Bismillahirrahmanirrahim.
Jom masak rebus-rebus. Bukan direbus begitu sahaja tetapi kita bubuh tempoyak. Kali ini Amie masak dengan kuah yang agak pekat sedikit. Teringat Encik Suami hirup kuah tempoyak ikan patin di sebuah restoran di Kuala Lipis. Kuahnya nampak pekat. Setiap kali teringat, Encik Suami mesti sebut-sebut keenakan patin tempoyak itu!
Oleh kerana yang ada hanya ikan bolu, jadi kita masak Asam Rebus Tempoyak Ikan Bolu pula. Memandangkan dapur pun mula jarang berasap, banyaklah pula bahan masakan yang tidak ada. Masaklah saja seadanya.
Asam Rebus Tempoyak Ikan Bolu |
Resipi Asam Rebus Tempoyak Ikan Bolu
Bahan-bahan:- 1 ekor ikan bolu seberat 600 gram - bersihkan - potong 7 bahagian
- 7 biji kacang bendi - potong bahagian ekor dan tampuk
- 1 keping asam gelugur - pilihan / boleh tambah kalau ingin lebih rasa masam
- garam / gula / perasa pilihan
- 2 batang serai - diketuk
- 700 ml air - tambahkan air jika ingin kuah agak cair
- 3 sudu besar tempoyak
- 20 tangkai cili padi
- 3 cm kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan bahan kisar , serai dan asam keping. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan ikan bolu dan kacang bendi. Masak sekitar 5 minit.
4. Setelah ikan masak, masukkan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Biasanya Amie masak asam rebus tempoyak tak bubuh bawang, tapi kali ini Amie gunakan bawang putih dan bawang merah. Resepi asam rebus tempoyak ikan bolu @ ikan susu dalam entri lama boleh lihat di sini: CARA MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN SUSU YANG SEDAP!
sedapnya asam rebus kak.... saya kadang mkn nasi kuah asam rebus dgn ikan masin pun dah ckp bertambah 3 pinggan😂
BalasPadamTentu sedap sangat kuah gulai tempoyak di Kuala Lipis tu. Eh, besar jugak saiz ikan bolu ni ya.
BalasPadamSedapnya kuah pekat² mcm tu kak tp problem masalahnya sy x mkn gulai tempoyak
BalasPadamSedapnyaa....x boleh masak lauk tempoyak ni kat rumah SA..kang takut Mak Pah makan...punca kang...tapi kalau boleh nak makan masak tempoyak kat luar rumah..tgh cari tempat lauk2 kampung
BalasPadam