Nikmati Roti Cicah Sup Kambing Penuh Santai di Warong Muse

6:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahmanirrahim.
Sewaktu jalan-jalan di Gua Musang, teringat pernah terbaca tulisan blogger Ujie Othman : Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang. Ujie kongsikan suasana minum petang sambil menikmati sup kambing di Warong Muse. Kata Ujie lagi sup kambing hanya dijual pada waktu petang. Kami pun sengaja datang lewat petang ke sini. Sebelum itu kami singgah makan sup juga di Santai D'Gua. Di situ Amie hirup sup daging dan perut, isinya Firdaus makan. Di Warong Muse pula Amie hendak cari sup kambing! Jalan sana, dan jalan sini serta keluar peluh bermakna terbakarlah sedikit kalori. Jadi, bolehlah tambah kalori lagi... ahaks!

Sup Kambing, Roti dan Secawan Kopi

Sup Kambing - RM13.00


Warong Muse terletak di bahagian hujung, melepasi kawasan Masjid Buluh.



Sebelum sampai ke Warong Muse, ada Kedai Muse.



Inilah Warong Muse. Tidak ramai pelanggan yang berada di dalam warung  pada ketika itu. Apa yang diharapkan semoga ada sup kambing!


Kami mencari tempat duduk di bahagian luar warung. Rupanya ramai pelanggan yang duduk di kawasan ini! Dari sini, kita dapat menyaksikan pelbagai pemandangan terutama di bahagian bawah seperti Stesen Keretapi Gua Musang. Sementara menanti makanan tiba di meja, marilah melihat-lihat dahulu apa yang ada di sebelah sana.

Ada tangga untuk turun ke bawah arah stesen keretapi.

Masjid Razaliegh Gua Musang


Menurut info yang Amie baca di laman web rasmi MAJLIS DAERAH GUA MUSANG, Masjid Razaleigh mula dibina pada akhir tahun 2016. Masjid ini bernilai lebih RM35.1 juta dan menyerupai model Masjidil Haram di Mekah. Mempunyai keluasan 99,000 kaki persegi dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin dibina di atas tapak seluas 1.5 hektar
Masjid Razaliegh yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, YBM. Tengku Razaleigh Hamzah ini mampu menampung sehingga 3,500 jemaah. Terdapat sembilan menara setinggi 30 meter dan lapan kubah mirip Masjidil Haram di Mekah

Pembinaan Masjid Razaleigh ini tercetus kerana Masjid Razaleigh lama (bandar lama) tidak lagi boleh menampung tambahan jemaah dengan wujudnya taman perumahan baharu seperti Bandar Utama Gua Musang dan perumahan lain di sekitarnya. Masjid lama tidak lagi sesuai kerana tiada tempat letak kereta  dan kemungkinan besar banjir akan berlaku lagi pada masa akan datang. Peruntukkan pembinaan masjid ini disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Leka menyaksikan pemandangan sekeliling, tak sedar semangkuk sup bersama sepiring roti dan secawan kopi sudah terhidang di atas meja!


Inilah sup kambing yang dinanti-nantikan.

Sup kambing dihidangkan bersama tiga keping roti.

Encik Suami tetap setia bersama secawan kopi.


Kami meminta roti titab.

Cantiknya telur leleh!


Firdaus tidak mahu memesan apa-apa makanan selain air sirap bandung. Katanya perutnya masih kenyang makan Maggi Celup Telur Gedik. Apa tidak kenyangnya, sup daging dan sup perut kita dia tolong habiskan! 
Jumlah harga makanan yang kami nikmati di sini hanyalah RM28.00.



Ketika kami sedang makan, kelihatan  keretapi tiba di stesen.


Tidak lama kemudian keretapi bergerak semula untuk menyambung perjalanan.




Seronok sungguh Firdaus menyaksikan gerabak-gerabak keretapi bergerak meninggalkan stesen.


Keretapi sedang bergerak meninggalkan stesen.


Tempat permainan sudah dibuka. Firdaus minta izin untuk bermain di sini.


Hari menjelang senja. Kami meninggalkan tempat ini dengan mengambil gambar Masjid Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram di Mekah sebagai kenang-kenangan. Jadilah walaupun hanya mampu merakam gambar menara  dan sebahagian kubahnya dari jauh.


Sewaktu kami meninggalkan kawasan ini, bertambah banyak pula pengunjung yang datang!

Sekian. Cerita dari Warong Muse,
Lot 1285, Sebelah Masjid Buluh Gua Musang,
Gua Musang 18300 Kelantan.


11 comments

  1. Puan Amie singgah juga Warung Muse. Nampaknya semua tempat popular Puan Amie akan terjah.
    Banyak itu Firdaus makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Jalan-jalan cuci mata melihat kehijauan alam, singgah pula makan untuk merasa masakan tempatan.

      Padam
  2. sedap tu sup kambing cicah roti....haus plak tgk sirap bandung firdaus tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap sup kambing tu, isinya pun banyak.

      Padam
  3. Lepas ni bila saya makan situ lagi, mesti terkenang kak Amie pun pernah makan di situ. Kawasan yang sama - makan di bawah redup pohon bambu 😄

    Sama la kita, hanya mampu menatap kubah2 Masjid Razaleigh dari jauh. Masih belum berkesempatan ziarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah ada rezeki berkunjung ke sini lagi.
      Sewaktu sup kambing sampai ke meja, saya terbayang-bayang sup yang sama dihidangkan untuk Ujie.
      Maha Suci Allah, kita dipertemukan di tempat yang sama walaupun hanya dalam bentuk catatan perjalanan.

      Padam
  4. Besar masjidnya boleh memuatkan sehingga 3,500 orang. Tengok kubahnya terus terbayang Masjidil Haram yang selalu dilihat di kaca tv. Sedap nampak sup Kak Amie sayangnya sy belum tentu ada peluang nak ke Gua Musang ni.

    BalasPadam
  5. ini macam yang kak Ujie selalu cerita hentian muse ni lah kan. Menggoda sungguh sup kambing tu nampak pekat sungguh

    BalasPadam
  6. cukup ke kak 3 keping roti cicah sup tu... tgk gambar je dah tau kompem mabeles punya sup. roti titap pun fuhhh👍👍👍

    BalasPadam
  7. Wah...menariknya kat sini..nampak sedap sup kambing tu kak amie

    BalasPadam
  8. Sup kambing tu mengancam sungguh..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe