Jumpa lagi. Sambung cerita nak habiskan cili padi! Biasanya masak terung sambal gunakan cili kering tapi kali ini kita gunakan cili padi yang masih banyak berbaki.
Terung Sambal Cili Padi |
Cili Padi |
Bahan-bahan:
- 3 biji terung panjang - belah 2 - potong 3 setiap bahagian - goreng hingga masak - angkat dan toskan
- 1/2 cawan ikan bilis
- 7 tangkai cili padi
- 3 helai daun limau purut - buang tulang belakang
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
- garam / perasa pilihan
- minyak
Bahan kisar / tumbuk:
- 40 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
- Tinggal 4 sudu besar minyak bekas gorengan terung di dalam kuali.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan gula perang. Tumis hingga hingga terbit minyak.
- Masukkan ikan bilis, dan bancuhan air asam Jawa.
- Biarkan mendidih seketika dan kemudian masukkan terung goreng, daun limau purut dan cili padi.
- Gaul rata. Setelah cili padi ldan daun limau purut kelihatan layu, taburkan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Terung Sambal Cili Padi |
Cili padi kecik-kecik tu, pedas, bagi saya. Mau berasap makan ni. :)
BalasPadamAda yang tahan pedas cili padi kan Nur.
Padamsedapnyaa cili padi
BalasPadamSedapkan. Kami dah biasa makan cili padi dari kecil lagi.
Padampeminat pedas pasti suka ni..saya makan terung berlado tkpn yg celop tepung
BalasPadamTerung balado memang sedap.
PadamSedapnya . Salah satu menu kesukaan ayah CCL
BalasPadamAda peminatnya yang tersendiri kan.
PadamSedapnya . Salah satu menu kesukaan ayah CCL
BalasPadamWah,lauk favourite ni kering-kering pedas berminyak ni.Terung memang sedap kan ..digoreng,dikari,dipajeri,direbus & dibakar juga sangatlah sedap...
BalasPadamSemua masakan terung sedapkan Mama Cella. Lama saya tak makan lawar terung!
PadamOh ada guna daun limau purut.
BalasPadamYa, saya sukakan aromanya yang segar.
Padamsedap ni..pedas terangkat!
BalasPadamdulu tak suka terung.. setahun dua ni jadi tersuka pulak..
Selera kita pun pandai berubah juga ye.
PadamSedap tu... terung bercili, my feberat ni.
BalasPadamMemang sedapkan.
Padambyjnya cilipadi , berasap telinga kalau sy he hee tak tahan terlalu pedas
BalasPadamAgaknya saya dah terbiasa makan cili padi dari kecil dulu, tidaklah terlalu pedas rasanya.
Padamwoww nampak sedap laaa kak..
BalasPadamJemput Nadya.
PadamAkak tak pernah lg guna cili padi kalau masak sambal terung ni...wahhhh mau berasap telinga ni boh 40 biji cili padi
BalasPadamBiasanya memang guna cili besar, tapi tak ada pula. Yang ada longgokan cili padi saja. Tidaklah terlalu pedas sangat sebab bubuh gula juga.
Padamnampak yummy laa
BalasPadamJemput makan ye.
PadamTerung sambal ni fav Sk lagilah kalau masak gaya gini, memang tak pandang lauk lain, Kak Amie
BalasPadamYa betul tu. Sambal pun dah ada rasa belacan, bubuh ikan bilis lagi. Cukuplah.
PadamWah.. Nampak sedap dan pedas masakan ni. Kalau tak tahan mesti bersulam air
BalasPadamKena sedia air panas-panas suam ni Sal. Bukan makan bersulam air saja, sambil mengunyah bersulam air mata juga hihihiii.
Padamsedapnya ni.. mkn dgn nasik putih je mmg berpeluh ni
BalasPadamBetul tu. Kena sedia aegelas air suam-suam panas. Kalau rasa pedas sangat, terus teguk air tu.
PadamMalu saya, umur dah 40-an tapi tak pernah merasa terung. Tak tahu rasanya bagaimana, manis ke, pahit ke, berlemak ke.. hihi
BalasPadamAda macam-macam jenis dan bentuk terung. Setakat ini terung paling sedap sudah tentunya terung Taiwan, isinya putih, ada rasa manis.
PadamUishhh 40 biji cili padi tak berapi ke kak amie? Tu kalau masuk perut saya, confirm sakit perut hahaha sebab tak tahan pedas. Tapi kak amie dah biasa kan, jadi celah gigi je 40 biji cili padi tu :D
BalasPadamKurang berapinya sebab bubuh gula juga. Kalau duduk rumah takpe boleh makan pedas, sakit perut boleh selesaikan segera. Kalau jalan-jalan memang tak sentuhlah yang maha pedas. Takut tiba-tiba perut meragam.
PadamNi mmg fav saya sangat kak. Anything yang pedas mmg fav saya...
BalasPadamsedapnyaa nmpk. msti pedas sedap tu
BalasPadamMenarik ni kak amie..selalu buat guna cili kering je...boleh cuba nanti
BalasPadamTak pernah mkn lg terung mcm ni. Mesti pedas terangkat ni hehehe
BalasPadamSesekali gunakan cili padi why not. Tetap sedap walaupun tak gunakan cili kering. Maintain pedas :)
BalasPadam