Asam Rebus Tempoyak Ikan Bolu

7:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom masak rebus-rebus. Bukan direbus begitu sahaja tetapi kita bubuh tempoyak. Kali ini Amie masak dengan kuah yang agak pekat sedikit. Teringat Encik Suami hirup kuah tempoyak ikan patin di sebuah restoran di Kuala Lipis. Kuahnya nampak pekat. Setiap kali teringat, Encik Suami mesti sebut-sebut keenakan patin tempoyak itu!

Oleh kerana yang ada hanya ikan bolu, jadi kita masak Asam Rebus Tempoyak Ikan Bolu pula. Memandangkan dapur pun mula jarang berasap, banyaklah pula bahan masakan yang tidak ada. Masaklah saja seadanya.

Asam Rebus Tempoyak Ikan Bolu

Resipi Asam Rebus Tempoyak Ikan Bolu
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bolu seberat 600 gram - bersihkan - potong 7 bahagian
  • 7 biji kacang bendi - potong bahagian ekor dan tampuk
  • 1 keping asam gelugur - pilihan / boleh tambah kalau ingin lebih rasa masam
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 700 ml air - tambahkan air jika ingin kuah agak cair
Bahan kisar:
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 20 tangkai cili padi
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan bahan kisar , serai dan asam keping. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan ikan bolu dan kacang bendi. Masak sekitar 5 minit.
4. Setelah ikan masak, masukkan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.


Biasanya Amie masak asam rebus tempoyak tak bubuh bawang, tapi kali ini Amie gunakan bawang putih dan bawang merah. Resepi asam rebus tempoyak ikan bolu @ ikan susu dalam entri lama boleh lihat di sini: CARA MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN SUSU YANG SEDAP!

Asam Rebus Tempoyak Ikan Susu @ Bolu

4 comments

  1. sedapnya asam rebus kak.... saya kadang mkn nasi kuah asam rebus dgn ikan masin pun dah ckp bertambah 3 pinggan😂

    BalasPadam
  2. Tentu sedap sangat kuah gulai tempoyak di Kuala Lipis tu. Eh, besar jugak saiz ikan bolu ni ya.

    BalasPadam
  3. Sedapnya kuah pekat² mcm tu kak tp problem masalahnya sy x mkn gulai tempoyak

    BalasPadam
  4. Sedapnyaa....x boleh masak lauk tempoyak ni kat rumah SA..kang takut Mak Pah makan...punca kang...tapi kalau boleh nak makan masak tempoyak kat luar rumah..tgh cari tempat lauk2 kampung

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe