Qhaleef Homestay di Kampung Bukit Hijau

9:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Rezeki kami, dapat tempat penginapan tidak sampai 500 meter dari rumah Bonda, iaitu Qhaleef Homestay. Menurut Abang Farid, oleh kerana Amie selalu menggunakan khidmat tempahan melalui Booking.com jadi, Amie dapat potongan harga. Kali ini bayaran untuk penginapan satu hari satu malam sebanyak RM292.32 sen.

Selamat Datang ke Qhaleef Homestay.


Apabila pintu rumah dibuka, beginilah keadaan di ruang tamunya.
 

Ruang tamu dan semua bilik tidur mempunyai pendingin hawa.
Memang terasa sangat selesa ditambah pula dengan cuaca panas apabila berada di luar rumah.
Jadi, bersejuk-sejuklah kami di dalam rumah kecil yang comel ini.

Firdaus santai-santai duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Kemudian baring di atas sofa sampai terlelap sambil memeluk bantal busuknya.


Ada tiga buah bilik tidur yang dilengkapi dengan katil.

Ada extra bantal, sejadah, telekung, kain pelikat dan juga sterika.

Ruangan tandas agak kecil, tetapi bersih dan selesa.

Bilik tidur kami, dilengkapi dengan almari pakaian dan almari solek.


Ada al-Quran dan juga songkok serta sejadah.



Banyak toto (tilam) dan selimut di dalam almari. Patutlah kata Wak Tumiran (empunya homestay) boleh 20 orang tidur di sini! 



Setiap bilik dilengkapi dengan sejadah, extra bantal dan tempat sangkut pakaian.


Bilik air kedua.

Ruang makan nampak berseri dengan hiasan jambangan bunga di atas meja.


Ruang dapur juga agak luas.

Boleh masak-masak di sini. Tapi kami hanya menginap selama satu malam sahaja dan keesokan paginya kami daftar keluar untuk teruskan perjalanan ke Johor.



Petang itu kami bersiap-siap untuk ke pantai Jeram untuk makan malam di Aroma Ikan bakar bersama ahli keluarga di sini: MAKAN MALAM KELUARGA DI AROMA IKAN BAKAR JERAM, KUALA SELANGOR Oleh kerana perut rasa lapar, jadi Fuad dan Firdaus membeli makanan di Pasar Malam Bukit Kuching.

Firdaus makan ayam gunting dan minum air sirap bandung.

Fuad beli murtabak dan sate ayam.

Kami makan dan minum setakat alas perut sahaja sebab tidak lama kemudian kami akan isi perut lagi di Aroma Ikan Bakar Jeram.


Keesokan paginya, selepas SARAPAN DI HUJUNG KAMPUNG, kami berkemas untuk meninggalkan Qhaleef Homestay. Encik Suami hendak tanam pokok mata kucing brazil yang dibawa dari LD di tanah kami (tanah pusaka). 


Sementara menunggu Abang Farid, Aseeyah dan Fuad bersiap Amie sempat meronda kawasan sekitar homestay. Memang seronoklah dapat menikmati suasana kampung. Bangun pagi tadi dikejutkan dengan bunyi kokok ayam. Buka tingkap saja terus terpandang kehijauan dari warna daun kelapa sawit, pokok pisang dan pokok ubi yang ditanam di belakang rumah.


Langit biru dan awan putih serta warna hijau alam semulajadi sungguh mendamaikan!



Di bahagian hadapan rumah sebelah hujung, ada burung helang!

Inilah Qhaleef Homestay.

Abang Farid dan Fuad kata lain kali kalau balik kampung mereka hendak menginap lagi di sini.


Nampaknya anak-anak rasa selesa dan berhasrat untuk datang pada masa yang lain.  In syaa Allah.

Pengalaman pertama kami menginap di homestay di desa, kebetulannya di kampung sendiri sangatlah menyeronokkan. Tuan rumahnya pun sangatlah peramah dan baik hati.


Qhaleef Homestay letaknya berhampiran dengan Kuala Selangor Cabin Camp - KSCC. Boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sana kerana jaraknya hanya 300 meter. Sayangnya kami belum berkesempatan untuk mengunjunginya kerana ada urusan lain yang hendak diselesaikan.

14 comments

  1. cantik ...homestay ini....sesuai dengan harga yang ditawarkan

    BalasPadam
  2. wahhh. amie balik kg ye. comel je homestay. i pun dah lama tak singgah area bukit hijau.

    BalasPadam
  3. Selesa duduk homestay di kpg sendiri..

    BalasPadam
  4. Senanglah HS dekat rumah mak.
    Sempat Encik Majid tanam pokok buah, berbudi pada tanah.

    BalasPadam
  5. nampak selesa dah tu Amie, sekitar pun tenang je dengan pokok-pokok

    BalasPadam
  6. ya Allah cantiknya homestay tu kak, dahla kawasan kampung tapi dalam rumahnya tu lengkap betul. Lengkap siap sejadah telekung dan toto yang banyak... tepi rumah pun sejuk mata memandang

    BalasPadam
  7. Berbaloi harga, suasana dan keselesaannya, Kak Amie.

    BalasPadam
  8. Selesa, bersih dan banyak kelengkapannya. Memang puas hati kalau menginap ramai-ramai. Harga pun berbaloi sangat untuk satu malam. Rare ada burung helang. Dapat juga tengok secara dekat.

    BalasPadam
  9. terasa macam rumah sendiri lengkap semuanya ye kak..suasana halaman rumah terasa nyaman dengan pokok hijau,eh ada burung helang besar

    BalasPadam
  10. Biasa lalu situ. Memang banyak rumah cantik² kat area KSCC tu. Rumah kakak saya yang sulung pun di Bukit Hijau juga. Semalam balik dari makan di warung roti canai Family, kebetulan lalu depan kedai kopi Tokmir. Jadi dah tau la lokasi kedai tu. Hihihi. Next time boleh cuba bersarapan di sana.

    BalasPadam
  11. Banyaknya dia sediakan toto. Senang, kalau ramai ahli keluarga.

    BalasPadam
  12. wahhh sempat lg tu nak tanam pokok mata kucing. byk ke akak bawa pokok tu dari LD?

    tampak selesa kak homestay ni mmg berbaloi dgn $$ yg dibelanjakan

    BalasPadam
  13. wah dia bela burung helang ye.. best kak suasana kampung

    BalasPadam
  14. Murah dah tu Kak Amie, homestay yang comel dan selesa dengan semua kemudahan ada...paling lega bila tengok banyak disediakan toto..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe