Berehat seketika dari berBDR sementara menunggu waktu seterusnya. Hari ini kena ikut webinar juga. Jadi ada dua kerja dalam satu masa. Jom masuk dapur dulu.
Awal pagi tadi sempat goreng nasi dan goreng pisang. Kelmarin Encik Suami bawa balik sesikat pisang nipah. Rasanya seminggu pun tak habis kami makan. Jadi sementara pisang nipah masih keras bolehlah buat Pisang Goreng Salut Bawang. Lebihnya bolehlah buat masak lemak. Kalau pisang mula mengkal, boleh juga digoreng. Apabila sudah masak bolehlah pula dibuat pengat atau dibuat sira pisang.
|
Pisang Goreng Salut Bawang |
|
Nasi Goreng Kampung & telur dadar, Pisang Goreng Salut Bawang & honeydew. |
|
Nasi Goreng Kampung. |
|
Telur Dadar Gulung. |
Pukul 10 pagi tadi, Encik Suami balik ke rumah. Dibawanya pulang kuih penyaram, karipap dan popia.
|
Pisang nipah |
|
Pisang Goreng Salut Bawang
|
Pisang Goreng Salut Bawang ini kami selalu nikmati zaman purbakala. Biasanya kami gunakan pisang nangka. Makan Pisang Goreng Salut Bawang dan minum kopi hitam, alangkah enaknya! Tak kiralah waktu pagi sebagai sarapan, atau waktu petang sebagai kudapan.
Pisang nipah yang Encik Suami bawa pulang ini (pemberian kawan) bersaiz besar. Amie hanya goreng 4 biji sahaja. Apabila dihiris 4, jadilah 16 keping semuanya.
Bahan-bahan:
- 4 biji pisang nipah tua - kupas kulit - hiris 4 setiap biji
- 4 biji bawang merah - tumbuk kasar / tidak halus
- 3 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar air
- garam
- minyak
Cara:
- Dalam sebuah bekas, tuangkan tepung gandum, bawang merah tumbuk, garam dan air.
- Adunan sebati.
- Kemudian tuangkan adunan di atas hirisan pisang. Gaul. Tak perlu bersalut tebal.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan.
Masa rehat sudah tamat Jom sambung BDR.
Moga tabah selalu.
SA cadang petang nanti nak buat nasi goreng la...nak guna beras basmati...hehehe...tgh fikir nak buat nasi goreng apa..ingat nak buat nasi goreng ikan kembung tumbuk..erm..kita tgok la kejadiannya macam mana ye...
BalasPadamSedapnya tu nasi goreng ikan kembung tumbuk. Nak pula guna nasi beras basmathi. Terbayang nasi goreng ikan kembung tumbuk berderai-derai!
Padampestime tgk org masak pisang salut bawang ni hhehe..
BalasPadamAda. Di kampung saya dan kampung lain di sekitar Selangor ada buat, cuma tak diviralkan sebab dulu medsos tak secanggih sekarang. Lagi pun menu begini sudah pupus, memang sekarang tak pernah jumpa.
PadamWah, saya pun baru pertama kali tengok pisang goreng salut bawang. Sedapnya, nasi goreng kampung. :)
BalasPadamUnik ini. Boleh cuba letak bawang merah ditumbuk dalam adunan tepung.
BalasPadamMacam-macam idea la dari Sabah...menarik,mesti harum masa goreng.Pisang nipah pula sedapnya...sini payah sungguh nak dapat pisang nipah.Pisang nangka ja banyak
BalasPadamSaya pun 1st time dengar pisang goreng bawang. Mesti sedap nih :)
BalasPadamLain macam.. Siap salut bawang... Orang dewasa mesti suka.budak² je susah nak makan bawang.
BalasPadamwah baru tahu tentang salut bawang ni. sedap menu2 diatas.. minum petang makan ni mmg layan. tq admin share menu best ni
BalasPadamside income malaysia
pewangi
jana pendapatan
cara memulakan perniagaan
Menarikk ya pisang goreng salut bawang, first time tengokkkk.
BalasPadamTapi comel ya bentukkkk telur dadar kak amie buattt, sekali pandang macam kuih siput hehehe
PadamTelu dadar tu cantik sangat. Sayang nk makan
BalasPadamTak pernah jumpa ni padahal rumah saya ni hantu goreng pisang. Nanti nak tanya mak saya kalau-kalau dia tahu
BalasPadamKalau di Johor ni, pisang goreng salut dengan apa pun mesti nak cicah sambal kicap
BalasPadampisang goreng dgn bawang boleh la terima lagi...janganla dengan chocolate rice dan keju...hahaha
BalasPadamsaya ingatkan popia nestum. Rupanya telur dadar gulung potong serong. Wahh first time tahu pisang goreng salut bawang. Satu hidangan yang unik di zaman purbakala.
BalasPadamFirst time juga tahu resepi pisang goreng bawang ni . Nk cuba laa .
BalasPadamkalau dpt kicap pedas ni warghhh👍👍
BalasPadamPertama kali lihat menu pisang goreng salut bawang. Menarik!
BalasPadamilmu baru ni. maybe nanti boleh cuba.
BalasPadampisang goreng salut bawang.
rare sgt ni pada aida :)
disalut bawang.. Macam mana agaknya rasa dia ye..
BalasPadamboleh cuba resipi pisang grg bawang ni. sedapnyaa nmpk..
BalasPadamterliur pulak tgok hehe
BalasPadam3 tips maternity pants you must know today!
Thanks for sharing!
BalasPadam10 manfaat habbatus sauda yang anda perlu tahu