Jalan-Jalan Jumpa Otak-Otak, Pepes Ayam dan Satar di Bandar Puncak Alam

8:49 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita di Elvy Homestay Alam Sutera Puncak Alam.
Petang itu, kami berpecah dua. Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus tinggal di homestay. Encik Suami ke Bandar Puncak Alam untuk mencari tempat dobi pakaian. Amie dan Fuad patah balik ke kampung, hendak ambil Bonda. 

Sebelum belok ke kampung, kami singgah dahulu mencari makanan di Bandar Puncak Alam. Kami tidak mencari makanan berat seperti nasi, sebaliknya hanya beli makanan yang ringan-ringan sahaja. Beli itu sikit, beli ini sikit lama-lama jadi bukit! Kemudian kami terus ke kampung. Pujuk Bonda tidur bersama kami di Elvy Homestay Alam Sutera Puncak Alam.


Macam hendak berbuka puasa pula!

Bismillah.

Apa yang ada di atas meja termasuklah:
  • Otak-Otak
  • Pepes Ayam
  • Satar
  • Nasi Lemak
  • Pulut Ikan Masin
  • Bubur Som Som
  • Kuih Cara
  • Sate Ayam
  • Buah Ciku, Mangga, Jambu dan Nanas Potong


Kami beli dua bungkus nasi lemak. Mujurlah hanya beli dua bungkus sebab apabila hendak dimakan, isinya sudah basi! Mudah-mudahan Allah beri hidayah kepada peniaga nasi lemak ini supaya tidak menganiaya pembeli!


Alhamdulillah! Kami terjumpa peniaga otak-otak di hujung jalan! Rindunya hendak makan otak-otak. Teringat tahun lepas banyak makan otak-otak dan pepes ayam di Parit Raja sewaktu konvokesyen Fuad.


Bukan saja otak-otak, satar pun ada!
Beli juga tapi hanya 12 ketul. Beli banyak takut tak habis dimakan.


Peniaga tersebut murah hati sungguh. Dihulurkan kami pepes ayam untuk dirasa. Memang sedaplah! Kami pun beli juga pepes ayam. Tak ingat berapa ketul, tapi rasanya banyak jugalah sebab kesemuanya termasuk otak-otak dan satar hampir RM60.00.


Pepes Ayam

Satar


Nampak banyak makanan di atas meja. Kita beli bubur som som, pulut ikan masin dan buah ciku untuk Bonda. Lama tak makan bubur penuh nostalgia ini! Teringin hendak buat sendiri tapi tak terbuat juga!

Sate Ayam 

Pulut dengan Ikan Masin, Sambal & Telur Rebus

Kuih Cara Manis

Buah Jambu Air Madu & Nanas

Mangga & Ciku

Ubi Kayu Goreng Berempah.

Sewaktu ambil Bonda di kampung, sempat makan ubi kayu goreng berempah. Aduhai...sedap sungguh. Kawan anak buah yang goreng di dapur Bonda. Pada mulanya Amie sangka mereka sedang masak sambl tumis. Rupanya goreng ubi kayu. Amie minta resepinya dan beberapa hari lepas Amie buat sendiri untuk sarapan. Sebelum kami tinggalkan rumah bawa Bonda bersama, dibekalkan kami ubi goreng berempah bawa ke homestay!


Selepas makan dan mandi, Firdaus terus pengsan!


12 comments

  1. Semua makanan sedap-sedap.. Salam Aidiladha :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. mcm2 ada. sedap2 nampak tu

    BalasPadam
  3. Daus pengsan makan banyak ke pengsan tengok mommy makan banyak?? Hihi. Mesti seronok makan ramai-ramai. Ralat jugak dapat nasi lemak basi, mujur tak bnyak yg dibeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami beli nasi lemak waktu petang. Mungkin nasi lemak jualan dari pagi tu.

      Padam
  4. sedapnya cikuuuuu.... lama betul tak makan ciku. susah nak jumpa. mahal pula tu...

    basi??? ishhh... biar betul laa penjual ni... kot ya pun nak untung jgn laa smpi aniaya pembeli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu berlambak buah ciku, sekarang susah nak dapat kan Anies.
      Itulah, kenapalah nasi lemak basi dijual. Fikir punya fikir, terfikir pula mungkin nasi lemak dari pagi tu, sebab kami beli waktu petang.

      Padam
  5. mbul tertarik dengan kuih manis hijau yang imut itu kak amie...bentuknya menawan hati...dan sesuatu yang dibungkus daun pisang selalu menyelerakan hati mbul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mbul. Betul itu. Kuih yang dibungkus daun pisang memang ada aromanya yang tersendiri.

      Padam
  6. Penat betul Firdau..allahu sedapnya satar dan otak- otak, x pernah lagi SAa merasa pepes ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pepes ayam sedap tau SA.
      Lebih sedap dari otak-otak hihihiii.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe