Bismillahirrahmanirrahim.
Amie cuba jawab pertanyaan rakan-rakan blogger tentang Chef on Call yang Amie kongsikan dalam entri: LAIN YANG DIRANCANG, LAIN KEJADIANNYA.
Untuk cerita Chef on Call bolehlah klik di sini: HIDANGAN DI ATAS AWAN. Perkhidmatan Chef on Call dalam Malaysia Airlines ada empat kategori:
- Chef on Call Kelas Perniagaan
- Chef on Call Ekonomi
- Special Dietary Meal
- Meal Upgrade
Kami membeli tiket kelas ekonomi. Jadi, kami diberi pilihan membuat pra-pesan hidangan dalam penerbangan mengikut kelas kami. Kalau kami membeli tiket kelas perniagaan, tentulah hidangannya berbeza sedikit dari kelas ekonomi. Pra pesanan dalam talian boleh dilakukan pada bila-bila masa samada sewaktu membeli tiket, atau tempoh 30 hari hingga 24 jam sebelum berlepas.
Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah klik-klik : HIDANGAN DI ATAS AWAN.
Chef on Call Economy |
Inilah makanan yang kami pesan. Ada tiga jenis pilihan untuk kelas ekonomi iaitu:
- Fish Curry Kandar
- Chicken Kurma with Nasi Minyak
- Classic Beef Lasagna
Kalau tak buat pra-pesanan, kita tak dapat pilihan makanan tersebut dan hanya dapat apa yang dihidangkan semasa dalam penerbangan sahaja.
Begitulah ceritanya tentang Chef on Call Malaysia Airlines.
Kita cerita tentang Parg & Go pula.
Park & Go merupakan tempat letak kereta berbayar. Kami baru pertama kali menggunakan khidmat Park & Go yang terletak di Jalan Apas, tidak jauh dari Lapangan Terbang Tawau. Sebelum ini, sekiranya kami hendak terbang dari Tawau Airport ke mana-mana destinasi, Encik Suami meletakkan kereta di tempat letak kereta Lapangan Terbang Tawau dengan bayaran RM20 untuk sehari semalam. Kebetulan pula beberapa hari sebelum kami bertolak ke Tawau, anak buah berpesan kepada Encik Suami supaya simpan kereta di Park & Go kerana bayaran di sini jauh lebih murah.
Kami hanya dikenakan sebanyak RM45.00 untuk letak kereta selama 9 hari bermula dari 27 Mei sehingga 5 Jun 2023. Kami juga dikehendaki memberikan tarikh dan waktu serta nombor penerbangan pulang semula ke Tawau. Ini untuk memudahkan mereka menunggu di lapangan terbang untuk membawa kami ke tempat letak kereta semula.
Setakat ini apa yang Amie baca dalam FB, perkhidmatan Park & Go sangat memuaskan dan mesra pelanggan.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Lahad Datu.
Jika ada keperluan untuk simpan kereta di sini, Amie kongsikan maklumat Park & Go supaya mudah dihubungi:
Park & Go.
Airport Parking Services
Mile 15, Jalan Apas,
Airport Parking Services
Mile 15, Jalan Apas,
District of Tawau, Sabah.
Email : parkandgo2019@gmail.com
Tel: 01110718862
Oh.. rupanya park & go ni di tawau.. ingatkan di kk... maksu & paksu sy stay di tawau kak.. hehehe... x jd lah story² kat dia pasal ni... hihihi
BalasPadamx tau pun ada service mcm ni kan.. dulu main makan apa yg diorg beri jer...
BalasPadamOh, begitu. Cukup lengkap info yang Kak Amie kongsikan. Dari yang tak tahu jadi tahu, dari tahu sedikit, bertambah pengetahuannya.
BalasPadamDah lama tak naik kapal terbang. Macam-macam sekarang dah upgrade..
BalasPadamOh..FOC je pesanan makanan tu, tak perlu bayaran tambahan.
BalasPadamMurah sungguh servis Park & Go tu kak. Siap hantar ambil di airport.
OK tu harga dia!
BalasPadamBagus ada servis pre-order food dlm flight MAS..kekdg x dpt food yg kita nak sbb dah habis esp yg duduk seat blkg..huhu..
BalasPadamMurah banget tu rate Park & Go tu...
BalasPadamTaktau la kat KLIA 1& 2 ada ke tak..Kalau ada bagus ni
Tq share info tentang Chef On Call.
BalasPadamMurah park di Park & Go tu.. siap ada service penghantaran.
Ohh macam tu. Untung juga order awal dan tanpa charge. Bagus juga ada perkhidmatan letak kereta yang lebih murah. Terima kasih share info Kak Amie.
BalasPadambagus service nya ye kak... kita pun rasa kereta kita terjaga dan keselamatan terjamin
BalasPadamooo foc je.. memang best laa kalau mcm tu...
BalasPadamjauh juga ya akk naik flight smpi ke tawau tu... bagus ada servis mcm ni. kita pun rs selamat je
baru tahu ttg Chef on Call Malaysia Airlines ni tq kak for sharing
BalasPadamSA selalu booked ticket dan makanan boss guna Chef On Call ni...mudah dan memudahkan ..boss cakap makanan pun sedap..
BalasPadam