Makan Mi Bandung di Pagoh Jaya
1:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ahad, 28 Mei 2023.
Kami singgah di rumah Wak Kanang di Batang Berjuntai. Wak Kanang ini kakak kepada Wak Aton. Nama sebenarnya bukanlah Kanang. Oleh kerana dari kecil dipanggil Kanang, melekatlah namanya sampai sekarang. Wak Kanang jantinanya perempuan, bukan lelaki... ahaks! Kami bawa Wak Kanang dan anak lelaki bongsunya, Hakimi ke Muar.
Setelah check in di Basrie Homestay, kami pun hendak keluar mencari makan sebab hari sudah menjelang petang. Sewaktu singgah di rumah Wak Kanang, kami makan nasi himpit dengan kuah lodeh serta sate. Rupanya tidak dapat menahan lapar sebaik tiba di Pagoh Jaya.
Perut yang lapar tambah keroncong apabila Fuad melencong jalan untuk mengambil tempahan brownies di Suwwitbite Cakes & Dessert in Pagoh. Selepas mengambil brownies, kami menuju ke Sate Kamal dan Ikan Bakar. Tempat ini dicadangkan oleh Abang Farid dan kami cari dengan menggunakan WAZE. Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus berada di homestay dan meminta kami belikan makanan berbungkus. Sesampainya di tempat tersebut yang terletak di sebuah perkampungan, tutuplah pula warungnya!
Amie beritahu Abang Farid, kalau tak tahan lapar minta sajalah bantuan daripada abang angkatnya, Foodpanda untuk hantar makanan.
Banyak restoran, tapi kebanyakannya tutup. Mungkinkah hari Isnin tidak beroperasi? Akhirnya kami tiba di deretan warung, dan singgah di salah sebuah warung berhampiran tempat longgokan durian. Sambil makan, sambil hidu bau durian. Setelah kenyang makan, tak pula rasa teringin hendak makan durian.... ahaks!
Encik Suami : Mi Bandung |
- Bakso
- Kuetiaw Goreng
- Nasi Goreng Ayam
- Nasi Goreng Pataya
- Teh O Ais
Hakimi : Bakso |
Wak Kanang: Nasi Goreng Ayam |
Amie : Kuetiaw Goreng |
Sampai di Basrie Homestay, kami sambung makan KFC pula. Abang Farid minta tolong abang angkatnya, Foodpanda untuk hantar KFC ke homestay.
13 comments
abang angkat dan adik-adik berpisah tiada,sentiasa jadi penyelamat hehe
BalasPadamKalau org Jawa, yg perempuan juga ada gelaran wak di hadapan, kan. Dulu2, sy fikir wak tu utk lelaki saja.. errr... Untunglah ada abg angkat FP, hihi.
BalasPadamLekat terus gelaran abang angkat tu. hihi...sedapnya mi bandung tu kak Amie. Terasa rasa kesedapan mi bandung Muar.
BalasPadamwaduh mengiurkan betul mee bandung tu kak oi
BalasPadamMi bandungnya nampak sedap. KFC tu, ayam yang extra spicy kah itu?
BalasPadamSaya belum cuba lagi.
lama tk mkn mee bandung..sedap tu
BalasPadamwah sedap semuanya abang angkat ready ja nk tolong adik2nya yg lapar kan
BalasPadamKFC dimana-mana!
BalasPadamKalau ke muo, cari mi bandunglah
BalasPadamperghhhh mengancamnyaaaaa mi bandung.. dah laa fav sy tu...ok x kak harga mi bandung tu?
BalasPadamMi bandung Muar, signature dish di sana.. sedapnya!
BalasPadamsedapnya mee bandung...sambil makan ambik bau durian..
BalasPadamnampak pekat mee bandung tu
BalasPadam