Colek Malas & Pisang Jela

5:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum daftar masuk hotel, kami singgah di sebuah warung yang menjual goreng-gorengan. Terpikat pula melihat selonggok kuih bentuk ketulan besar bulat-bulat baru diangkat dari kuali. Kami pun duduklah di situ, memesan air kelapa muda. 

Sembang-sembang dengan salah  seorang yang berniaga di situ, tahulah sudah nama kuih bulat-bulat yang dipanggil Colek Malas. Colek Malas dipanggil juga dengan nama Colek Malah, Jemput Malas atau Jeput Malah. Sebiji berharga RM2.00. Oleh kerana saiznya besar Amie beli sebiji saja, dan setelah dipotong, Colek Malas ini dihidangkan dengan sos yang agak pedas tapi cukup rasa! Sedap.

Colek Malas

Sebiji Colek Malas yang sudah dipotong dengan Sos Pedas.

Beli juga keropok lekor RM2.00 dan pisang goreng RM2.00 untuk tiga keping.


Walaupun pisang goreng dijual dengan harga RM2.00 untuk tiga keping tetapi Amie minta campur. Maknanya Amie beli RM2.00 untuk tiga jenis pisang iaitu pisang kebatu, pisang kelat lego dan pisang jela. Amie tanya penjual, mana satu pisang yang sedap sebab baru pertama kali dengar nama pisang itu. Katanya, yang sedap pisang jela. 
Semasa tulis entri, kita pun rujuk Pak Google. Kata Pak Google, pisang kebatu itu pisang abu. Pisang kelat lego itu pisang awak dan pisang jela itu pisang jelai berangan.

Senarai Menu & Harga

Labu Goreng


Biasanya Firdaus pantang nampak sosej tapi kali ini tak mahu pula makan. Katanya masih kenyang makan ayam goreng cheese di kedai nasi ayam.


Tauhu & Karipap

Cendawan Enoki Goreng.

Ikan Goreng

Dalam Colek Malas ini ada kangkung dan ikan bilis.

5 comments

  1. hahha kak amie sama mcm sy kalau org tu jual goreng pisang dan keropok lekor mesti nak minta campur. sbb bila beli sejenis rs mcm byk je. kalau campur tu sekejapan je dah habis😁

    BalasPadam
  2. Pertama kali tengok labu goreng, bolehlah try lepas ni.
    Kreuk-kreuk gorengan tu menggoda lah.

    BalasPadam
  3. malas tu.. lazy ke.. atau gelaran lain. Yg pasti, ia sejenis jemput2 kan.. agaknya jemput2 mudah, tu disebut malas, cicah pulak dengan kuah colek, hehehe.

    BalasPadam
  4. no wonder pantai timur ni digelar syurga mknn... mknn mmg mcm² ada

    BalasPadam
  5. uish...macam- macam gorengan ada ha..skrg ni cendawan enoki pun orang buat goreng dan jual kan kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe