Redah 122 KM dari Tanah Rata ke Gua Musang

8:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom ikut kami meredah sejauh 122 kilometer dari Tanah Rata ke Gua Musang yang terletak di selatan negeri Kelantan.

Tinggal dahulu Tanah Rata!
Jalan agak sesak sewaktu kami mula meninggalkan Tanah Rata.

Seronok sungguh Encik Suami kerana dapat memandu di atas jalan raya yang rata, tidak berlubang dan tidak banyak selekoh. Berkali-kali Encik Suami berkata: Kalau jalan raya dari LD ke Kota Kinabalu begini, tidaklah memakan banyak masa untuk sampai! Katanya lagi : Jalan elok begini tapi kenapa tak banyak kenderaan?

Kita pula asyik memandang keliling. Apa benda yang putih-putih itu? Rumah tereskah?
Oh, rupanya kawasan pertanian, tanaman sayur-sayuran di sekitar Cameron Highlands. Luasnya! Memang nampak saujana mata memandang.





Sejuk mata memandang melihat kehijauan di kiri kanan sepanjang jalan.



Ketika hampir menghampiri sempadan Gua Musang, banyaklah pula pemandangan bukit-bukau ditoreh. Mungkin dijadikan tempat pertanian untuk tanaman kelapa sawit.



Kecut juga apabila terpaksa  mengiring lori balak.


Ada di suatu tempat kami terpandang puluhan lori berhenti (mungkin berehat) dengan kayu balak membukit tingginya! Banyaknya hasil hutan di Gua Musang.


Namun begitu, rasa kurang selesa semakin bertambah apabila berada di jalan sempit tetap ada lori membawa kayu balak! Terpaksalah mengiring perlahan-lahan dari belakang.


Kereta-kereta di hadapan pun mungkin tidak sabar menunggu begitu lama untuk memotong lori balak!


Mudah-mudahan tidak ada sebarang kenderaan dari arah hadapan. 
Hampir 10 kilometer jugalah kami berada di belakang lori balak. 
Jalan raya pun nampak berlekuk-lekuk dan tinggi rendah. Mungkin akibat selalu dilalui oleh lori balak.


Setelah lebih dua jam memandu, akhirnya sampailah kami di pekan Gua Musang yang merupakan kawasan pedalaman paling terpencil di Kelantan. Namun begitu, Gua Musang kelihatan unik dengan jajaran bukit-bukit batu kapur serta gua-guanya.



Dulu pernah terdengar Gua Musang mendapat jolokan pekan koboi dan tempat jin bertendang tetapi sekarang keadaannya sudah berubah. Kami pernah melalui Gua Musang dengan menaiki bas sewaktu rombongan sekolah pada tahun 1987. Allah! Sudah berapa tahun berlalu? 36 tahun yang lalu!
Kini Gua Musang menjadi sebuah bandar transit yang semakin meningkat maju. Kedudukannya yang terletak di bahagian selatan ne­geri Kelantan menjadi pilihan orang ramai kerana boleh dihubungkan melalui jalan raya Persekutuan atau menggunakan Keretapi Ta­nah Melayu Berhad.




ASAL USUL NAMA GUA MUSANG -  Sumber: INFO Rakyat DALAM Kelantan

Secara umumnya, Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Pada masa dahulu sebelum diterokai, kawasan ini dihuni oleh masyarakat orang asli yang hidup dengan memburu, suka berpindah-randah dan tidak bergaul dengan masyarakat lain.

Kejadian bermula apabila sekumpulan orang asli ini keluar berburu namun tidak mendapat hasil tangakapan. Mereka menanti seketika sehinggalah ternampak seekor ayam hutan yang berlari dengan pantas. Rupa-rupanya ayam hutan itu dikejar oleh musang dan mereka pun mengekori ayam itu. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ayam tersebut hilang di dalam hutan tebal itu. Tidak lama selepas itu, mereka sekali lagi terserempak dengan seekor musang sedang mengejar ayam hutan tidak jauh dari tempat kejadian yang pertama tadi. Kali ini juga mereka tidak sempat menyumpit ayam hutan itu. Kedua-dua kejadian ini menghairankan mereka kerana sebelum ini kejadian seumpama itu belum pernah berlaku. Biasanya mereka dapat menyumpit binatang yang diburu, akan tetapi pada hari itu mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Pada hari berikutnya apabila mereka keluar berburu, kejadian yang sama juga berlaku di mana mereka ternampak musang sedang mengejar ayam hutan di tempat yang sama di tepi sebuah gua. Mereka cuba menyumpit ayam hutan itu tetapi gagal dan kejadian ini menambahkan lagi kehairanan mereka. Keesokan harinya mereka keluar meramai-ramai untuk mengesan tempat hilangnya ayam-ayam hutan yang dikejar oleh musang sejak beberapa hari lalu. Mereka menjumpai satu lubang yang menyerupai seekor musang sedang mengejar seekor ayam.

Setelah melihat bentuk gua tersebut mereka berasa takut dan terus meninggalkan tempat itu. Mereka menamakan tempat itu Gua Musang. Sekarang gua tersebut menjadi daya tarikan pelancong kerana di dalam gua itu terdapat batu dengan pelbagai bentuk. Ada bentuk yang menyerupai ular, kepala gajah, gendang, telaga air terjun dan buah belimbing.

8 comments

  1. Wah, sampai kelantan pula. Baru tahu asal usul nama Gua Musang.

    BalasPadam
  2. Setiap kali dengar/ baca perkataan ini, sy mesti teringat filem.. teka filem apa?

    BalasPadam
  3. Jalan sempit menuju ke bandar Gua Musang tu memang saya kecut perut tiap kali lalu. Nak memotong bahaya, tak memotong seram dok belakang lori balak/lori besar.

    Tempat yang kak Amie nampak banyak lori berhenti tu rasanya dekat simpang tiga, situ ada pusat pengumpulan balak.

    BalasPadam
  4. bestnya kak merata jalan di semenanjung....

    BalasPadam
  5. Saya lalu tiga minggu lepas tak bertembung dengan lori balak. Kalau tak harus la kecut perut jugak

    BalasPadam
  6. pernah lalu Gua Musang tapi x pernah sampai explore area situ lagi

    BalasPadam
  7. wahhh kak amie dah sampai gua musang! dah singgah masjid mcm masjidil haram tu?

    ooo ada cerita di sebalik nama gua musang tu...👍👍👍

    BalasPadam
  8. Gua Musang semakin membangun sehinggakan sekarang sudah ada SBP di situ, SMS Gua Musang yang dipanggil GUAMSS.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe