Lain Yang Dirancang, Lain Kejadiannya

6:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kawan-kawan kaki jalan membuat perancangan untuk konvoi ke Brunei dan melintas ke Sarawak pula. Setelah rancangan di atur, ada pula aral yang melintang dari salah sebuah keluarga peserta konvoi! Konvoi ke Brunei dan Sarawak terpaksa dibatalkan. Kami pun menerima dengan lapang dada walaupun rasa terkilan sedikit.

Entah mengapa, hati lebih melonjak-lonjak untuk balik kampung pula. Bonda, Abang Farid dan Fuad berkali-kali tanya: Bila hendak balik kampung. Anakanda Fairuz di Kota Kinabalu asyik menelefon, kalau-kalau kami akan bercuti di tempatnya.

Kita pun ambil keputusan: Balik kampung!

Sumber : Google


Tempat letak kereta Park & Go

Sabtu : 27 Mei 2023
Seawal pukul 5:45 pagi Encik Suami memandu kereta dari Lahad Datu ke Lapangan Terbang Tawau. Walapun penerbangan dijadualkan pada pukul 11:00 pagi, tetapi Encik Suami lebih suka datang awal untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini di pertengahan jalan. 

Firdaus dengan bantal busuknya!


Encik Suami menyimpan kereta di Park & Go untuk selama sembilan hari. Kemudian kami dihantar ke Lapangan Terbang Tawau oleh pemandu Park & Go.


Kalau naik kapal terbang dari Lahad Datu, tak perlu simpan kereta sebab Lapangan Terbang Lahad Datu hanya lima kilometer dari rumah. Anak-anak buah atau jiran boleh tolong hantar kami. Sekiranya naik kapal terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur, kami bawa kereta sendiri sebab jarak pemanduan memakan masa lebih kurang dua jam.


Encik Suami : Kopi O

Kami sudah check ini secara online dua hari sebelumnya, dan hanya perlu daftar masuk bagasi sahaja. Pada pukul 8:30 pagi kaunter MAS dibuka, dan kami tidak mengambil masa yang lama untuk urusan tersebut. Ketika berurusan di kaunter, pekerja MAS memberitahu kami supaya cepat-cepat masuk untuk pemeriksaan imigresen kerana katanya hari tersebut sangat ramai penumpang kapal terbang! Maklumlah hari pertama cuti sekolah, sudah tentu ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti! 

Kami melencong beberapa minit untuk cari alas perut!
Encik Suami minum kopi dan makan nasi lemak lauk rendang ayam.
Kita makan nasi kuning lauk sambal ikan.
Firdaus memilih keropoklah pula!

Firdaus dengan keropoknya.

Encik Suami : Nasi Lemak Rendang Ayam

Amie : Nasi Kuning Sambal Ikan


Kami menaiki pesawat Boeing 737-800 dengan tempoh penerbangan terus selama 2 jam 50 minit. Abang Farid tukang beli tiket dan siap pilihkan makanan secara Chef on Call. Jadi, kami dapat makanan lebih awal berbanding penumpang lain.

Encik Suami: Nasi dengan Fish Curry Kandar

Firdaus: Chicken Kurma  with Nasi Minyak

Amie : Classic Beef Lasagna

Encik Suami : Santai minum kopi dan makan kek marble.


Amie : Kunyah kacang masin & minum air mineral.

Rezeki : Dua cawan kopi, dua gelas 7-Up.

Selepas itu kami terlelap sehinggalah kapal terbang mendarat di KLIA Terminal 1.

13 comments

  1. perancangan Allah sebaik baiknya
    sama la kita k amie he hee plan bercuti tp ke klinik gg dan kenduri shj

    BalasPadam
  2. Pilihan makanan secara Chef on Call. Baru pertama kali saya tau. Apa dan macam mana tu ya?

    BalasPadam
  3. Di kk ada tmpt mcm park & go ke?? menarik ni... xde pulak di sini... kena bgtau pak usu yg di tawau ni sbb dia selalu park di airport kk je kalau nk balik kuching

    BalasPadam
  4. Wah, bagus ada perkhidmatan park & go ni. Kalau nak balik, macam mana pula, Kak Amie?

    BalasPadam
  5. Wah, balik kampung rupanya. Patut lama blog ni sunyi. :)

    BalasPadam
  6. Kali ni nampak sedap pulak menu dalam flight MAS. Park n Go tu diuruskan oleh pihak lapangan terbang ke Kak Amie?

    BalasPadam
  7. nampak menyelerakan akak punya menu tu tau

    BalasPadam
  8. Terasa lapar nampak makanan dalam flight. Dulu saya pernah makan dessert kuih serimuka. Terasa lain sedapnya makan atas awan haha

    BalasPadam
  9. Bestnya..balik kampunggg..Daus simpan perut utk mkn dlm flight..hihi..bagus MAS ada servis Chef on Call..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...
    Perancangan Allah

    BalasPadam
  11. Ada hikmahnya perancangan tak menjadi sebab ada rancangan yang lebih menyeronokkan jumpa orang yang tersayang balik kampung. Kalau nak berjalan memang kena awal, risau juga kan kalau apa apa berlaku yang tak boleh dielakkan.

    BalasPadam
  12. bestnya travel. saya plak terigin nak ke sabah tu kak

    BalasPadam
  13. Ada hikmah kan Kak Amie, x apat jenjalan Brunei dapat balik kampung kan...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe