Dinner : 1X Whole Chicken & 2X Lamb Shank di Nasi Arab Husna & Western Grill Senawang
6:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dari Pagoh Jaya kami terus menuju ke Senawang, Negeri Sembilan. Selepas daftar masuk homestay, dan berehat seketika kami bersiap-siap untuk makan malam di Nasi Arab Husna & Western Grill yang terletak di:
Pusat Perniagaan Senawang Jaya 2,
Seremban, Negeri Sembilan.
Nampaknya ada potongan harga makanan di sini.
Firdaus terus tergoda dengan Chicken Chop. |
Kami lapan orang. Jadi semua bersetuju untuk memilih Set E - Family 8 Pax |
Nasi Daging Air Asam itu pun nampak sedap! |
Kami sangka dalam satu talam, rupanya dua talam! |
Teh Ais Lemon. |
Apabila cuaca panas, memang sedap sungguh teguk air sejuk! |
Firdaus : Chicken Chop |
Firdaus makan dahulu, sementara itu kami menunggu nasi arab tiba. |
Setiap talam nasi arab dihidangkan bersama separuh bahagian ayam dan satu lamb shank. Harga asal untuk family set RM195.00 tetapi harga promosi RM179.00.
Bismillah. |
18 comments
Seronoknya makan ramai-ramai dalam talam.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamAda diskaun lagi. Sedapnya nasi arab. 😋 Sudah lama tak makan.
BalasPadamTak perasan ada diskaun sebenarnya.
PadamMain terjah saja hihihiii.
Sedapnya nasi arab tu, portion pun besar. Kalau nak pergi makan nasi arab kena ajak beberapa orang pergi sekali sebab portion kat restoran biasanya besar2.
BalasPadamYa, betul.
PadamKami pun tak habis makan.
Bakinya bawa pulang.
waduh seedapnya, besar betul portionnya kak sesuai makan ramai-ramai
BalasPadamMemang seronok makan ramai-ramai, tapi tak habis juga sebab portionnya besar.
PadamLama tak makan Nasi Arab.. terliur tengok nasi dalam dulang tu.
BalasPadamMari ajak mambang makan nasi arab.
PadamPorsi nasi arab memang besar. Sesuai sangat untuk makan ramai ramai. Okay jugak tu ada diskaun.
BalasPadamSangat mengenyangkan!
PadamLauknya pun banyak.
Kalau SA ada masa ni boleh jumpa Kak Amie..SA ulang alik ke IJN dan duduk rumah adik kat Bangi setiap minggu...
BalasPadamKak Amie pun teringat kat SA masa di Seremban.
PadamKebetulan masing-masing ada urusan kan SA.
Mudah-mudahan ada rezeki kita berjumpa pada masa yang lain. In syaa Allah.
berbaloi juga set keluarga tu semuanya nampak sedap aa
BalasPadamSangat berbaloi Mamapp.
PadamBesar juga portion dia tu.. Nampak menarik semua menu yang ditawarkan..
BalasPadamfeveret nasi arab....lamb shank yg best..dagingnya lembut, relai dari tulang...
BalasPadam