotel di:
91, Jalan Raja Dihilir,
Ipoh, Perak.

Abang Farid buat tempahan dua buah bilik di Booking.com : Standard Double Room (No Window) dengan harga RM208.00.

Sumber : Google

Encik Suami suka sangat dapat bermalam di sini sebab tempat letak keretanya luas. Setelah kami daftar masuk dan berehat dibilik, Abang Farid dan Aseeyah pula tiba dari Tronoh. 

Tambun Inn Hotel - Penginapan 1 Bintang

Selain air minuman dalam botol, ada jug kettle dan pengering rambut.

Ada penyangkut baju dan televisyen skrin rata.
Ruangan untuk solat memang agak sempit sedikit. Bilik ini tidak bertingkap.

Bilik air.


Standard double room tanpa tingkap yang ringkas ini sesuailah dengan harganya RM208 untuk dua buah bilik. Yang penting ada tempat untuk bersihkan diri, solat dan tidur. Esok paginya, kami daftar keluar awal sebab hendak teruskan perjalanan balik kampung.

Keesokan paginya, Firdaus sudah bersedia untuk tinggalkan Tambun Inn Hotel.



Encik Suami basah kuyup kerana awal pagi lagi terpaksa buka tayar kereta yang pancit!
Kali ini tidak puas hati sewa kereta kerana kesemua tayarnya botak dan tiga kali pancit! Kali pertama pancit di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Kali kedua pancit di Gua Musang ketika kami makan di Warong Muse dan ketiga, tayar pancit disedari ketika kami hendak keluar makan di Plan B. Tambah menyakitkan hati Encik Suami, kereta tidak dibekalkan dengan pembuka tayar. Terpaksalah Encik Suami beli pembuka tayar sewaktu di Gua Musang! Heh! Malas hendak cerita panjang. Sakit sangat hati apabila dikenang. Sebelum ini kami biasa sewa kereta dari syarikat XYZ di KLIA. Kali ini kereta di syarikat XYZ habis disewa, dan kami ambil dari syarikat lain pula.
Pengajaran untuk kami: Pastikan semua alat penyelenggara kereta lengkap disediakan sebelum bawa kereta keluar dari tempat kereta sewa.
Nantilah kalau rajin, Amie cerita tentang kereta sewa ini. Nak tulis sekarang, hati sedang marah, takut tulis sambil maki hamun yang bukan-bukan pula.


Suasana di pagi hari ketika meninggalkan Ipoh.


Bandar Ipoh memang banyak daya tarikan.
Harapnya sekiranya berpeluang datang ke sini lagi kami hendak meronda sampai puas.

Jumpa lagi!



16 comments

  1. SIAN AMIE DI DUGA DALAM PERJALANAN JAUH BANYAK2 BERSABAR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dugaan kecil Kak PI.
      Selama ini bertahun-tahun tidak ada masalah di jalan.
      Jadi, ambillah sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati.

      Padam
  2. berpandukan gambar... not bad juga tempatnya

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Pertama kali begini Wak.
      Sebelum ini ok saja.

      Padam
  4. Ya Allah.. kesiannya.. dugaan bercuti kali ini. Kena minta refund tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengajaran buat kami ini SK. Lain kali kena lebih berhati-hati.

      Padam
  5. Walaupun satu bintang, tapi bilik hotel nampak bersih dan cantik. Teringat pengalaman adik bawak mak menginap di hotel di Ipoh, katanya dah la sampai sana hotel paksa top up harga bilik, alasannya Agoda salah letak harga di website. Esok paginya jumpa pulak lipas di luar bilik. Harga bilik dalam RM100+ jugak tu tp tak berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, adakalanya kurang bernasib baik.
      Bab penginapan ini biasanya Abang Farid yang cari sebab dia rajin baca review.

      Padam
  6. sakit betul hati dapat kereta sewa yang mcm gitu, mcm tak diselenggara dengan betul... dugaan betul ye kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sakit hati Dana. Nanti hati dah sejuk, Kak Amie tulis entri pasal kereta sewa ini.

      Padam
  7. tak boleh ke mtk diskaun dpt kereta yg x dimaintain mcm tu? kami pernah dapat kereta sewa yg alignment lari dan lama x servis, owner hantar di airport masa tu... nasib baik owner ckp sementara je pakai utk balik ke homestay sementara kereta lain sampai besok paginya... dan bila sampai kami dpt kereta baru syukur sgt puas hati x jd nk membebel

    BalasPadam
  8. Walaupun 1 bintang masih selesa untuk berehat dan membersihkan diri.. Sesuai dengan harganya..
    Aduh!! Tak patut betul pemilik kereta sewa tu..

    BalasPadam
  9. Tapi kan..kalau macam tu kita boleh claim tak tayar tu dengan owner syarikat? bahaya la kalau tayar semua dah botak..bahaya pada pelanggan kan

    BalasPadam
  10. kena minta diskaun tu kak! apa laa bg org kereta x selenggara sebaiknya. ni dah mcm nk aniaya customer je. jgn asyik fikir untung je!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe